AYAT AT TAUBAH 9:31

9:31 Telah mereka ambil guru-guru mereka dan pendita-pendita  mereka menjadi tuahan-tuhan selain Allah dan (juga) Al-Masih anak Maryam.

Kalimat Ahbaar kita ertikan guru-guru, jama' dan  Hibar sebutan bagi pendita Yahudi, Ruhban kita ambil arti yang biasa iaitu pendita, iaitu sebutan terhadap pimpimpin agama Nasarani. Ruhban adalah kata jama'dari rahib. Selain dari Hibr bagi pendita Yahudi ada juga sebutan Rabbi.

Sebelum timbul gologan Protestant, kata Rahib itu bertali juga dengan tidak kawin.

Di dalam ayat ini dikatakan bahawasanya orang Yahudi dan Nasarani telah menganggap pendita mereka sebagai tuhan selain Allah. sesudah itu ditambahkan pula Khusus bagi orang Kristian, bahawasanya Al-Masih pun mereka  anggap juga sebgai tuhan.

Arbaab sebagi kita ketahui adalah jama' dari rabbun, yang kita artikanya tuhan dalam  sifatnya tuhan, adalah timblan dari kalimat Ilah.

Didalam ayat diterangkan bahawa pemeluk kedua agama itu telah menganggap atau memandang guru-guru dan pendita-pendita mereka sebagi Tuhan.

Untuk mengethaui arti dan tafsir dari keadaan ini, lebih baik kita dengan tafsir dari Rasulullahs aw sendiri. Menurut riwayat dari Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Jarjir, yang diterima dari beberapa jalan riwayat dari Adi Bin Hatim (ringkasan cerita begini). Seketika seruan Rasulullah saw telah sapai, maka Adi bin Hatim itu melarikan diri ke syam. sebab dia dan ayahnya telah memeluk agama nasarani dari zaman Jahiliyah. Ayahnya Hatim terkenal namanya dalam sejarah Arab keranan demawannya. Beliau yang dermawan ini tidak sampai bertemu Rasulullahs aw. Tetapi Adi hidup di zaman Rasul. dalam satu serangan Islam, saudaranya yang perempuan dan satu romboongan dari kaumnya telah tertawan. setelah beberapa lama dalam tawanan kerana perlakuan yang baik, perempuan itu masuk Islam. Lalu dia dibebaskan oleh Rasulullahs aw dan dibiarkan pulang kepada saudaranya Adi b Hatim itu. Setelah digambungkan diri kepada saudaranya kembali perempuan ini menerangkan kepadanya betapa    bagus ajaran Islam dan di anjur supaya Adi datang kepada Rasulullah saw ke Madinah bersama kaumnya, sedang dia adalah pemimpin mereka di Negeri Thaif. Ajakan saudara perempuannya itu dituruti dan dtanglah dia satu rombongan ke Madinah. Pendududk Madinah banyak membicara kedatangan prang penting ini. setelah di diberi kesempatan menghadap Rasululah saw, pada dadanya masih terjuntai kalung salib dari perak. Ketika dia msuk itu kebetulan Rasululah saw  sedang membaca suart Al-Baraah dan tepat mengenai ayat yang kita tafsirkan ini. (Mereka ambil guru-guru mereka dan pendeta-pendeta mereka menjadi tuhan-tuhan selain Allah). Lalu belaiu berkata:- Tidaklah mereka menyembah mereka". Artinya tidaklah ada orang Nasarani menyembah iaitu mempertuhankan pendeta-pendeta sebgai tersebut dalam ayat itu. Maka Rasulullah saw menjawab:- Bahkan! keranan sesungguhnya pendita-pendita itu mengharamkan halal dan menghalalkan yang haram, lalu mereka ikut saja. Itulah yang dinamaikan mereka beribadat (memuja) kepada pendeta-pendeta itu".

Sejurus selepas itu, berkata Rasululah saw kepadanya:- Hai Adi, bagaiman pendapatmu? Apakah ada salahnya untuk diri engaku jika engkau mengucap Allah Akbar? Adakah engkau mengakui ada sesuatu yang lebih beratan mengatakan la ilaaha illal lah? Adakah engaku mengetahui ada tuhan mengajak supaya masuk Islam saja. ruapanya ajakan Rasululah saw termakan olehnya, tidak ada yang lebih besar dari Allah. Dan tidak ada tuhan melainkan Allah. Diapun menyatakan diri masuk Islam dan diucapkannyalah Syahadat kebenaran. Akhirnya Adi Berkata:- Aku lihat wajah beliau berseri-seri."

Dari riwayat Sayidina Adi masuk Islam ini, yang disebut dalam beberapa kitab tafsir, dapatlah kita mengerti bahawa nasarni menuhankan pendeta-pendeta itu sama lah perintah itu dengan perintah tuhan sendiri. Sesuatu yang mereka katakan haram, mestipun halal kata Allah, maka yang dikatakan oleh pendeta itulah yang benar. Demikian juga yang haram kata Allah, kalau pendeta mengatakan halal, menjadi halallah dia.

Ingatlah yang dijelaskan lagi oleh Imam Ar Razi dalam tafsir beliau "Mafatihul ghaib". Kebanyakan ahli tafsir mengatakan bahawa yang dimaksudkan Arbab (tuhan-tuhan) terhadap pendeta itu  bukanlah bahawa mereka berkepercayaan bahawa pendeta yang menjadikan alam ini, tetapi ialah bahawa mereka patuhi segala perintah dan larangan mereka." Berkata Ar Rabi' " Aku bertanya kepada Abul Aliyah: " Bagiaman artinya Bani Israil memperthuankan pendeta itu?" - Dia menjawab. " Kadang-kadang mereka bertemu sesuatu dalam kitab Allah, berbeza dari  pada apa yang dikatakan oleh guru-guru dan pendeta-pendeta mereka, maka kata-kata guru-guru dan pendeta-pendeta itulah yang mereka patuhi dan tidak mereka terima hukum Kitab Allah swt."