Kelik sini kembali ke menu utama

Operator dan Regulator

#terengganu baru


Channel Founder ( Boss )

 

S|uMBErGER

Super Operator ( Penolong pengarah )

 


YapoMp|oW
Budakpenyu
ADiO

Auto Operator ( Eksekutif )

 


D|maNg
Aala9
AbangGATAL
OrG_asinG
Sos-Cili
RobinHooD
He||ones^
NagaGanaz
Hakunamatata
Penjejak_Awan

Pelanggan Tetap ( suara penting )

 


KirkoS


p/s = Kepada Founder #terengganu tolong aku hantarkan nickname sop .... hehes
Page ini masih dalam pembikini... eh pembikinan,, so sori ah tak cukup maklumat lagis...
- Webmaster -

 

- Anda Selalu join #terengganu? -


Kalau anda selalu join #terengganu webnet, kenal ramai antara member member lain yang selalu dalam channel. Atau anda memang muka yang selalu ada kat channel ni tapi gambar takder dalam homepage. Oleh kerana itu, apa lagi, hantarkan biodata ringkas dan gambar untuk dimuatkan dalam channel melalui email kami di ganu_kite@yahoo.com disertakan dengan ucapan sedikit.

 

 

Emailkan kepada kami sekarang

- Baca & Tulis Mesej -


Ini adalah alternatif lain untuk Guest Book. Kalau ada apa apa nak cakap, informasi, berita terkini, ucapan, tak puas hati, nok kena kan member, nok tuju lagu atau nde nde pe pun kelik ler kat bawah nih untuk sampaikan ucapan kepada member member dalam channel #terengganu.

Mesej & Informasi

 

- Tak pernah join #terengganu? -

Marilah bersama kami dalam channel #terengganu di WEBnet. Anda tidak semestinya seorang warga terengganu untuk turut serta di dalam channel. Kami membuka tangan kepada sesiapa sahaja yang sudi untuk bersama sama kami di channel terengganu.

 

- Tak pernah join WEBnet? -

Walaupun WEBnet tidak begitu maju kerana masih baru, namun sekarang ini makin ramai melayu yang mula join WEBnet. Anda boleh mendapatkan maklumat WEBnet di www.webchat.org .

 

- Peraturan Semasa Berada Dalam Channel -

1 ) Tidak Flooding , atau dalam erti kata lain tidak mengulangi apa yang anda taip berkali - kali sehingga skrin anda ' banjir ' ( hehe ). Kami menetapkan mengulangi teks hanya boleh 15 baris dalam 2 saat.

2 ) Dilarang keras mengedarkan file virus seperti dmsetup.exe, file file trojan, nuke pengguna lain dan yang seumpama denganya. Mungkin kegiatan ini tidak selalu dapat dikesan oleh operator channel, tapi jika anda didapati bersalah jangan marahkan operator channel menjalankan tugas demi pengguna pengguna lain.

3 ) Tidak mencarut dalam channel. Oleh kerana channel ini adalam channel umum dan
bertemakan negeri Terengganu Darul Iman, ramai pengguna yang mengunjungi channel
termasuklah budak budak sekolah, cikgu cikgu, penggemar irc segenap usia dan lain lain.
Adalah memalukan nama baik Terengganu dan #terengganu jika didapati pengunjung bebas mencarut dalam channel.

4) Tidak membuat 'mass invite'. Semua pengguna tmnet dan jaring telah di ban dari DALnet berpunca daripada kekerapan kegiatan 'mass invite' dan 'flooding' dari pengguna melayu. Untuk menjaga kepentingan kita sendiri di server WEBnet, kurangkanlah kegiatan menjemput pengguna ke channel anda dengan membuat auto inviter atau yang seumpama dengannya.

5 ) Dilarang merokok dalam channel.. sajer jer heheeheheh..... \(^o^)/.......

Itu jer la kut... perkara biasa la ni...

- From The Administration Of #terengganu Operators -