.
|
Penerapan Nilai-Nilai Murni Menrusi KBSM
Satu aspek terpenting yang ditekankan dalam pelaksanaan KBSM itu ialah tentang penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran-pembelajaran semua mata pelajaran.
Jika dulu pengajaran tentang nilai-nilai murni hanya dibuat oleh guru-guru mata pelajaran Agama Islam dalam waktu mata pelajaran itu, kini menerusi KBSM penerapan nilai-nilai murni dilakukan oleh semua guru mata pelajaran. Penerapan nilai bukan sahaja terhad kepada mata pelajaran yang terdapat dalam kurikulum, malah ia diterapkan juga dalam waktu kegiatan kokurikulum sama ada di sebelah tengah hari atau di sebelah petang. Ini bererti sejumlah besar waktu digunakan dalam usaha menambah pengetahuan atau pengalaman pelajar-pelajar berhubung dengan aspek nilai-nilai murni dan dengan itu diharap mereka akan mempunyai cukup waktu untuk mengamal dan menghayatinya.
Guru-guru KBSM ditegaskan supaya menyelitkan unsur-unsur nilai murni secara bersahaja dan tidak formal sewaktu menjalankan setiap pengajaran. Mereka tidak lagi boleh terlalu menumpukan perhatian kepada penyampaian ilmu mata pelajaran yang diajar semata-mata hinggakan tidak mempunyai waktu langsung untuk penerapan nilai-nilai murni. Inilah di antara kelainan yang terdapat dalam KBSM jika dibandingkan dengan Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM).
Dalam KLSM matlamat utama guru-guru mata pelajaran ialah supaya pelajar-pelajar mahir dalam mata-mata pelajaran yang diajar dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Akibatnya, lahirlah lulusan-lulusan yang antaranya nyata tidak mempunyai nilai-nilai murni. Tidak ada gunanya seseorang itu lulus pangkat satu dalam SPM tetapi biadab dan tidak sopan terhadap orang tua. Tidak ada gunanya seseorang itu lulus dengan ijazah yang tinggi dari menara gading, tetapi tidak amanah serta zalim dalam menjalani hidup.
KBSM menyenaraikan 16 aspek nilai murni seperti berikut untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar :
- Baik hati
- Berdikari
- Hemah Tinggi
- Hormat Menghormati
- Kasih Sayang
- Keadilan
- Kebebasan
- Keberanian
- Kebersihan Fizikal dan Mental
- Kejujuran
- Kerajinan
- Kerjasama
- Kesederhanaan
- Kesyukuran
- Rasional
- Semangat Bermasyarakat
Kesemua nilai murni itu dapat diterima oleh murid-murid dari berbagai keturunan dan agama kerana ia adalah merupakan nilai-nilai murni sejagat yang dituntut oleh semua agama.
Semua guru KBSM tidak boleh mengabaikan aspek ini ketika mengajar kerana ianya tidak diuntukkan waktu khas sebagaimana mata pelajaran lain dalam kurikulum. Setiap kesempatan hendaklah diambil untuk menyelitkan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan pengajaran yang sedang dibuat. Ia mungkin timbul secara sepontan tanpa dirancang. Guru hendaklah cekap menyelitkannya supaya ia tidak dirasakan sebagai sesuatu yang dipaksa ke atas diri pelajar. Guru juga hendaklah bijak mengaitkannya dengan isi pengajaran agar aspek nilai tidak dirasakan sebagai sesuatu yang terasing dan terpisah. Dengan itu usaha menghayatinya akan menjadi lebih bersahaja dan berkesan.
Guru KBSM bukan sahaja perlu bercakap mengenai nilai-nilai murni, tetapi mereka perlu menghayatinya dan dilahirkan menerusi amalan dan tingkah-laku mereka untuk dapat dicontohi oleh para pelajar sesuai dengan saranan supaya guru KBSM lebih merupakan sebagai pembimbing dan fasilitator; tidak hanya sebagai guru mata pelajaran yang cuma memberi penekanan kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan.
Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa seorang guru KBSM yang masuk melakukan pengajaran di dalam kelas dan keluar 40 minit kemudian setelah mengajar bersungguh-sungguh mata pelajaran yang diajarnya, tetapi mengetepikan aspek penerapan nilai-nilai murni, sebenarnya telah tidak amanah dalam menjalankan tugasnya. Ini kerana mereka dikehendaki menerapkannya dalam masa melakukan pengajaran-pembelajaran samada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Ketika merancang pengajarannya, guru dikehendaki menyelitkan unsur nilai-nilai murni untuk diterapkan ketika melaksanakan pengajaran. Bukan itu sahaja; mereka juga sepatutnya boleh melakukannya secara sepontan apabila timbul situasi di mana unsur nilai murni boleh dikaitkan.
