Perjuangan Nabi Ibrahim
Setelah menyampaikan peringatan-peringatan yang semacam itu, yang 82 ayat banyaknya terlebih dikhususkan kepada Bani Israil, yang diharapkan moga-moga ada perhatian mereka menerima ajaran kebenaran yang dibawa Nabi Muhammad saw, disamping pengharapan kepada kaum musyrikin Arab sendiri. Tetapi tidak juga lepas pertaliannya dengan Bani Israil, maka dengan ayat yang akan datang ini, di antara Bani Ismail (ARAB) dipertemukan dengan Bani Israil pada pokok asal, iaitu Nabi Ibrahim. Sebab orang Arab sendiri mengakui, terutama Arab Adnan, atau Arab Mustaribah mengakui dan membanggakan bahawa mereka adalah keturunan Ibrahim dan Ismail diikuti oleh Arab yang lain (Qahthan).
Dan (ingatlah) takala tela diuji Ibrahim oleh Tuhannya dengan beberapa kalimat (pangkal ayat 124). Dengan ini diperingatkan kembali siapa Ibrahim. Yang dibanggakan oleh kedua suku bangsa Bani Israil dan Bani Ismail sebagai nenek-moyang mereka. Itulah seorang besar yang telah lulus dari berbagai ujian. Tuhan telah mengujinya dengan beberapa kalimat, artnya beberapa ketentuan dari Tuhan. Dia telah diuji seketika menentang orang negerinya dan ayahnya sendiri yang menyembah berhala. Dia telah diuji sampai dibakar orang. Dia telah diuji, apakah kampung halaman yang lebih dikasihinya ataukah keyakinannya? Dia telah tinggalkan kampung halaman kerana menegakkan keyakinan. Dia telah diuji kerana sampai tua tidak beroleh putera. Dan setelah dia tua mendapat puteranya yang dicintainya itu. Dan berbagai ujian yang lain: Maka telah dipenuhi semuanya. Artinya telah dipenuhinya sekalian ujian itu, telah dilaluinya dengan selamat jaya.
Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas; Kalimat-kalimat yang diujikan kepadanya itu, dan telah dipenuhinya semuanya. Dia telah memeisahkan dari kaumnya kerana Allah memerintahkannya memisahkan diri. Perdebatan dengan Raja Namruz tentang kekuasaan Allah menghidupkan dan mematikan. Kesabaran hatinya takkala dia dilemparkan ke dalam api bernyala, tidak lain kerana mempertahankan pendiriannya tentang keesaan Allah. Setelah itu dia hijrah dari kampung halamannya, kerana tuhan yang menyuruh. Ujian tuhan kepadanya seketika dia didatangi tetamu (seketika tetamu itu singgah kepadanya dalam perjalanan membawa azab kepada kaum Luth) dan ujian kepadanya dengan menyuruh menyembelih puteranya.
Di dalam riwayat yang dikeluarkan oleh Abd b Humaid dan Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim dari Al-Hasan, ia berkata. Ibrahim telah diuji dengan kelipan bintang-bintang, dia pun lulus. Dia diuji dengan bulan, dia pun lulus. Kemudian diuji dengan matahari, itupun dia lulus. Diuji dengan hijarah diapun lulus. Diuji pula dengan menyuruh menyembelih anak kandungnya sendiri, itupun dia lulus. Padahal waktu itu usia dia 80 tahun.
MENJADI IMAM SESUDAH LULUS UJIAN
Setelah dilaluinya segala ujian itu dan dipenuhinya dengan sebaik-baiknya. Diapun berfirman Sesungguhnya Aku hendak menjadikan engkau Imam bagi manusia.
Disini kita mendapat suatu pelajaran yang dalam sekali, tentang jabatan yang begitu mulia yang dianugerahkan tuhan kepada seorang diantara Rasulnya. Setelah beliau lulus dalam berbagai ragam ujian yang berat itu dan diatasinya segala ujian itu dengan jaya, barulah tuhan memberikan jabatan kepadanya iaitu menjadi Imam bagi manusia. Imam, ialah orang yang diikuti orang yang menjadi pelopor, yang patut ditiru diteladan, baik berkenaan dengan agama dan ibadat atau akhlak.
