PAKAIAN JILBAB

Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isteri engkau dan anak-anak perempuan engkau dan isteri-isteri orang-orang yang beriman: Hendaklah mereka melekatlah Jilbab mereka ke atas diri mereka (33:59)

Di dalam ayat ini Rasulullah diperintah oleh tuhan supaya memerintahkan pula kepada isteri-isterinya dan anak-anaknya yang perempuan. Setelah itu ialah kepada isteri-isteri orang yang beriman. Supaya kalau mereka keluar dari rumah hendaklah memakai Jilbab.

Anak beliau yang laki-laki ialah Qasim, Thaher, Abdullah dan Thayyib. Ada juga riwayat mengatakan bahawa Thaher dan Tayyuib dan Abdullah hanya nama dari satu orang. Berdasar kepada ini maka tiga orang anak laki-laki dari satu ibu, iaitu Khadijah yang agung. Setelah di Madinah lahir Ibrahim dari dayang beliau Mariah orang Qubthiy. Kesemua anak laki-laki ini meninggal dibawah umur. Qasim dikekalkan jadi kunniyat Rasulullah "Abdul Qasim"! Menurut kebiasaan orang Arab memanggil seorang yang telah berumur dengan Kunniyatnya memakai nama anak iru adalah satu penghormatan.

Al-Quthubi dalam tafsirnya mengatakan bahawa jilbab ialah itu lebih itu lebih luas dari selendang. Ibnu Abbas dan Ibnu Masud keduanya sahabat Rasulullah saw yang terhitung alim mengatakan bahawa Jilbab ialah Rida', semacam selimut luas. Al-Qurthubi menjelasakan sekali lagi: Yang benar ialah sehelai kan yang menutupi seluruh badan.

Ibnu Katsiir mengaakan bahawa jilbab ialah dituupkan ke badan diatas daripada selendang.

Sufyan Tsauri memberikan penjelasan bahawa maknanya isteri-isteri nbai dan anak-anak perempuan beliau dan orang-orang perempuan beriman disuruh memakai jilbab diluar pakaian biasa, ialah supaya jadi tanda bahawa mereka adalah perempuan-perempuan terhormat danmerdeka, bukan budak-budak, dayang dan bukan perempuan lacur.

As-Suddi berkata: Orang-orang jahat di Madinah kelaur pada malam hari seketika mulai gelap, meeka pergi ke jalan-jalan di Madinah, lalu mereka ganggui perempaun yang lalu lintas. Sedang rumah-rumah di Madinah ketika itu berdesak-desak sempit. Maka jika hari telah malam perempuan-perempuan pun keluar ke jalan mencari tempat untuk membuangkan kotoran mereka. Di waktu itulah orang-orang jahat itu mulai menggangu. Kalau mereka lihat perempuan memakai Jilbab tidaklah mereka ganggu. Mereka berkata: "Ini perempaun merdeka, jangan diganggu. Kalau mereka lihat tidak memakai Jilbab, mereka berkata : Ini budak! lalu mereka kerumuni.

Itulah sebab maka lanjutan ayat berbunyi: Yang demïkian itu ialah supaya mereka dikenali, maka tidaklah mereka akan diganggu orang. Karana dengan tanda Jilbab itu jelaslah bahawa mereka orang-orang terhormat. Dan Allah adalah pemberi Ampun, lagi Penyayang.(Ujung ayat 59) Maksud ujung ayat ialah menghilangkan keraguan-keraguan mnusia kesalahan selaa ini, sebelum peraturan ini turun. Keranan orang-orang terhormat, perempuan-perempuan beriman berpakaian sama saja dengan budak dan perempaun lacur.