Penulisan Buku Online/ Book Writing Online
..

AKHIR TAHUN TUJUH PULUHAN

Penulis lulus sijil penuh Higher School Certificate dan di tugaskan mengajar di sekolah menengah pada tahun 1975. Mulai saat itu penulis mula menjadi guru di sekolah menengah pula dan ditugaskan mengajar Bahasa Malaysia di tingkatan tiga dan empat serta seni di tingkatan lima. Penulis merasa amat terhormat dan bangga kerana ditugaskan di sekolah menengah terbesar di negeri penulis.

Sekolah Itu Mulia


Siapa sangka dalam tahun 1998, dengan bantuan staf sekolah, penulis diminta menulis kertas konsep tentang visi pengarah pendidikan negeri, "Sekolah Itu Mulia" yang bakal dilancarkan untuk seluruh negeri.

Inilah hasilnya:
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU BARIAH,
KUALA TERENGGANU

PROJEK KHAS
SEKOLAH ITU MULIA

Draf Kertas Projek
Dalam Bentuk Interaktif dan Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa.

(Seperti Terdapat Di Laman Web: http://disc.server.com/discussion.cgi?id=30086)



1. HAK SESEORANG PELAJAR. ( Penolong Kanan II)

Setiap pelajar berhak mendapat pendidikan yang sempurna. Mereka berhak mendapat pengalaman yang berfaedah dan sesuai dengan potentialiti mereka. Pelajar berhak layanan yang istimewa, kemudahan-kemudahan pembelajaran, selesa dan seronok belajar. Inilah cabaran yang kita hadapi untuk menyempurnakan tuntutan tersebut. Namun tuntutan ini tetap menjadi tugas dan tanggungjawab kita. Hak pelajar adalah tanggungjawab kita. Pengetua, guru besar, dan guru-guru patut menganggap anak didik seperti anak kita sendiri.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg. Maudah binti Mohamad
Penolong : Cg. Sabariah binti Ismail

Kemudahan Asas Yang Selesa
Ko-Kurikulum
Pendidikan Yang Sempurna


1. Pendidikan Yang Sempurna
Semakan , perbincangan secara berkala oleh jabatan tentang masalah-masalah pembelajaran .

2. Pemeriksaan Di kantin
Pemeriksaan oleh guru kantin secara berkala merangkumi jenis makanan, harga dan kebersihan kantin itu sendiri.

3. Ko-Kurikulum
Aktiviti Ko-kurikulum terdiri dari unit beruniform serta kelab dan persatuan mesti disertai oleh murid-murid tahap 2 . Ia sepatutnya berjalan sepanjang tahun.

Aktiviti Bulanan:

Januari : Buku Teks
Pembahagian buku teks kepada murid tahun 1 dan mengemaskini
pinjaman untuk tahun-tahun lain.
Februari : Kemudahan Asas
bancian perabot dan mencukupkan segala kekurangan
fizikal sekolah, meliputi perabut ,alatan dan gotong-royong diadakan untuk menceriakan keseluruhan kawasan sekolah.
Mac : Bulan Komputer
Ceramah dan demonstrasi kagunaan komputer oleh guru
komputer kepada semua murid untuk memberi kesedaran tentang internet.
April : Bulan Sains
Pameran di makmal sains kepada semua murid. Diikuti dengan kuiz selepas pameran.
Mei : Kem Motivasi
Diadakan untuk murid tahun 6.
Jun : Perkhemahan Unit Beruniform.
Dibuat untuk murid tahap 2.
Julai : Minggu kasih sayang.
Murid diminta membuat folio tentang guru-guru yang mengajar mereka Murid akan menulis pendapat mereka tentang guru.
Ogos : Hari Kantin Sekolah.
Hari jual beli yang melibatkan penyertaan guru, ibubapa dan murid.
September: Bulan Bahasa
Pertandingan Bahasa Melayu dan Inggeris merangkumi pertandingan-
pertandingan seperti bahas, syarahan, bercerita, membaca dan sebagainya.


