( dipinda daripada
Tatakelakuan Dan Tatatertib m.d. 25 Nov 1993 )
|
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
telah menetapkan tatakelakuan dan peraturan-peraturan yang harus diikuti oleh
seseorang anggota perkhidmatan awam. Peraturan-peraturan ini menyenaraikan
tatakelakuan-tatakelakuan dalam perkhidmatan awam seperti berikut:~ |
||||
|
4(1) |
Seseorang anggota hendaklah pada setiap
masa, pada setiap ketika memberikan taat setia yang tidak
berbelah bagi kepada Yang Di Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan Seseorang anggota dianggap telah
melanggar peraturan tatakelakuan ini jika berlaku antara lainnya : ~ |
|||
|
|
(i) |
Bersubahat dengan musuh-musuh negara |
||
|
|
(ii) |
Sengaja membocorkan rahsia Kerajaan |
||
|
|
(iii) |
Melanggar undang-undang atau
peraturan-peraturan Kerajaan dengan tujuan untuk menentang kerajaan |
||
|
|
(iv) |
Memburuk-buruk serta
memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan |
||
|
|
(v) |
Mengelakkan diri daripada
mempertahankan dasar dan tindakan Kerajaan sedangkan adalah menjadi
kewajipannya untuk berbuat demikian |
||
|
|
(vi) |
Memijak-mijak bendera Kebangsaan dengan
tujuan menghina |
||
|
4(2) |
Seseorang anggota tidak boleh: ~ |
|||
|
|
(a) |
Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendirian; Seseorang anggota dianggap telah
melanggar peraturan tatakelakuan ini jika berlaku antara lainnya : ~ |
||
|
|
|
(i) |
Menguruskan hal-hal perniagaan atau
pelaburan kepunyaan sendiri, atau isteri, atau anaknya dalam waktu pejabat; |
|
|
|
|
(ii) |
Menyebelahi dan memberi keutamaan
kepada saudara mara atau rakan-arakan atau orang-orang yang rapat dengannya dalam
menimbangkan sesuatu permohonan; |
|
|
|
|
(iii) |
Tidak menjalankan kewajipan rasmi
seperti menyiasat gerak geri seseorang yang karib degannya yang disyaki
perneh menerima rasuash; |
|
|
|
|
(iv) |
Mengambil kesempatan untuk menguruskan hal-hal
perniagaan semasa membuat lawatan rasmi di luar pejabat |
|
|
|
(b) |
Berkelakuan dengan sedemikian cara yang
mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas
awamnya; Seseorang anggota dianggap telah
melanggar peraturan tatakelakuan ini jika berlaku antara lainnya : ~ |
||
|
|
|
(i) |
Tidak mengelakkan dirinya dari terlalu
rapat bergaul dengan mereka yang jelas akan amendapat keuntungan besar daripada
mengetahui tugas-tugas rasminya; |
|
|
|
|
(ii) |
Tidak mengelakkan dirinya daripada
menerima hadiah-hadiah yang mahal dari syarikat atau seseorang peniaga atau
individu; |
|
|
|
|
(iii) |
Sebagai seorang Majistret, membicarakan
saudaranya; |
|
|
|
|
(iv) |
Menguruskan hal-hal tender atau
sebutharga, sedangkan ia mengetahui bahawa ada di antara mereka yang
mengemukakan tender atau sebutharga itu adalah terdiri dari saudara maranya; |
|
|
|
|
(v) |
Memproses atau menimbang atau
meluluskan sesuatu permohonan dari isteri atau suami atau saudara maranya |
|
|
|
(c) |
Berkelakuan dengan apa-apa cara yang
mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa : ~ |
||
|
|
|
(i) |
Dia telah membiarkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan
kegunaannya sebagai seorang anggota perkhidmatan awam; atau |
