MENYANYI DAN MUSIK
Diantara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan teliga ialah nyanyian.
Hal ini dibolehkan Islam, selama tidak dicampuri omongan kotor, cabul dan yang dikiranya dapat mengarah kepada perbuatan dosa. Dan tidak salah pula disertainya dengan musik yang tidak menmbangiktkan nafsu. Bahkan disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghiburkan hati, seperti pada hari raya, perkawinan kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, saat walimah aqiqah dan diwaktu lahirnya seorang bayi.
Dari hadis diterangkan
Daari Aisyah ra bahawa ketika dia mengantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki anshar, maka Nabi bertanya Hai Aisyah! apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? sebab orang-orang Anshar gemar sekali terhadap hiburan. HR BUKHARI
Dan diriwayatkan pula
Dari Ibnu Abbas ra ia berkata: Aisyah pernah mengawinka salah seorang kerabatnya dan Anshar, kemudian Rasulullah saw datang dan bertanya: apakah akan kamu hadiyahkan seorang gadis itu? mereka menjawab: betul Rasulullah saw bertanya lagi: apakah kiriman bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab: tidak! kemudian Rasulullah saw bersabda sesungguhnya orang-orang anshar adalah suatu kaum yang merayu. Oleh kerana itu alangkah baiknya jkalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang, kami datang, selamat datang kami, selamat datang kamu. HR IBNU MAJAH
Dari Aisyah sesungguhnya Abu Bakar pernah masuk kepadanya sedang disampingnya ada dua gadis yang sedang menyani dan memukul gendang pada hari mina (Idul Adh-ha), sedang Nabi saw menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirnyalah dua gadis itu oleh Abu Bakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abu Bakar: Biarkanlah mereka itu hai Abu Bakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang) . HR BUKARI DAN MUSLIM.
Imam Ghazali dalam Ihya'Nya setelah membawakan beberapa hadis tentang beryanyi dua orang gadis itu, permainan orang-orang Habasyah di dalam Mesjid Nabawi yang didukungnya oleh Nabi dengan kata-katanya, kerana kamu, aku melihat hai Bani Arfidah melihat permainan ini, dan berdirinya Nabi bersama Aisyah sehingga dia sendiri merasa bosan serta permainan Aisyah dengan boneka bersama kawan-kawannya itu, kemudian ghazali berkata: bahawa hadis-hadis ini semua tersebut dalam Bukhari dan Muslim dan merupakan nash yang tegas, bahawa nyanyi dan permainan, bukanlah haram. Dan dari situ juga menunjukkan dibolehkannya bermacam-macam permainan.
1. Bermain anggar sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang Habasyah.
2. Permainan boleh dilakukan di masjid.
3. Sabda nabi kepada orang-orang Habsyah: kerana mu aku melihat hai bani Arfidah, adalah suatu perintah dan anjuran untuk bermain. Oleh kerana itu bagaimana mungkin permainan itu diharamkannya?
4. Dilarangnya Abu Bakar dan Umar dengan alasan, bahawa hari itu adalah Hari raya dan hari bergembira, sedangkan bernyanyi adalah salah satu daripada jalan untuk bergembira.
5. Berdirinya Nabi yang begitu lama sambil menyaksikan dan mendengarkan nyanyi yang disetujui Aisyah adalah cukup sebagai bukti, bahawa method yang baik untuk menghaluskan budi perempuan dan anak-anak dengan cara menyaksikan permainan adalah lebih baik daripada kekasaran zuhud dan berkekurangan dalam suasana terhalang dan dihalang.
6. Perkataan Nabi kepada Aisyah yang didahului dengan kalimat bertanya : senangkah kamu untuk melihatnya?
7. Perkenan untuk menyanyi dan memukul rebana dari dua anak gadis itu.......dst. seperti yang dituturkan Al Ghazali dalam kitabus sama' . Dan dari beberapa sahabat dan tabiin diriwayatkan bahawa mereka itu pernah mendengarkan nyanyian, sedang mereka tidak menanggap nya suatu perbuatan dosa.
Adapun hads-hadis Nabi yang melarang nyanyian, semuanya ada cacat, tidak ada satupun yang selamat dari celaan oleh kalangan ahli hadis seperti kata Al Qadhi Abu Bakar b Al-Arabie: tidak ada satupun hadis yang shah yang berhubung dengan diharamkannya nyanyian.
Da berkata Ibnu Hazm: Semua hadis yang menerangkan tentang haramnya nyanyian adalah batil dan palsu.
syekh muhammad yusuf el qardlawi