2. JADIKAN DIRI KITA ORANG YANG BERGUNA. ( Penolong Kanan Kokurikulum )

Jadikan diri tuan / puan 'orang yang berguna' kepada guru-guru, kakitangan bukan guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Jadikan agenda harian kita membantu mereka. Kita adalah pembina manusia. 'Human engineering' adalah agenda kita. Hari ini kita dapati proses membina manusia tidak berlaku dengan sempurna. Dalam hal ini, kemungkinan kita memperolehi hasil jangka pendek dalam bidang akademik dan kokurikulum tetapi mungkin sebenarnya tidak mendapat hasil untuk jangka panjang dalam meletakkan asas pembinaan dan perkembangan manusia yang sempurna. Fokus kita ialah untuk mendapatkan matlamat pendidikan jangka panjang membina manusia menempah masa akan datang.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg. Wan Adouni binti Wan Mohd Anuar
Penolong : Cg. Wan Norhashimah binti Wan Ismail

Aktiviti Berterusan:

1. Bacaan Al-Quran setiap pagi
Murid-murid akan membaca Al-Quran setiap pagi sebelum masuk ke kelas.

2. Kelas solat mengikut kelas
Kelas solat dijalankan mengikut jadual selepas waktu sekolah

3. Mengutip sampah/menjaga kebersihan kelas setiap hari
Murid-murid akan mengutip sampah di kawasan yang ditetapkan setiap pagi sebelum masuk ke kelas.

Aktiviti Bulanan:

Januari - Gotong -royong menceriakan sekolah
Februari - Ceramah Kesihatan
- Menjemput penceramah dari Jabatan Kesihatan berkenaan Sistem Pemakanan
untuk kesihatan mental.
Mac - Sembahyang berjemaah dan bacaan Yaasin (guru)
April - Bacaton
- Murid-murid mencari maklumat berdasarkan soalan yang diberi dan buku-buku yang terdapat di perpustakaan.
Mei - Kem Motivasi
- Murid-murid didedahkan dengan motivasi meningkatkan jati diri.
Jun - Perkhemahan
- Perkhemahan akan diadakan di sekolah bertujuan untuk melatih murid-murid berdikari dan berdisiplin
Julai - Lawatan ke Rumah Orang-orang Tua di Bukit Payung
- Lawatan ini akan disertai oleh murid-murid Tahap Dua menanamkan rasa hormat dan mesra terhadap orang tua di samping menjalankan aktiviti mem bersihkan kawasan di situ.
Ogos - Gotong-royong menceriakan kawasan sekolah
September - Hari Terbuka
- Menjemput ibu bapa datang ke sekolah dan menjalankan beberapa aktiviti yang dirancang bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa, murid dan guru.


3. KUMPULAN DINAMIK GURU BESAR. (Guru Besar)


Terdapat di kalangan pengetua dan guru besar kita yang mempunyai keistimewaan dan kewibawaan sebagai pengurus pendidikan dengan menghasilkan pelbagai kejayaan. Wajar keistimewaan, kewibawaan dan kejayaan itu dimanfaat dan dikongsigunakan. Pengetua dan guru besar boleh menjadi 'think-thank' membantu sekolah, PPD dan JPN dalam memberi idea untuk peningkatan kualiti pendidikan.
.
4. PASUKAN PENYELIAAN SEKOLAH.( GB )

Untuk mewujudkan hubungan profesional yang lebih berkesan antara JPN dan PPD dengan pihak sekolah, usaha akan dibuat untuk mendapat kerjasama pengetua dan guru besar menjadi ahli dalam Pasukan Penyeliaan Sekolah. Mereka ini bersama pegawai JPN dan PPD akan menyelia sekolah, membantu dan membimbing guru-guru. Program diharap akan menambah kekerapan pencerapan, mewujudkan interaksi profesionalisme yang dinamik dan mengesan ciri-ciri kejayaan dan kelemahan lebih cepat.

