Haryati's vers libre
2001,2002,2003
Impian Satu Mimpi
Teman
Sajak buat perempuan gemuk disebelah meja
Disember 2001
Di mana detiknya bermula
Indahnya Syawal
Menjadi saksi pertemuan dua insan
Di bumi kejauhan
Di bumi kesepian
Januari 2002
Salam perkenalan disambut mesra
Akur dgn perasan yang lemah
Tewas dlm kesepian yang menyaluti hati
Menjadi hamba kepada perasaan yang dikuasai oleh nafsu dlm diri
Februari- September 2002
Seiring sejalan kononnya
Bersama2 utk kecapi bahagia lagaknya
.
Dua insan diamuk perasaan c.i.n.t.a
..
Cinta manusia, yang tiada bahagia
Umpama cinta kepada bunga yang tidak kekal lama
Februari-September 2002
Madah pujangga menjadi alunan cinta mereka
Bicara mereka...berikrar, berjanji sumpah setia
Lafaz si teruna
"Andai esok aku menjadi tanah,
sudikah kau menjadi bunga menghiasi dadaku
.?"
"Andai aku menjadi rembulan, sudikah kau menjadi kejora
menemaniku hingga siang hari
?"
Si gadis tertunduk malu
.
Semakin lupa, lalai, keliru
.
October 2002
2 jiwa, 2 benua memisahkan mereka
Cinta yang diikrarkan bersama
Semakin jauh
Umpama debu yang beterbangan ditiup bayu
Tiada haluan, tiada arah untuk dituju
.
Nov-Dis 2002
Kemanakah hilang nya janji ikrar setia?
Tidak sudikah tanah menjadi baja kepada si bunga?
Malukah rembulan utk seiiringan bertemankan kejora?
Hati semakin luka
Luka dalam yang infiniti sakitnya
Hanya air mata peneman setia
Januari-Mei 2003
Kuala Lumpur menjadi saksi utama..
Si teruna menyusun kata, tenang
Bagaikan halilintar menyambar bumi
Umpama bom yang gugur di Hiroshima
Lafaz si teruna
"Teruskan dgn cita2 mu, hubungan kita ternoktah di sini sahaja
Tiada jodoh antara kita
.."
Semudah itu dia berkata, selancar itu dia bersuara
Adakah ini skrip biasa lakonan sandiwara manusia yang bergelar lelaki?????
Jun-Nov 2003
Luka semalam masih ada..
Parut nya dlm sesekali pedih terasa
Kepada Pencipta tempat mengadu
Tempat merayu, menitis air mata
Hanya Dia pengubat luka
Keinsafan sebagai hamba mula terasa
.
Hamba yang hina, hamba yang banyak bergelumang dgn dosa
.
Hamba yang dulunya, terlalu mengagung-agungkan cinta manusia
Hingga terlupa akan CINTA AGUNG YANG SATU
Disember 2003
Merupakan titik akhir
Untuk terus bernafas di atas bumi yang sementara
2001, 2002 dan 2003 yang bakal ditinggalkan
Akan menjadi sebuah cerita
Cerekarama yang penuh dgn warna
Warna cahaya yang menjadi penyuluh
Kepada kehidupan hari esok
Kehidupan 2004
Yang entah bagaimana
..
-HYY-
10.45 pm
31.12.2003
Belfast, Northern Ireland, UK
back to top
Aku dibuai mimpi
Sulaman mimpi ntah siri yang keberapa
Aku tidak pasti .
Aku terus hanyut dlm mimpi ciptaan ku sendiri
Mimpi yang permulaannya tidak dirancang
Dan penghujungnya yang tidak diketahui
..
Purnama makin hilang..
Mentari pagi mula menjenguk diri
Namun, mengapa mimpi ini terus menghantui?
Di mana kah akhirnya nanti?
Aku semakin terasak lemas
Mimpi ciptaan ku sendiri mula memakan diri
Aku pelakon utama mula hilang punca
Hilang bicara
Hilang arah diri
Aku ingin bangkit
Aku ingin keluar dari mimpi ini
Aku tidak mahu terus terjerumus dlm permainan ilusi
Namun hati ini lemah
Lemah menahan terjahan mimpi yang semakin menjadi2
.