|
|
|
|
(ii) |
Dia telah menggunakan kedudukan awamnya
bagi faedahnya sendiri Seseorang anggota dianggap telah
melanggar peraturan tatakelakuan ini jika berlaku antara lainnya : ~ |
|
|
|
|
|
(i) |
Tidak mengambil tindakan terhadap
seseorang yang telah melanggar mana undang-undang negara dengan tujuan
mendapat ganjaran daripadanya; |
|
|
|
|
(ii) |
Melepaskaan barang-barang dibawa masuk
tanpa dibayar cukai dengan harapan untuk mendapat faedah (rasuah) dari
empunya barang kemudian kelak; |
|
|
|
|
(iii) |
Sebagai seorang yang mempunyai kuasa untuk
menentukan arah jalanraya, meluluskan pembinaannya di tepi tanah kepunyaannya
supaya beliau mendapat faedah daripadanya; |
|
|
|
|
(iv) |
Meluluskan sekeping tanah Kerajaan
kepada isteri atau anaknya atau saudara maranya; |
|
|
|
|
(v) |
Menyalahgunakan hak-hak keistimewaan
sebagai seorang diplomat untuk kepentingan diri sendiri dengan terlibat dalam
aktiviti penyeludupan |
|
|
(d) |
Berkelakuan dengan sedemikian cara
hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan
awam; Seseorang anggota dianggap telah
melanggar peraturan tatakelakuan ini jika berlaku antara lainnya : ~ |
||
|
|
|
(i) |
Sengaja berlengah-lengah memproses permohonan-permohona
untuk mendapatkan lesen daripada orang ramai; |
|
|
|
|
(ii) |
Terlibat dalam penyalahgunaan dadah; |
|
|
|
|
(iii) |
Menerima keraian yang berlebihan; |
|
|
|
|
(iv) |
Disabitkan kesalahan jenayah termasuk
sabitan Mahkamah Syariah; |
|
|
|
|
(v) |
Berjudi di pejabat; |
|
|
|
|
(vi) |
Berkelakuan tidak senonoh di khalayak
aramai seperti mabuk, biadap atau menonjol-nonjol kepentingan diri sendiri; |
|
|
|
|
(vii) |
Keterhutangan kewangan yang serius; |
|
|
|
|
(viii) |
Meletakkan dirinya terhutang budi
kerana wang kepada seseorang yang mungkin dihubunginya dalam melaksanakan
tugas rasminya; |
|
|
|
|
(ix) |
Tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
disekelilingnya dan sentiasa bertelingkah bukan sahaja dengan rakan-rakan
sejawat tetapi juga dengan orang ramai; |
|
|
|
|
(x) |
Terlibat dalam meramalkan turun naik
harga barang dan saham atau pasaran komoditi atau pasaran sekuriti hadapan; |
|
|
|
|
(xi) |
Sebagai seorang diplomat, terlibat
dengan penyeludupan dan pasar gelap |
|
|
|
(e) |
Kurang kecekapan
atau kurang berusaha; Seseorang anggota dianggap telah melanggar
peraturan tatakelakuan ini jika berlaku antara lainnya : ~ |
||
|
|
|
(i) |
Tidak mempunyai daya utama dan lemah
dalam daya pemikirannya; |
|
|
|
|
(ii) |
Lalai atau berlengah-lengah dalam
menjalankan tugas-tugasnya; |
|
|
|
|
(iii) |
Sebagai seoarang pegawai kanan, tidak
berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa; |
|
|
|
|
(iv) |
Malas atau cuai dalam menjalankan
tugas-tugasnya; |
|
|
|
|
(v) |
Menanggung keterhutangan kewangan yang
serius |
|
|
|
(f) |
Tidak jujur atau tidak
amanah; Seseorang anggota dianggap telah
melanggar peraturan tatakelakuan ini jika berlaku antara lainnya : ~ |
||
|
|
|
(i) |
Tidak melapor harta atau pelaburaqn
yang dipunyai olehnya, isterinya atau anaknya seperti mana yang dikehendaki
oleh Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awawm (Kelakuan tatatertib)