5. BUDAYA MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH.
(Penolong Kanan II )

Pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris bukan semata-mata difokus kepada peperiksaan. Kalau peperiksaan sahaja difokuskan, maka timbul 'gagal' dan 'lulus'. Apa yang penting ialah memberi penekanan kepada 'budaya menggunakan Bahasa Inggeris di sekolah' dengan pelbagai pendekatan dan strategi yang lebih bijak. Ini adalah kerana budaya menggunakan Bahasa Inggeris menyokong pelajar dalam penguasaan ilmu dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. Dalam konteks membudayakan Bahasa Inggeris, sebaik-baiknya fokus kita ialah dengan 'menyebut, mengeja, tahu makna dan menulis'. Sebagai contoh, memperdengarkan beberapa perkataan Bahasa Inggeris kepada pelajar semasa waktu rehat. Dalam kelas nanti, pelajar diminta menyebut, mengeja, tahu makna dan seterusnya menulis perkataan-perkataan tersebut dalam waktu pembelajaran Bahasa Inggeris. Oleh itu wajar dan perlu kita meneroka, memikir dan melaksanakan pelbagai strategi berdasarkan setempat untuk memberi lebih banyak peluang pendedahan dan penggunaan Bahasa Inggeris kepada pelajar.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg. Baby Fauziah binti Syed Hussain
Penolong : Cg. Romi binti Rani & Cg. Chung Wai Ling
.
Aktiviti Berterusan:

1. English During Recess
Murid bertugas akan membaca lima ayat atau lebih menerusi radioa saekoalh pada waktu rehat.

2. English At The Canteen
Pengawas sekolah akan memberi arahan kepada muriod-murid lain dalam Bahasa Inggeris. Murid lain akan diminta berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sesama sendiri.

3. Writing Wall
Murid akan menulis ayat pada papan kenyataan yang disediakan mengikut tajuk yang diberi oleh guru Bahasa Inggeris masing-masing.


Aktiviti Bulanan :

Januari Long Book
murid-murid akan diberi kertas komputer yang panjang dan mereka akan menghasilkan karya secara bersama mengikut kumpulan.

Februari Treasure Hunt
Murid akan diberi kertas arahan mengikut kumpulan. Murid pearlu membaca serta memahami arahan kemudian melakukan apa yang terdapat dalam arahan tersebut.

Mac Story Writing Competition
Beberapa tajuk cerita aakan diberi kepada murid Tahun Lima dan Enam. Mereka diberi kepada memilih tajuk, kemudian menyiapkan cerita dalam jangkamasa yang ditetapkan.

April Dictionary Month
Selama 10 minit di awal pembelajaran Kamus Bahasa Inggeris, murid akan diminta membuka kamus dan mencari pearkataan serta makna perkataan yang diberi oleh guru.

Mei Kem Sehari Bahasa Inggeris
Kem akan diadakan pada hari sabtu dan akan dipenuhi dengan aktiviti seperti ceramah/ penggunaan IT serta pertandingan Bahasa.

Jun Notice Writing
Murid-murid akan dibimbing oleh guru Bahasa Inggeris untuk menulis kenyataan-kenyataan bagi perjumpaan / aktiviti kokurikulum.

Julai Impromtu Speech
Murid-murid akan diminta berucap di depan kelas mengikut tajuk-tajuk mudah yang diberi contohnya 'My Best Friend".

Ogos Poem Writing Competition
Murid akan menulis puisi dalam Bahasa Inggeris dengan tajuk bebas.

September Kem Motivasi Bahasa inggeris
Penceramah jemputan akan membearikan bimbingan serta motivasi kepada murid tahun 6 untuk menghadapi UPSR.


6. PELAJAR ALIRAN SAINS DAN PEMIKIRAN SAINTIFIK. (PKI)

Agenda pelajar aliran Sains bagi pelajar Melayu adalah agenda nasional. Kekurangan pelajar aliran Sains di IPTA dan IPTS adalah satu realiti dan merupakan isu pendidikan yang serius. Dalam konteks ini perlu program-program sokongan yang kuat untuk mempastikan pelajar-pelajar aliran Sains diberi pembelaan yang sesuai.

i. Pengurusan makmal sains yang berkesan.
ii. Pembantu Makmal yang terlatih dan berpengetahuan.
iii. 'Hands on' dan eksperimen mesti berlaku dan bukan demonstrasi oleh guru sahaja.
iv. Peruntukan dibelanjakan dengan cermat dan berhemat.
v. Tenaga pengajar yang komited dan kreatif.
vi. Jadual pembelajaran yang sempurna.

Seiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg. Maziah binti Ismail
Penolong : Cg. Halijah binti Muda

Aktiviti Berterusan:

1. Penguasaan istilah-istilah sains oleh semua murid tahap dua. Murid-murid menyediakan sebuah buku 'Kamus Sains' untuk diisikan dengan istilah-istilah sains yang baru dari masa ke semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains berjalan.

