Bendera
SK Sualok terdiri daripada tiga warna yang utama iaitu kuning, biru dan
hijau. Sementara itu, lencana sekolah pula mempunyai dua warna tambahan
yakni putih, dan ungu.
Biru
Merupakan warna yang menggambarkan amanah dan patuh kepada peraturan yang
ditetapkan oleh sekolah.
Selain itu, ia juga menunjukkan perpaduan yang wujud di kalangan murid
yang erat dan saling bekerjasama antara satu sama lain.
Kuning
Warna kuning melambangkan keluhuran peraturan yang perlu dipatuhi oleh
semua murid dan menghormati undang-undang yang
diperuntukkan di sekolah. Oleh itu, murid akan lebih berdisiplin dan beretika
dalam membentuk sahsiah diri.
Hijau
Hijau mengambarkan keceriaan dan kasih sayang antara murid dan guru. Laksana
kehijauan alam sekitar yang sentiasa segar dan
membekalkan sumber oksigen kepada manusia, begitulah yang boleh digambarkan
dengan peranan warna hijau yang mana guru memainkan
peranan yang penting dalam membekalkan pendidikan kepada murid dan seterusnya
mendidik mereka menjadi manusia yang berguna.
Putih
Putih bererti nilai yang adil dan saksama yang diamalkan oleh sekolah
SK Sualok yang mana gurunya ikhlas untuk mendidik penduduk
kampung tanpa mengharapkan balasan. Keikhlasan dan niat yang murni digambarkan
dengan warna putih yang suci, bersih dan ikhlas dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru.
Ungu
Melambangkan kemesraan yang wujud dalam masyarakat setempat dimana guru
dan penduduk kampung saling bekerjasama dalam
memastikan mutu pendidikan di tempat tersebut sentiasa meningkat dari
masa ke semasa.
|