Dengan cara itu pelajar-pelajar akan dapat merasakan yang aspek nilai-nilai amat dititik beratkan oleh semua guru dan ia bukan perkara main-main. Keprihatinan guru dalam perkara ini akan menarik minat pelajar untuk memberikan perhatian sewajarnya kepada aspek ini serta akan berusaha menjadikannya sebahagian daripada cara hidup dan menghayatinya sama ada secara sedar atau secara tidak sedar.
Justeru itu, orang dewasa seharusnya tidak pula menganggap aspek nilai-nilai murni sekadar perkara yang sesuai untuk penghayatan kanak-kanak atau pelajar semata-semata kerana mereka belajar dan meniru segala tingkahlaku orang dewasa. Setiap gerak geri kita menjadi tontonan anak-anak.
Menyemak 16 nilai-nilai murni yang disenaraikan untuk diterapkan dalam pengajaran kelas KBSM itu, kita tentu dapat bertanya kepada kita sendiri sama ada tingkahlaku kita sendiri selaras dengan nilai-nilai itu ataupun tidak. Apa lagi kalau diri kita sendiri adalah guru KBSM.
Mungkin juga terdapat percanggahan nilai antara sekolah dan rumah. Di sekolah mereka diajar tentang nilai-nilai murni, tetapi di rumah mereka melihat nilai-nilai yang dipelajari itu tidak diamalkan oleh ibubapa mereka sendiri. Di sinilah letaknya peranan ibubapa dalam menangani aspek yang sangat baik ini.Hendaknya tidak berlaku percanggahan antara sekolah dan rumahtangga dalam hal ini agar ianya mudah diterima dan diamalkan oleh anak-anak kita untuk kebaikan mereka pada masa hadapan.
Kita tidak wajar hipokrit dengan hanya berlakun baik di hadapan anak-anak sedangkan kita sebenarnya tidak sebaik yang mereka lihat. Di sekolah mereka belajar bahawa mengumpat dan mengata-ngata orang itu bercanggah dengan nilai "baik hati", kerana orang yang baik hatinya tidak akan sanggup mengumpat dan mengata-ngata orang atau memburuk-burukkan orang lain. Sedangkan mereka melihat perkara itu berleluasa berlaku di mana-manapun dalam kehidupan sehari-hari. Inilah delema yang dihadapi oleh generasi kanak-kanak KBSM.
Bagaimana pula kalau di sekolah sendiri mereka melihat guru-guru begitu lumrah mengumpat dan mengata-ngata orang ? Tentu mereka akan berkata: " Cakap tak serupa bikin ".
Sekiranya ini benar-benar berlaku yang akan menjadi mangsa ialah masyarakat dan negara, kerana "Harapkan pagar, pagar makan padi".
Itu hanya mengenai "Baik hati". Bagaimana dengan "Berhemah tinggi", "Hormat menghormati", "Kasih sayang", "Keadilan" dan lain-lain sebagaimana tersenarai itu ?
Sebenarnya ia perlu dihayati oleh masyarakat seluruhnya. Nescaya akan terhapuslah sebarang bentuk penyelewengan yang selama ini telah menyusahkan masyarakat sendiri. Sambutan hari kebangsaan yang dirayakan setiap tahun itu perlu berlandaskan unsur nilai murni "Kesederhanaan", misalnya.
Sifat amanah dan menepati masa boleh dikaitkan dengan nilai "Kejujuran". Kita perlu awal ke tempat kerja serta amanah menjalankan tugas. Seseorang yang jujur tidak perlu diawasi setiap waktu apabila diamanahkan sesuatu tugas untuk dilaksanakan.
Cara berpakain kita mencerminkan " kebersihan fizikal ". Demekian juga dengan percakapan kita. Ia mencerminkan "Kebersihan mental".
