Pengumuman

 

PAKEJ

Studio Inspirasi NS akan menggubal pakej yang sedia ada bermula pada bulan OGOS 2008. Setiap tiga (3) bulan pakej akan berubah dan mengikut harga pasaran. Jadi kepada bakal2 pengantin, tempahlah seawal2nya bagi menikmati harga lama sebelum pakej berubah. Setiap pakej memiliki keistimewaan yang tersendiri. Semakin tinggi nilai pakej tersebut, makin lebihlah tumpuan akan diberikan. Hubungi saya terus untuk berbincang lebih lanjut mengenai pakej-pakej yg disediakan. Studio Inspirasi NS semakin luas pasarannya jadi permintaan semakin tinggi dan semakin hangat diperkatakan kerana matlamat saya adalah memberikan kepuasan yang terbaik kepada setiap pelanggan2nya.

 

BOOKING

Sekiranya anda ingin cancel/batal tempahan anda setelah anda membayar deposit, duit/deposit tersebut akan hangus dan tidak akan dipulangkan balik. Ini adalah konsep perniagaan perkhidmatan sama seperti andaman, katering, dll sebagai ganti rugi kerana kami telah menolak tempahan untuk tarikh dan masa yg telah ditempah dari pelanggan2 yang lain. Diharap anda faham dengan situasi tersebut. Buatlah keputusan yang tepat supaya elak sebarang kesukarang dimasa hadapan. Hubungi saya terus jika inginkan maklumat lanjut untuk kepastian. Terima kasih.

 

TEMPAHAN AWAL

Kenapa perlu tempah awal? Ini kerana bagi memudahkan pihak saya untuk mengatur jadual supaya tidak berlaku pertindihan aktiviti yg ada. Perancangan awal amat2 penting saya supaya tidak berlaku sebarang salah faham atau kelam kabut disaat2 akhir. Anda inginkan hasil yang terbaik dari saya jadi persediaan dari segi fizikal, mental dan psikologi amat penting kerana kerja2 saya berkait rapat dengan seni (digital) yang memerlukan kretiviti yang tinggi. Kerjasama anda amat2 penting. Terima kasih.