1993; |
|
|
|
|
(ii) |
Mengemukakan bil hotel palsu dalam tuntutan
elaun sewa hotel; |
|
|
|
|
(iii) |
Membuat tuntutan palsu mengenai elaun
perjalanan, lojing, makan atau tambang pengangkutan (lori) semasa
perpindahan; |
|
|
|
|
(iv) |
Mengesahkan tuntutan bekerja lebih masa
yang tidak betul dari seorang pekerja dengan tujuan untuk mendapat habuan
daripada pekerja itu; |
|
|
|
|
(v) |
Tidak amelaporkan hutang piutang dengan
tujuan menipu Ketua Jabatan dan Lembaga tatatertib yang berkenaan mengenai
keterhutangan kewangan yang serius; |
|
|
|
|
(vi) |
Berdalih-dalh atau bercakap bohong
dalam apa-apa jua penyiasatan yang dijalankan terhadapnya; |
|
|
|
|
(vii) |
Pura-pura sakit atau uzur |
|
|
|
(g) |
Tidak bertanggungjawab; Seseorang anggota dianggap telah
melanggar peraturan tatakelakuan ini jika berlaku antara lainnya : ~ |
||
|
|
|
(i) |
Menghasut kakitangan Kerajaan supaya
jangan terlalu berusaha dalam amenjalankan tugas-tugas mereka; |
|
|
|
|
(ii) |
Menjalankan sesuatu tugas tanpa
menghiraukan implikasi terhadap Jabatan khasnya dan Kerajaan amnya; |
|
|
|
|
(iii) |
Mengambil cuti rehat di saat-saat
perkhidmatannya sangat-sangat diperlukan; |
|
|
|
|
(iv) |
Suka mewujudkan suasana yang tegang di pejabat
dengan melaga-lagakan rakan-rakan sejawat untuk kepentingan diri sendiri; |
|
|
|
|
(v) |
Tidak melaporkan suatu kesalahan yang
serius yang telah dilakukan oleh pegawai yang lebih kanan; |
|
|
|
|
(vi) |
Tidak menghiraukan pandangan atau pendapat
aorang lain, sungguhpun pandangan atau pendapat itu boleh mendatangkakn
faedah kepada Kerajaan; |
|
|
|
|
(vii) |
bersikap tidak acuh terhadap
tugas-tugas dan tanggungjawabnya; |
|
|
|
|
(viii) |
Tidak mempeduli atau menjaga harta Kerajaan
sebagaimana yang sepatutnya kerana harta tersebut bukan hartanya; |
|
|
|
|
(ix) |
Tidak hadair berkerja tanpa cuti atau
tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah; |
|
|
|
|
(x) |
Membazirkan wang Kerajaan dengan membeli
alat-alat yang kurang berguna; |
|
|
|
|
(xi) |
Mengikuti kursus pengajian tanpa
mendapat kelulusan pihak yang berkuasa terlebih dahulu |
|
|
|
(h) |
Membawa atau cuba membawa
apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan
tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam, samada tuntutan itu adalah
tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang
lain; Seseorang anggota dianggap telah
melanggar peraturan tatakelakuan ini jika berlaku antara lainnya : ~ |
||
|
|
|
(i) |
Meminta seorang kenamaan untyuk
menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan
untuk menaikkan pangkatnya; |
|
|
|
|
(ii) |
Meminta ahli politik untuk menyokong
permohonan-permohonan untuk mendapatkan sekeping tanah Kerajaan atau rumah; |
|
|
|
|
(iii) |
Meminta kesatuan sekerja untuk
memperjuangkan kes tuntutan peribadinya seperti rayuan tatatertib; |
|
|
|
|
(iv) |
Menggunakan pengaruh luar dalam
soal-soal pertukaran dan penempatan |
|
|
|
(i) |
Ingkar perintah atau
berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai
ingkar perintah; Seseorang anggota dianggap telah
melanggar peraturan tatakelakuan ini jika berlaku antara lainnya : ~ |