Setelah jabatan Imam itu diberikan tuhan, Ibrahim pun mengemukakan permohonan: Dan juga dari antara anak cucuku. Sebagai seorang ayah atau nenek yang besar yang bercita-cita jauh. Ibrahim memohonkan supaya jabatan Imam itupun diberikan pula kepada orang-orang yang dipilih tuhan dari kalangan anak cucunya. Moga-moga timbullah kiranya orang-orang yang akan menyambung usahanya. Permohonan itu disambut oleh tuhan. Tidaklah akan mencapai perjanjianku itu kepada orang-orang yang zalim.(ujung ayat 124).
Permohonan dikabulkan tuhan, bahawasanya dalam kalangan anak cucu keturunan memang akan ada yang dijadikan Imam pula, sebagai pelanjut dari usahanya. Akan ada Imam, tetapi janji itu tidak akan berlaku pada anak cucunya yang zalim. Keutamaan budi, ketinggian agama dan ibadat bukanlah di dapat kerana keturunan. Yang akan naik hanyalah orang yang sanggup menghadapai ujian, sebagaimana Ibrahim juga. Ibrahim telah memenuhi segala ujian dengan selamat; baru diangkat menjadi Imam. Bagaimana anak-cucunya akan langsung saja menjadi Imam, kalau mereka tidak lulus dalam ujian atau zalim di dalam hidup. Imam yang dimaksud di sini adalah Imamat Agama, bukan kerajaan dan bukan dinasti yang dapat dituntutkan kepada anak. Sebab itu keturunan Ibrahim tidaklah boleh membanggakan diri kerana mereka keturunan Imam Besar. Malahan kalau mereka zalim, bukanlah kemulian yang akan didapat lantaran mereka keturnan Ibrahim, melainkan berlipatgandalah dosa yang akan mereka pikul, kalau mereka yang terlebih dahulu melanggar apa yang dianjurkan oleh amanat nenek moyangnya.
Ingatlah betapa beratnya ujian itu semuanya. bukanlah perkara yang ringan menegakkan faham dan keyakinan sendiri, yang bertentangan dengan pendirian ayah kandungannya. Ayahnya Azar tukang membuat berhala, sedang dia sendiri menegakkan Tauhid. Dan untuk itu Ibrahim bersedia dibakar. Dan ketika akan masuk pembakaran, Malikat Jibril bertanya: Apakah dia memerlukan pertologan? Ibrahim menjawab dengan tegas: Kepada engkau tidak! Kemudian ujian lagi kerana sampai tua tidak beranak. Kemudian ujian lagi, keranan disuruh menyembelih anakanya yang tertua Ismail, yang telah lama diharap-harapkannya.
Oleh sebab itu maka jabatan Imam yang diberikan Allah kepadanya, adalah hal yang wajar. Imamat yang sejati tidaklah mudah di dapat oleh sembarangan orang. Kekayaan harta bisa diwariskan kepada anak. pangkat jabatan jadi Raja boleh diturunkan, tetapi Imamat yang sejati haruslah melalui ujian. di dalam Surat 32, as-Sajdah, ayat 34, tuhan menjelaskan pula bahawa diantara pengikut-pengikut Nabi Musa ada yang diangkat tuhan menjadi Imam, diberi pula petujuk dan pimpinan, setelah ternyata betapa keteguhan hati, ketabahan mereka dan sabar mereka menempuh berbagai ujian hidup.
Keturunan Ibrahim terbahagi dia, iaitu bani Ismail dan Bani Israil! Pada kedua cabang turunan ini, terdapatlah beberapa orang Imam ikutan orang banyak. Terakhir sekali Muhammad saw Imam Dunia dari keturunan Ismail.
Dan (ingatlah) takkala telah kami menjadikan rumah itu tempat berhimpun bagi manusia.(pangkal ayat 125). Di dalam ayat ini disuruh menginagt kembali bahawasanya Allah Taala telah menyuruhkan kepada Ibrahim menjadikan rumah itu, iaitu Kabah atau Masjidil haram menjadi tempat berhimpun manusia itu, iaitu Kaabah atau Masjidil Haram menjadi tempat berhimpun manusia, iaitu tempat beribadat dari seluruh manusia yang telah mempercayai keesaan tuhan, supaya mereka dapat berkumpul ke sanan mengerjakan haji setiap tahun, sebagaimana yang dijelaskan pula di dalam Surat 22, surat al-Haj.