2. Menjalankan ujikaji dan eksperimen di dalam 'bilik sains'.
Semua murid tahap dua diwajibkan mengambil bahagian secara aktif dalam menjalankan ujikaji atau eksperimen di dalam bilik sains supaya mereka dapat menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS).

3. Menguasai kemahiran manipulatif sains.
Dalam kemahiran ini diperkenalkan kepada murid-murid dengan peralatan sains yang terdapat di dalam bilik sains dan bagaimana cara menggunakannya dan menyimpannya dengan betul.

Aktiviti Bulanan:

Januari : Kursus dalaman untuk guru sains.
Guru sains perlu didedahkan dengan pengetahuan baru dalam bidang sains untuk menarik minat dan kreativiti guru semasa berhadapan dengan pelajar. Untuk itu penceramah luar dijemput untuk mengendalikan kursus ini yang akan diadakan pada bulan ini.

Febuari : Kem motivasi sains untuk murid-murid tahap dua.
Kem ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid di sekolah rendah tentang betapa pentingnya sains kepada kehidupan manusia sejagat.

Mac : Mereka cipta model. Dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti straw, polisterin dan plastesin murid-murid diminta menyediakan model-model yang berkaitan dengan tajuk-tajuk yang sesuai dalam mata pelajaran sains.

April : Melatih murid-murid mengendalikan projek sains.
Murid-murid diminta mengumpulkan berita-berita sains daripada akhbar-akhbar selama seminggu mengenai topik-topik yang berkaitan dengan sukatan pelajaran sains sekolah rendah.

Mei : Menama dan melabelkan pokok-pokok yang ada di persekitaran sekolah.Pokok-pokok yang ada dipersekitaran sekolah akan diberi nama dan dilabelkan dengan nama saintifik oleh ahli-ahli kelab sains.

Jun : Lawatan ke Planeterium.
Mengadakan lawatan ke Planetarium untuk murid-murid tahun 6 bagi mendekatkan murid-murid kepada pengetahuan tentang Bumi dan Alam Semesta.

Julai : Projek sains tracking.
Projek ini dijalankan di luar kawasan sekolah bagi mendedahkan murid-murid dengan kemahiran dan pengetahuan luar melalui daya usaha dan kreativiti mereka dalam mencari dan menemui pelbagai halangan yang disediakan.

Ogos : Lawatan ke kilang memproses makanan dalam tin.
Bersesuaian dengan tajuk sukatan pelajaran tahun 6 "Pengawetan Makanan" lawatan ke kilang PERTIMA akan diadakan dengan tujuan memberi pengetahuan dengan lebih dekat dan mendalam langkah-langkah pemerosesan barang-barang makanan dalam tin.

September: Mengadakan pertandingan banyak membaca buku-buku sains.
Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid tahap dua dan diiklankan daripada awal tahun lagi. Pada bulan ini Buku Progrem Bacaan Sains akan dikumpulkan dan diadili, siapa yang banyak membaca dan menyempurnakan sinopsis dengan baik dikira pemenang.


7. PENGURUSAN HIMPUNAN DEFISIT PEMBELAJARAN. ( Penolong Kanan I )
Fokus kita kepada tiga mata pelajaran utama, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Semua pelajar yang tamat tahun enam seharusnya tiadak ada lagi himpunan defisit pembelajaran selama enam tahun di sekolah rendah. Semua pelajar yang tamat tingkatan tiga seharusnya tidak ada lagi himpunan defisit pembelajaran selama tiga tahun di peringkat menengah rendah. Mulia sekarang pihak sekolah hendaklah melaksanakan strategi pemulihan yang tepat dan menyeluruh berdasarkan pontentialiti pelajar. Dengan cara ini diyakini kita dapat meningkatkan lagi bilangan pelajar aliran Sains yang mampu dan perpotensi.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg.Ahmad Mulyadi bin Amiruddin
Penolong : Cg. Asmadi bin Abdullah

Aktiviti Berterusan:

1. Menyedia Prasarana Pembelajaran Yang Kondusif.
Prasarana yang kondusif akan memberi perangsang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan bantu yang sesuai akan mengerakkan minda dan membolehkan murid belajar mengikut potensi diri masing-masing. Justeru itu peruntukan khas hendaklah diadakan di samping kerjasama yang erat antara guru dan ibu bapa serta PIBG sekolah. Jadual waktu khas juga perlulah diadakan.

