KERANA CARI MAKAN
2:168-Wahai manusia! Makanlah dari apa yang ada dibumi ini barang yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.
Peting sekali peringatan ini dan ada hubungannya dengan ayat yang sebelumnya. Kecurangan-kecurangan, penipuan dan mengaburi mata yang bodoh, banyak ataupun sedikit adalah hubungannya dengan perut asal berisi. Beberapa perbuatan yang curang terjadi di atas dunia ini oleh kerana mempertahankan syahwat perut. Makaapabila manusia telah mengatur makan minumnya, mencari dari sumber yang halal, bukan dai penipuan, bukan dari apa yang dizaman moden ini dinamakan korupsi, maka jiwa akan terpelihara daripada keksarannya. dalam ayat ini tersebut yang halal lagi baik. Makan yang halal ialah dari yang haram, yang haram telah pula disebut dalam al-quran. Iaitu yang tidak disembelih, danging babi, darah dan yang disembelih untuk berhala. Kalau tidak ada pantang yang demikian, halal dia makan. Tetapi hendaklah pula yang baik mestipun halal. Batas-batas yang baik itu tentu dapat dipertimbangkan oleh manusia. Misalnya daging lembu yang sudah disembelih, lalu dimakan saja mentah-mentah. Mestipun halal tetapi tidak baik. Atau kepunyaan orang lain yang diambil dengan tipudaya halus atau paksaan atau kerana segan menyegan. Kerana segan diberikan orang juga, pada hal hatinya merasa tertekan. Atau bergambung keduanya, iaitu tidak halal dan tidak baik; iaitu harta dicuri atau seumpamanya. Ada juga umpama yang lain dari harta yang tidak baik, iaitu menjaul azimat kepada murid, ditulis disana ayat-ayat, katanya untuk tangkal penyakit dan kalau dipakai akan terlepas dari mara-bahaya. Murid tadi embelinya atau menyedekah pembayar harga; mestipun tiada najis namun itu adalah pengahsilan yang tidak baik.
Supaya lebih kita ketahui betapa besarnya pengarauh makanan halal itu bagi rohani manusia, maka tersebutlah dalam suatu riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Mardawaihi dari Ibnu Abbas, bahawa takkala ayat ini dibaca orang dihadapan Nabi saw iaitu ayat ''Wahai seluruh manusia, makanlah dari apa yang dibumi ini, yang halal lagi baik, maka berdirilah sahabat Raslullah yang terkenal iaitu Saad b aAbu Waqash. dia memohon kepada rasululla saw supaya beliau memohon kepada Allah agar apa saja permohonan doa yang di sampaikannya kepada Allah, supaya dikabulkan oleh tuhan. Maka berkatalah Rasulullahsaw:-
Wahai saad! Perbaikilah makanan engaku, niscaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lakilaki tidak akan diterima amalnya selama emaptpuluh hari. Dan barangsiapa diantara hamba Allah yag bertumbuh dangingnya dari harta yang hara dan riba, maka api lebih baik baginya.
Artinya lebih baik makan api daripada makan harta haram. Sebab api dunia belum apa-apa jika dibandingkan denagn api neraka. Biar hangus perut lantaran lapar daripada makan harta yang haram.
Kemudian diperingatkan pula pada lanjutan ayat supaya jangan menuruti langkah-langkah yang digariskan syaitan. Sebab syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. Kalau syaitan mengajakkan satu langkah, pastilah itu langkah membawa kepada kesesatan. Dia akan mengajarkan berbagai tipu daya, dan asal perut kenyang. tidaklah peduli dari mana saja sumber nya. syaitan akan bersedia menjadi mengajar bermacam jawaban membela diri kerana berbuat jahat. Keinginan syaitan ialah bahawa engaku jatuh, jiwamu menjadi kasar dan makanan yang masuk perutmu penambah darah dagingmu, dari yang tidak halal dan tidak baik. Dengan demikian maka rosaklah hidupmu.
Tentang langkah-langkah syaitan itu, menurut riwayat dari Ibnu Abi Hatim dari tafsir Ibnu Abbas:-
Apa sajapun yang menyalahi isi al-quran, itu adalah langkah -langkah syaitan.
Menurut tafsir dari Ikrimah, langkah-langkah syaitan ialah segala rayuan syaitan. menurut Qatadah:- Segala maksiat yang dikerjakan, adalah itu dari langkah-langkah yang ditunjuk syaitan. Menurut Said b Jubair ialah segala perbuatan buruk yang dibagus-baguskan oleh syaitan.
Menurut riwayat Abd bin Humaid dari Ibnu Abbas:- Bahkan segala sumpah-sumpah yan timbul kerana sedang marah, adalah teramsuk langkah-langkah syaitan juga. Kaffarah(denda) sumpah kerana marah itu ialah denda sumpah biasa. Malahan menurut Ibnu Masud, misalnya kita haramkan untuk diri kita sendiri suatu makanan yang dihalalkan Allah, itupun termasuk menuruti langkah-langkah syaitan. Dan menurut suatu riwayat dari Abd b Humaid dari Usaman b Ghayyasi, bahawa dia ini bertanya kepada Jabir bin zzaid (sahabat Nabi) tentang seseorang yang bernazar akan menghisai hidungnya dengan subang emas, maka menurut fatwa Jabir b zaid, nazar orang itu adalah satu di antara langkah-langkah syaitan. Dia akan tetap dipandang derhaka keapad Allah selama suang emas yang dipakai di hidung masih dipakainya, dan dia wajib menebus (kaffarah) sumpah. Menurut Hasan al-Bishri, orang yang bersumpah hendak naik Haji ke Mekah dengan merangkak, itupun teramsuk langkah-langkah syaitan. Sebab dengan merangkak tidalah haji dapat dilaksanakan.