||
|
|
|
(i) |
Enggan atau tidak mahu mengikuti atau
menjalankan atau melaksanakan arahan lisan atau bertulis pegawai kanannya
berhubung dengan tugas rasminya; |
|
|
|
|
(ii) |
Membantah atau melawan pegawai
kanannya; |
|
|
|
|
(iii) |
Menulis surat layang berkaitan dengan
perkara-perkara rasmi pihak atasan tanpa melalui saluaran-saluran tertentu |
|
|
|
(j) |
Cuai dalam
melaksanakan tugas rasminya; Seseorang anggota dianggap telah
melanggar peraturan tatakelakuan ini jika berlaku antara lainnya : ~ |
||
|
|
|
(i) |
Memandu kenderaan Kerajaan dengan
terlalu laju atau tidak mengikut peraturan lalu lintas hingga menyebabkan
kemalangan berlaku; |
|
|
|
|
(ii) |
Pegawai perubatan meninggalkan
objek-objek asing seperti kapas, gunting dan lain-lain dalam tubuh badan
pesakit semasa melakukan pembedahan; |
|
|
|
|
(iii) |
Kesilapan pegawaia dalam menandatangani
dokumen rasmi Kerajaan sehingga mengakibatkan Kerajaan mengalami kerugian; |
|
|
|
|
(iv) |
Kegagalan melaporkan kepada pihak-pihak
berkenaan mengenai pemberhentian pembayaran gaji bagi pegawai-pegawai yang
meletak jawatan |
|
|
Larangan-larangan lain adalam
perkhidmatan awam Di samping tatakelakuan di bawah Peraturan
4, larangan-larangan berikut perlu juga diketahui dan diambil perhatian oleh
setiap anggota perkhidmatan awam |
||||
|
PERATURAN 5 – PEKERJAAN
LUAR |
||||
|
Jenis pekerjaan luar yang dimaksudkan
digolongkan sebagai : ~ |
||||
|
|
(a) |
Pekerjaan yang dijalankan berdasarkan
jawatan yang dipegang oleh seseorang pegawai atau yang diarah oleh Ketua
Jabatan seperti menjadi Ahli Lembaga Pengarah kepada syarikat-syarikat yang
Kerajaan mempunyai kepentingan |
||
|
|
(b) |
Pekerjaan yang dijalankan atas
kepentingan persendirian atau untuk faedah saudara mara atau bagi mana-mana
badan yang tidak mencari keuntungan yang dia ialah seorang pemegang jawatan
dalam badan tersebut |
||
|
Bagi jenis pekerjaan di (a), sekiranya
tiada apa-apa penetapan mengenai amaun pendapatan yang boleh disimpan, maka
perkara ini hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa Perbendaharaan untuk
mendapatkan penetapan kadar yang boleh diterima |
||||
|
Bagi jenis pekerjaan di (b), seseorang pegawai
yang ingin menjalankan pekerjaan luar hendaklah memperolehi kebenaran secara
bertulis dari Ketua Jabatan. Ketua jabatan dalam menimbangkan permohonan
tersebut hendaklah mempastikan pekerjaan luar itu tidak bercanggah dengan
tatakelakuan pegawai aawam di bawah peraturan 4, dan khususnya hendaklah
mempastikan pekerjaan luar itu : ~ |
||||
|
|
(a) |
Tidak dilakukan semasa waktu pejabat
dan semasa pegawai itu dikehendaki menjalankan tugas rasminya; |
||
|
|
(b) |
Tidak akan dengan apa-apa kecenderungan
untuk menjejaskan kegunaan pegawai itu sebagai seorang perkhidmat awam: dan |
||
|
|
(c) |
Tidak akan dengan apa-apa acara
berkecenderungan untuk bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi tidak
konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pekhidmat awam |
||
|
PERATURAN 6 – PAKAIAN Cara berpakaian semasa bertugas akan
ditentukan oleh Kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam Lihat Surat Pekeliling Iktisas Bil.