2. Mendapat dan Memperbanyakkan Pakej ; 3M + 3M + MAS.
Aktiviti ini bertujuan untuk memperbanyakkan bahan-bahan pengajaran disamping bahan-bahan yang telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan oleh guru. 3M adalah membaca, menulis dan mengira, + 3M adalah memahami, memikir dan mengaplikasi
dan MAS adalah Minimum adequate syllabus. Aktiviti ini menitikberatkan guru, bahan, masa, ibu bapa, murid, kewangan, bilik darjah, pengurusan, penyelian dan kaedah
P & P.


3. Pemantauan, Penyelian dan Penilaian
Setelah selesai sesuatu topik atau kemahiran, proses penilaian akan diadakan. Ini bertujuan untuk memastikan adanya peningkatan dari murid. Sebarang kelemahan akan dikenalpasti untuk diambil tindakan selanjutnya. Penilaian ini akan dibuat berdasarkan Borang Auditan Hasilan.

Aktiviti Bulanan:

Januari : Penubuhan AJK HDP
Penubuhan ini adalh untuk melaksanakan segala perancangan tentang dasar dan sebagai satu kumpulan syura dalam mengambil sesuatu tindakan. Ia akan diketuai oleh guru pemulihan yang mempunyai pengalam yang luas tentang murid-murid seperti ini.


Februari : Taklimat Khas.
Taklimat ini akan diberikan kepada semua guru tentang peranan yang perlu dimainkan oleh setiap individu dalam menangani masalah HDP. Taklimat ini akan membentangkan kelemahan murid dan mencadangkan cara mengatasi serta perlunya pemuafakatan dalam rawatpulih.

Mac : Kenal Pasti Murid HDP Aktiviti ini adalh untuk mengkategorikan murid mengikut kumpulan yang sesuai dengan kemampuan mereka. Ini akan memberi rawat pulih yang secucuk. Guru kelas dan guru pemulihan boleh menggunakan instrumen seperti OTI, ujian bulanan, TOV, kad
pelaporan, temubual dengan murid atau ibu bapa, pemerhatian didalam kelas dan sebagainya yang sesuai untuk mengenal pasti murid HDP ini.

April : Kenal Pasti Guru
Di samping murid guru yang mempunyai kepakaran, komitmen dan kesabaran yang tinggi perlu dikenalpasti dengan sewajarnya. Ini kerana guru-guru sebegini sahaja yang mampu menangani masalah defisit. Ini boleh dilihat dari pemerhati, pergaulan, perbincangan ataupun laporan dari jabatan tentang guru berkenaan. Guru yang berkesan akan menghasilkan kesan yang positif.


Mei : Penubuhan Kelas 3P
Penubuhan kelas 3P iaitu Pembelajaran, Penderasan dan Potensialiti akan mengiktiraf cara belajar murid yang berbeza. Ia akan diadakan secara KUDAP.Segala teknik /kemahiran belajar dapat disampaikan dalam bentuk kuiz, peta minda, melukis dan sebagainya.Kelas ini diharap dapat menghasilkan dapatan yang positif dalam masa yang singkat. Ia akan memberi perangsang kepada murid untuk belajar.

Jun : Motivasi
Motivasi adalah untuk membina daya tahan guru, murid dan ibu bapa dalam
menangani masalah ini. Motivasi ini boleh diadakan dengan cara mengadakan kursus, mengada lawatan ke rumah murid dan kawasan pembelajaran menarik atau memberi pengiktirafan dan perhargaan kepada murid HDP. Peranan PIBG amat dialu-alukan.

Julai : Membudayakan HDP
Aktiviti ini bertujuan memberi kesedaran kepada guru, ibu bapada dan PIBG tentang tanggungjawab bersama yang harus dipikul. Pembudayaan ini dilakukan dengan mengadakan pameran tentang pakej, strategi, hasilan auditan, persembahan murid dan ganjaran/pengiktirafan. Di harap wawasan Zero defect akan terlaksana.


Ogos : Mengadakan Lawatan
Lawatan akan diadakan ke pusat pembelajaran dan pengetahuan seperti perpustakaan dan pameran-pameran yang menarik minat murid . Lawatan ini akan memberi perangsang dan pengetahuan yang berguna kepada murid-murid untuk mempelajari sesuatu terutama mata pelajaran yang mereka belajar di sekolah.

