PANDUAN MEMUAT TURUN (DOWNLOAD) FAIL DATA SK SUALOK

01. Sediakan disket (floppy disk) kosong yang telah di format sebelum memuat turun fail.

02. Satu disket untuk satu fail yang hendak dimuat turun.

03. Bagi tujuan memuat turun kesemua fail, sila sediakan empat disket kosong yang telah di format.

04. Masukkan disket kosong ke dalam pemacunya, kemudian klik fail (link) yang hendak dimuat turun.

05. Tetingkap Save fail akan terpapar. Pilih pemacu disket A:\ dan klik butang save.

06. Selesai sahaja memuat turun, perisian yang berkaitan dilancarkan dan import data daripada A:\ dan gabung.

07. Langkah 5 dan 6 hanya dapat diaplikasikan untuk EMISDATA, HEMver3 dan dblASBT.

08. Bagi data dblASBTVersi3 dan SPPTKSV2 anda perlu mengikuti panduan berikut;

i. Klik dan Save file ke dalam pemacu A:\dblASBTVersi3.
ii. Lancarkan My Computer, klik pemacu A:\.Kelihatan fail dblASBTVersi3 (.zip).
iii. Right click pada fail tersebut, ke menu Open With, Compressed (zipped) Folders. Kelihatan folder dblASBTVersi3 pada tetingkap.
iv. Double click pada folder dblASBTVersi3, kelihatan 5 fail iaitu; TEnrol, Tguru, THadir, TPres dan Tsek (.txt).
v. Tekan kekunci Ctrl + A (select all), kesemua 4 fail berkenaan akan dihighlightkan. Kemudian tekan kekunci Ctrl + C untuk salin (copy).
vi. Kembali ke My Computer, klik pemacu A:\ dan tekan kekunci Ctrl + V untuk tampal (paste).
vii. Kini terdapat 6 fail pada pemacu A:\ seperti Folder dblASBTVersi3.zip, TEnrol, Tguru, THadir, TPres dan Tsek.
viii. Padam (delete) Folder dblASBTVersi3. Lancarkan perisian dblASBTVersi3, klik pada menu Database Utilities, Eksport/Import. Ikut arahan selanjutnya.

Nota:

**Langkah 08 telah diuji pada Sistem Operasi Windows XP Profesional SP2 & Microsoft Access XP/ 2000.
**Proses muat turun tidak dapat dijamin untuk Sistem Operasi WinXP Home dan OS terdahulu termasuk Microsoft Access 2003.
**Sila email sualok@yahoo.com atau hantar komen anda disini jika anda menghadapi sebarang masalah untuk memuat turun data.

09. Tahniah! Anda berjaya memuat turun data Sek Keb Sualok.

Muat turun kemaskini fail (Download updated file);
09.05.2006 9:40 PM

| EMISDATA | HEMver3 | dbLASBT | SPPTKSV2