6/1985 ( soon!!! ) |
||||
|
PERATURAN 7 – MENYALAHGUNAKAN DADAH Seorang pegawai tidak boleh menggunakan
atau mengambil atau menyalahgunakan atau menagih dadah berbahaya kecuali
bagi maksud perubatan Jika seseorang pegawai yang diperakui oleh Pegawai perubatan Kerajaan sebagai menggunakan, mengambil, menyalahgunakan, atau menagih dadah berbahaya, perkhidmatan apegawai tersebut boleh ditamatkan perkhidmatannya atas kepentingan awam |
||||
|
PERATURAN 8 – HADIAH Pegawai dilarang memberi atau menerima
hadiah jika : |
||||
|
|
(a) |
Ada berkaitan dengan pelaksanaan
tugasnya; |
||
|
|
(b) |
Bentuk amaun atau nilai hadiah itu
tidak sepadan dengan maksud hadiah |
||
|
Seseorang pegawai jika berasa ragu-ragu
tentang bentuk, amaun atau hadiah yang sukar ditolak, maka penerimaan hadiah itu
hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan samada hadiah itu boleh disimpan
atau dikembalikan. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh membenarkan
seseorang pegawai menerima surat pujian sempena persaraan atau pertukaran
adaripada mana-mana persatuan, badan atau orang atau dari pungutan di
kalangan staf bagi maksud hadiah sempena persaraan, pertukaran, perkahawinan
dan lain-lain yang sesuai |
||||
|
PERATURAN 9 – MENERIMA ATAU MEMBERI KERAIAN Seseorang pegawai tidak boleh menerima
atau memberi keraian sekairanya keraian itu dapat dengan apa-apa cara
mempengaruhi tugas rasminya atau akeraian itu dengan apa cara tidak sejajar
dengan tatakelakuan pegawai awam di bawah Peraturan 4 |
||||
|
PERATURAN 10 – PEMUNYAAN HARTA Seseorang pegawai dikehendaki membuat
lapoaran harta dalam keadaan-keadaan berikut :~ |
||||
|
|
(a) |
Pada tarikh dilantik |
||
|
|
(b) |
Pada bila-bila masa dikehendaki oleh
Kerajaan |
||
|
|
(c) |
Memperolehi harta baru, dan |
||
|
|
(d) |
Pelupusan |
||
|
Mana-mana pegawai yang hendak
memperolehi harta yang tidak sejajar dengan tatakelakuan di bawah Peratuaran
4, sebelum memperolehi harta itu, hendaklah meminta kebenaran dari Lembaga
Tatatertib terlebih dahulu |
||||
|
PERATURAN 11 – MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBEHI EMOLUMEN ATAU PENDAPATAN YANG SAH Seseorang pegawai boleh dipanggil oleh
Ketua Jabatan supaya memberi penjelasan bertulis dalam tempoh tiga puluh (30)
hari bagaimana ia boleh menyenggara taraf hidup tersebut jika ternyata
pegawai itu :~ |
||||
|
|
(a) |
Menyenggara sesuatu taraf kehidupan
yang melebehi emolumen dan pendapatan persendirian lain yang sah jika ada;
atau |
||
|
|
(b) |
Mempunyai kawalan atau memiliki sumber kewangan
atau harta (alih atau tak alih) yang nilainya tidak seimbang dengan atau yang
tidak semunasabahnya dijangka telah diperoleh oleh pegawai itu dengan
emolumen dan apa-apa apendapatan persendiriannya yang sah |
||
|
Pejelasan pegawai itu akan dilaporkepada
pihak berkuasa tatatertib dan terpulanglah kepada pihak berkuasa berkenaan
untuk mengambil tindakan yang difikirkan wajar |
||||
|
PERATURAN 12 – MEMINJAM
WANG |
||||
|
(i) |
Seseorang pegawai tidak boleh meminjam
wang dari mana-mana orang atau menjadi penjamin kepada atau peminjam dengan