September : Motivasi
Motivasi adalah untuk membina daya tahan guru, murid dan ibu bapa dalam
menangani masalah ini. Motivasi ini boleh diadakan dengan cara mengadakan kursus, mengada lawatan ke rumah murid dan kawasan pembelajaran menarik atau memberi pengiktirafan dan perhargaan kepada murid HDP. Peranan PIBG amat dialu-alukan

8. PENGURUSAN KERJA RUMAH BERKESAN. ( PK I)

Fokus kepada perancangan yang diselaras, jenis, jumlah, penekanan yang
sesuai untuk semua mata pelajaran peperiksaan dan sistem penyemakan
yang berkesan.Kerja rumah harus berjaya membina budaya rajin
belajar,latihan mendisiplin diri, penggunaan masa yang teratur dan berdikari.

Setiausaha & Penolongnya
Setiusaha : Cg.Norhazani binti Taib
Penolong : Cg. Aima binti Selamat

Kerja Rumah Berkumpulan
Kebebasan dalam membuat kerja rumah
Pelbagaikan Bentuk Kerja Rumah
Penegasan
Merekod
Penyelarasan
Pengukuhan
Tindakan Susulan
Mengulangkaji Secara Berpandu
.
Aktiviti Berterusan :

1. Di akhir pembelajaran kerja rumah diberikan sebagai pengukuhan.
2. Penyemakan disusuli dengan pembetulan.
3. Merekod kerja rumah yang diberikan.


Aktiviti Bulanan :

Januari : Mengadakan kempen kesedaran pentingnya kerja rumah.
Februari : Kerja rumah semasa cuti.
Mac : Pertandingan membuat buku skrap.
April : Memberikan kerja rumah di bawah bimbingan ibu bapa.
Mei : Kerja rumah secara bearkumpulan (Peer Group)
Jun : Penyemakan kerja rumah oleh Ketua Jabatan.
Julai : Memberikan kerja rumah berasaskan soalan dari berlainan sekolah.
Ogos : Memberikan kerja rumah berasaskan soalan dari berlainan negeri.
September : Kerja rumah semasa cuti ( Cuti Terancang)


9. KLINIK MATA PELAJARAN. (Penolong Kanan Kokurikulum )

Wajar ditubuhkan klinik mata pelajaran di sekolah-sekolah. Seharusnya
setiap guru yang mengajar mata pelajaran peperiksaan awam dan guru-guru
yang tidak mengajar mata pelajaran peperiksaan tetapi berkepakaran
dikehendaki bertugas di klinik ini secara berjadul untuk memberi ruang
kepada pelajar mendapat bimbingan. Dalam konsep pendemokrasian
pendidikan, pelajar yang bermasalah sangat perlu dibimbing dan dibantu
terutama keluarga miskin di bandar dan luar bandar.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg.Tai See Wai
Penolong : Cg.Hajjah Fazizah binti Mohamad &
Cg. Norizan binti Shamsuddin

Klinik Pakar Mata Pelajaran

Aktiviti Berterusan:

1. Klinik Pakar Mata Pelajaran (Tahap 2)
Murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran boleh berjumpa dengan
guru yang bertugas di klinik tersebut pada waktu rehat.

2. Klinik Bijak Sifir (Tahap 1)
Pada setiap hari Khamis pukul 1.00pm. semua murid akan membaca sifir serentak
dalam kelas.

4. Satu ujian bertulis akan diadakan di klinik ini pada akhir setiap bulan.

Aktiviti Bulanan:

Januari : Kempen Cintai Klinik Mata Pelajaran
Satu kempen akan diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid
tentang kemudahan klinik tersebut.

Februari : Klinik OTI Penulisan
Murid Tahun 6 yang mendapat E dalam Penulisan akan dikenalpasti dalam
OTI 1 dan mereka akan diberi bimbingan di klinik ini.

Mac : Klinik OTI Pemahaman
Murid Tahun 6 yang mendapat E dalam Pemahaman akan dikenalpasti dalam OTI 2 dan mereka akan diberi bimbingan di klinik ini.

April : Klinik Tulisan
Murid-murid yang bermasalah dalam tulisan dikenalpasti dan diberi bimbingan di klinik ini.