Inilah nilai-nilai yang sedang giat diterapkan ke dalam diri anak-anak kita di sekolah, semoga generasi akan datang bukan saja celik ilmu, tetapi juga celik dalam segala bidang serta lumrah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Untuk mengurangkan percanggahan antara sekolah dan masyarakat dalam hal yang berkait dengan penerapan nilai dan pelaksanaan KBSM, konflik pendapat sama ada berbentuk politik, sosial atau keagamaan secara terbuka hendaklah dikurangkan; kerana kadang-kadang apa yang diperbalahkan oleh orang dewasa sama ada dalam media ataupun secara terbuka dalam kempen-kempen parti politik sering menampakkan pengabaian terhadap 16 nilai-nilai murni yang sedang di manifestasikan di kelas-kelas KBSM. Jika tidak dijaga, kredibiliti kita orang dewasa mungkin tercemar dan kita menjadi seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus.
Kita juga perlu berhenti menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis untuk berhujah demi menyokong penyelewengan.Ada juga yang mentafsirkan ayat suci mengikut selera sendiri dan sebagainya. Inilah gejala-gejala yang sering ditontoni oleh anak kita. Secara tidak langsung mereka membanding dan menilainya berasaskan apa yang mereka belajar di sekolah. Kesimpulan yang mereka buat mungkin menakutkan kita.
Tegasnya, apa yang berlaku dalam masyarakat perlu selaras dengan apa yang cuba dan sedang diterapkan di kelas-kelas KBSM sekarang. Harapan masyarakat yang terlalu tinggi terhadap masa depan anak-anak sebanarnya dijejaskan oleh kita sendiri. Sokongan kita terhadap sekolah dan alam pendidikan di sekolah masih terlalu rendah. Ada juga di antara kita yang melepaskan anak ke sekolah untuk di didik, tetapai merosakkan mereka sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah. Mereka dibenarkan menonton TV siang dan malam tanpa sebarang sekatan. Mereka kerapkali melihat pertengkaran dalam keluarga yang membelakangkan nilai-nilai murni. Mereka melihat penyelewengan dan kepincangan hampir di segenap tempat dan lapisan dalam masyarakat. Kita dapat melihat bapa membawa anaknya melontar batu kepada pihak polis dan orang awam dalam tunjuk perasaan di plaza tol Cheras serta melaungkan kata-kata kesat tanpa menghiraukan yang telatah mereka diperhatikan oleh anak-anak.
Mahkamah sering dijadikan tempat untuk menegakkan benang basah; bukan tempat menunjukkan kebenaran. Pelajaran tinggi pula dijadikan pasport untuk melakukan penipuan serta mengelak daripada membayar cukai. Malah, kehidupan hari ini dipenuhi dengan amalan dan tindakan yang tidak bernilai murni.
Tindakan yang tidak berlandaskan nilai-nilai murni selalunya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan. Umpamanya diperingkat antara bangsa kita melihat keputusan mengadakan sekatan ekonomi terhadap Iraq oleh Bangsa-bangsa Bersatu telah mengakibatkan dunia menghadapai tekanan ekonomi dan inflasi.

Tindakan yang tidak berlandaskan nilai-nilai murni selalunya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan. Umpamanya diperingkat antara bangsa kita melihat keputusan mengadakan sekatan ekonomi terhadap Iraq oleh Bangsa-bangsa Bersatu telah mengakibatkan dunia menghadapai tekanan ekonomi dan inflasi.. Walaupun matlamat asal ialah untuk melumpuhkan Iraq, tetapi oleh kerana niat di sebalik tindakan itu tidak murni maka bahananya dipikul oleh seluruh dunia.
Semoga, generasi yang dilahirkan menerusi KBSM nanti akan menjadi pelopor kepada generasi akan datang yang mementingkan nilai-nilai murni serta menjadikannya cara hidup di samping kuat berpegang kepada nilai-nilai keagamaan.
Kita hendaklah sentaiasa positif dalam usaha mererapkan nilai-nilai murni ini dan harus bahu membahu melaksanakannya.Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Hendaknya tidak ada di kalangan kita yang mahu diusung untuk menyertai perjalanan yang jauh itu tanpa mahu berjalan sendiri, sedangkan orang lain telah begitu jauh di hadapan. Ibu bapa hendaklah mengetahui tentang perubahan yang sedang berlaku kepada sistem pendidikan kita sekarang ini agar apa yang dilakukan di sekolah dalam usaha melaksanakan KBSM mendapat sokongan sewajarnya daripada ibubapa. Hasilnya, matlamat bersama ibubapa dan sekolah akan cepat tercapai. Keuntungannya akan dapat dinikmati bersama masyarakat dan negara.
|