apa cara yang meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada
orang :~ |
|||
|
|
(a) |
Yang secara langsung atau tidak langsung
tertakluk kepada kuasa rasminya; |
||
|
|
(b) |
Yang dengannya anggota itu ada atau
mungkin ada urusan rasmi; |
||
|
|
(c) |
Yang tinggal atau memiliki tanah atau
mnjalankan perniagaan di dalam kawasan tempat dia mempunyai kuasa rasmi; atau |
||
|
|
(d) |
Yang menjalankan perniagaan memberi
pinjaman wang |
||
|
(ii) |
Anggota boleh meminjam wang atau
menjadi penjamin kepada mana-mana yang meminjam wang daripada bank,
syarikat-syarikat insurans, koperasi atau syarikat kewangan yang dilesenkan di
bawah Akta Bank & Institusi Kewangan 1989 atau menanggung hutang dengan
cara memperolehi barang-barang
melalui perjanjian sewa beli dengan syarat :~ |
|||
|
|
(a) |
Bank, syarikat insurans, koperasi atau
syarikat kewangan berlesen iaitu daripadanya anggota itu meminjam tidak
secara langsung tertakluk kepada kuasa rasminya; |
||
|
|
(b) |
Peminjaman itu tidak akan membawa
kepada skandal atau tidak ada ditafsirkan bahawa anggota itu telah
menyalahgunakan kedudukan awamnya untuk faedah persendiriannya; atau |
||
|
|
(c) |
Agregat hutangnya tidak menyebab atau
tidak memungkinkan anggota itu berada dalam keterhutangan kewangan yang
serius |
||
|
(iii) |
Seseorang anggota boleh menanggung
hutang-hutang berikut :~ |
|||
|
|
(a) |
Jumlah wang yang dipinjamkan atas cagaran
tanah yang digadai atau gadai janji, jika jumlah wang tersebut tidak melebehi
nilai tanah itu; |
||
|
|
(b) |
Overdraf atau kemudahan kredit lain
yang diluluskan oleh mana-mana institusi kewangan berlesen; |
||
|
|
(c) |
Jumlah wang yang dipinjam daripada
syarikat insuran atau polisis insuran; |
||
|
|
(d) |
Jumlah wang yang dipinjam daripada
Kerajaan atau koperasi; atau |
||
|
|
(e) |
Jumlah wang yang perlu dibayar atas barang-barang
yang diperolehi melalui pinjaman sewa beli |
||
|
PERATURAN 13 – KETERHUTANGAN
KEWANGAN YANG SERIUS Seseorang anggota ditafsiarkan berada
dalam keadaan keterhutangan yang serius sekiranya tanggungan hutangnya
menyebabkan kesulitan kewangan yang berat. Seseorang anggota juga dikatakan
berada dalam keadaan keterhutangan yang serius jika:~ |
||||
|
(a) |
Agregat hutang atau tanggungan tidak bercagar
adalah lebih enam (6) kali emolumen bulanannya; |
|||
|
(b) |
Anggota itu seorang penghutang
penghakiman (judgement debtor) dan tidak menjelaskannya dalam tempoh satu
bulan; atau |
|||
|
(c) |
Bankrap atau pemakan gaji tak solven
(insolvent) |
|||
|
PERATURAN 15 – MEMINJAMKAN
WANG Seseorang anggota tidak boleh
meminjamkan wang dengan bunga |
||||
|
PERATURAN 16 – PENGLIBATAN DALAM
PASARAN KOMODITI ATAU PASARAN SEKURITI HADAPAN Tiada anggota boleh melibatkan dirinya
dalam pasaran komoditi atau pasaran sekuriti hadapan sebagai pembeli atau
penjual atau selainnya, samada dalam pasaran tempatan atau luar negara |
||||
|
PERATURAN 17 – REFEL DAN LOTERI Seseorang anggota tidak boleh
mengadakan refel atau loteri harta persendirian |
||||
|
PERATURAN 18 – PENERBITAN BUKU Seseorang angggota tidak boleh menerbit
atau menulis apa-apa buku, makalah atau karya lain yang berasaskan maklumat