Mei : Klinik OTI M3
Murid Tahun 6 yang mendapat E dalam M3 akan dikenalpasti dalam OTI 3 dan
diberi bimbingan di klinik ini.

Jun : Klinik OTI BI
Murid Tahun 6 yang mendapat E dalam BI akan dikenalpasti dalam OTI 4 dan diberi bimbingan di klinik ini.

Julai : Klinik OTI Sains
Murid Tahun 6 yang mendapat E dalam Sains akan dikenalpasti dalam OTI 4 dan diberi bimbingan di klinik ini.

Ogos : Klinik OTI PAFA
Murid Tahun 6 yang gagal dalam PAFA akan dikenalpasti dan diberi bimbingan di klinik ini.

.
10. PENDIDIKAN AGAMA ISLAM. (Penolong Kanan Kokurikulum )

Fokus kita ialah mempastikan penghayatan Islam benar-benar berlaku
menerusi mata pelajaran Pendidikan Agama Islam di sekolah boleh menjadi
peggerak dan pendorong pembinaan watak dan sekali gus menjadi benteng
bagi menghapuskan masalah disiplin di kalangan pelajar yang kian berleluasa.
Masalah disiplin pelajar di rawat segera.

Sewajarnya penghayatan Islam di sekolah menjadi tanggungjawab semua guru
Islam.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg.Norizan binti Yusof
Penolong : Cg. Andawati binti Ali


Aktiviti Berterusan:

1. Membaca doa sebelum makan pada waktu rehat. Guru-guru yang
mengajar sebelum waktu rehat hendaklah memastikan semua murid
membaca doa sebelum keluar dari kelas.

2. Adab bersalam antara murid dan guru. Aktiviti ini dilakukan pada akhir
pembelajaran.

3. Adab berpakaian dalam Islam. Murid dikehendaki memakai pakaian
yang mencerminkan keperibadian Islam.

Aktiviti Bulanan:

Januari Adab makan dan minum.
Melatih murid supaya sentiasa beradab ketika makan dan minum.

Februari Ucapan salam.
Mengajar murid supaya menghormati orang yang lebih tua.

Mac Ucapan terima kasih.
Cara menghargai pemberian seseorang kepada murid .

April Panggilan hormat.
Memberi penjelasan kepada murid mengenai cara panggilan
yang sepatutnya digunakan untuk orang yang berkenaan.

Mei Adab bercakap antara murid dengan murid.
Mengelakkan murid dari bercakap perkataan yang kurang sopan.
Beri sepotong ayat Al-Quran atau Hadis ketika perhimpunan.

Jun Pertandingan Menghafaz doa-doa harian.

Julai Memberi risalah kepada murid tentang akhlak-akhlak yang mulia
dengan mengambil iktibar akhlak Rasulullah s.a.w.

Ogos Minggu Silaturrahim.
Minggu ini diadakan sempena Menyambut hari-hari tertentu .
Contohnya Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya.

September Ceramah khusus untuk murid tahun 6.
" Sempadan Pergaulan Antara Murid Lelaki dan Perempuan "

.
11. KELAS TAMBAHAN SOLAT. (Penolong Kanan Kokurikulum )

Setiap pelajar muslim mesti pandai dan mengerjakan solat apabila mencapai
umur 10 tahun. Jika matlamat ini jelas, usaha membimbing anak-anak
mengerjakan solat patut diprogramkan di sekolah-sekolah sehingga matlamat
tersebut tercapai.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg.Adnan bin Muda
Penolong : Cg.Nasrah binti Ahmad

Aktiviti Berterusan:

1 . Kelas intensif Solat untuk murid yang belum pandai melakukan solat lima waktu.
Kelas ini akan dijalankan selepas waktu persekolahan.
2 . Membaca dan menghafaz bacaan -bacaan dalam solat sebelum P&P.
3 . Amali solat Fardhu Zohor berjemaah di waktu sekolah untuk tahap 2 selepas
waktu sekolah.

Aktiviti Bulanan:

Januari Amali mengambil wudu' dengan sempurna. Ianya akan dilaksanakan
setiap mula pembelajaran di surau.

BERSAMBUNG.............
(Jika ada sebarang cadangan/teguran, harap tuliskan dalam "guestbook". Terima Kasih)