Wahai Tuhanku, berikan aku kekuatan!
Berikan aku petunjuk dan hidayahMu
Bukakanlah pintu mata hati ku ini...
Agar aku tidak tersasar dari jln kebenaran
Agar aku dpt menikmati nur ciptaan Mu
Di dunia hari ini dan hari kemudian
.
Aku pasrah ya Allah..
Hanya padaMu aku berserah
Kiranya ini merupakan mimpi ku yang terakhir
Biarlah ia menjadi mimpi paling manis
Semanis cintaku terhadap Mu
.
Amin
..
back to top
Teman
Dingin angin salju membawa aku terbang
Terbang dlm kotak ilusiku yang semakin sempit
Lantas aku bangkit , dlm rona kerinduan ku yang semakin memakan diri .
Teman
Tiada ucapan, ungkapan yang sesuai utk dilafazkan oleh bibir
Aku hanyalah aku
.
Siapalah aku ini (sila refer Amy mastura..kekekek)
Hanya sebuah monolog usang yang pernah tertewas oleh perasaan
Perasaan yang dihantui oleh bayangan kisah hitam semalam
Yang telah mencuri keberanian ku dlm pencarian sebuah mimpi yang semakin keliru
Teman
"Kesedihan yang lampau bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan"
Kata2 yang mudah diluncurkan dari bibir yang belum pasti seikhlas hati yang
merasa..
Berikanlah aku Teman
Secebis dari keyakinan mu
semangat mu
senyuman mu
senda gurau
mu
Sekelumit dari masa dlm hidup mu
..
Agar aku dpt terus melangkah melewati batas waktu yang semakin menyiksa diri
..
Teman
Perasaan ini terlalu sukar utk ditafsirkan oleh kata2
Walau kering selautan tinta ku coretkan dlm ribuan kitab alam
Walau dengan sejuta jenis senyuman yang dilakarkan
Perasaan yang tak terluah dek perkataan,
Sehingga kini menjadi RAHSIA
Antara aku dan Dia
..
Teman
Kerana Allah kita bertemu dan kerana Allah jualah kita berpisah
Pertemuan dan perpisahan itu bukan milik kita
Ia milik Allah yang Esa
.
Dan kepada Allah jualah kita berserah
Teman
Semoga silaturahhim ini kan diberi cahaya
Nur petunjuk agar kita tidak leka dlm bermain dgn api perasaan..
Hanya sekalung doa ikhlas yang dpt kupanjatkan untuk mu
Dan untuk insan2 yang berada di sisimu, insan2 yang bertakhta di hati mu,
di ingatan mu
Semoga sentiasa mendapat ketenangan, perlindungan, rahmat dari Nya..
Teman
Selamat Menyambut Hari Lahir -25
Harapan dan doa ku utk hari ini, esok dan selamanya
Agar engkau menjadi seorang pejuang ISLAM
.
Pejuang Islam di dunia sementara yang singkat waktunya
Pejuang Islam yang bakal menduduki JANNAH di hari kemudian
..
Amin
Akhir kata Teman,
Kerana Tuhan kita ditemukan, andai terpisah, itu ketentuan
..
Lihub- Allah
.
-HYY-
5.45 am
3/1/2004
Belfast, Northern Ireland, UK
back to top
seorang diri,sepi,adalah beban.
seorang isteri,cantik,adalah beban.
seorang anak,comel,adalah beban.
seorang ibu,nyanyuk,adalah ikhsan.
sebuah rumah,milik pkns,adalah beban.
sebuah proton wira,bayar secara ansuran,adalah beban.
sebuah masjid,dalam taman perumahan,adalah ikhsan.
kekasih adalah beban.
teman adalah beban.
taulan adalah beban.
ikhlas adalah ikhsan.
kerja,dipejabat kerajaan,adalah beban.
amanah,tidak makan suap,adalah ikhsan.
adidas,jalur berbelang,adalah beban.
levis,501 biru tua,adalah beban.
paco raban,semerbak mewangi,adalah beban.
peminta sedekah,buta,adalah ikhsan.
aku,adalah beban.
perempuan gemuk,disebelah meja,adalah ikhsan.
back to top