rasmi terperingkat |
||||
|
PERATURAN 19 – PERNYATAAN
AWAM Seseorang anggota tidak boleh membuat pernyataan
awam kecuali setelah mendapat kebenaran Menteri yang berkenaan |
||||
|
PERATURAN 20 – PENYUNTING
AKHBAR/MAJALAH/JERNAL Seseorang anggota tidak boleh bertindak
sebagai penyunting atau mengambil bahagian secara langsung atau tidak
langsung dalam pengurusan atau denan apa cara membuat apa-apa sumbangan
kewangan atau selainnya kepada mana-mana penerbitan atau jernal, kecuali yang
berikut :~ |
||||
|
(a) |
Penerbitan jabatan atau kakitangan; |
|||
|
(b) |
Penerbitan profesional, dan |
|||
|
(c) |
Penerbitan organisasi sukarela yang
bukan bercorak politik |
|||
|
PERATURAN 21 – KEGIATAN POLITIK Anggota Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT)
dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (KPDP) dilarang mengambil bahagian
dalam politik atau memakai lambang parti politik. Secara khususnya dia tidak
boleh :~ |
||||
|
(a) |
Membuat pernyataan yang menyebelahi
mana-mana parti politik; |
|||
|
(b) |
Menerbit, mengedar buku, artikel aatau
risalah mengenai politik; |
|||
|
(c) |
Merayu undi; |
|||
|
(d) |
Bertindak sebagai agen pilihanraya atau
sebagai agen tempat mengundi; |
|||
|
(e) |
Bertanding apa-apa jawatan dalam parti
politik; |
|||
|
(f) |
Memegang apa-apa jawatan dalam parti |
|||
|
Bagi pegawai dalam Kumpulan Sokongan
yang tergolong dalam perkhidmatan perlu (essential services) tidak boleh
bertanding, memegang atau dilantik dalam apa-apa jawatan parti politik Manakala anggota dalam Kumpulan
Sokongan yang bukan tergolong dalam perkhidmatan perlu, boleh dilantik
sebagai Ahli Jawatankuasa parti politik setelah mendapat kebenaran secara
bertulis daripada : ~ |
||||
|
(a) |
Gunasama – Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam |
|||
|
(b) |
Bukan Gunasama – Ketua Setiausaha |
|||
|
Semua kumpulan anggota boleh mengambil
bahagian secara aktif dalam politik semasa bercuti sebelum bersara dengan
syarat telah mendapat kebenaran pihak seperti di atas. Semua anggota boleh menjadi
ahli biasa mana-mana parti politik dengan syarat keahliannya itu hendaklah
dilaporkan kepada Ketua Jabatan |
||||
|
PERATURAN 22 – MEMBAWA PROSIDING UNDANG-UNDANG DAN BANTUAN GUAMAN Seseorang anggota tidak boleh membawa
apa-apa perbicaraan undang-undang bagi kepentingan peribadinya akibat
daripada tugas rasminya tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Di samping itu, seseorang anggota yang
berkehendakkan bantuan guaman berbangkit daripada perbicaraan mahkamah yang
dibawa terhadapnya atas tugas-tugas rasmi, boleh memohon bantuan guaman
kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui Peguam Negara |
||||
|
PERATURAN 23 – TIDAK HADIR
BERTUGAS |
||||
|
23(1) |
Tindakan tatatertib boleh diambil ke
atas seseorang anggota yang didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau
tanpa kebenaran atau tanpa sebab-sebab yang munasabah Ketidakhadiaran dalam peraturan ini dimaksudkan
sebagai tidak hadir selama beberapa lama jua pun pada masa dan tempat di mana
anggota dikehendaki bertugas |
|||