![]() |
![]() |
FalsafahSekolah Kebangsaan Sualok Beluran mempunyai matlamat untuk melahirkan murid yang seimbang antara kecemerlangan Akademik, kemuliaan sikap, emosi dan rohani. Usaha ini melahirkan murid-murid yang mendukung kehendak dan matlamat Falsafah Penddikan Negara. DasarSekolah Kebangsaan Sualok Beluran berusaha untuk memberikan perkhidmatan penddikan berkualiti kpeada semua murid. Hala tuju ini dirancang atas pengharapan yang tinggi daripada pelanggan iaitu murid, ibubapa/ penjaga dan juga Jabatan Pelajaran Negeri. Semua warga sekolah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya dengan penuh komitmen mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan akan sentiasa berusaha ke arajh penambahbaikan yang berterusan. Misi- Celik huruf, celik nombor Tahap 1. - Mengembangkan potensi sedia ada murid. - Menangani permasalahan salah laku di sekolah. - Menyerlahkan kepimpinan murid. - Integrasi antara kaum dan agama.
VisiMenjadikan SK Sualok Beluran Sekolah Cemerlang di kalangan Sekolah Gred A Gabungan Sandakan menjelang Tahun 2010.
Wawasan1. Ramai murid SK Sualok Beluran menerima Anugerah Best (Cemerlang dalam bidang kurikulum, KO-kurikulum dan sahsiah. 2. Ramai tenaga sumber manusia (Guru dan staf sokongan) menerima anugerah dalam bidang prestasi kerja dan Anjakan Gaji. 3. Personel Sekolah mendapat pengiktirafan dengan pemberian/ penganugerahan kenaikan pangkat/ bintang-bintang kebesaran. 4.Sekolah menerima Anugerah Best dan seterusnya sekolah cemerlang di kalangan sekolah Gred A Gabungan Sandakan. 5. Personel sekolah meningkatkan pencapaian akademik melalui pengajian PJJ Luar Kampus ataupun program Pensiswazahan guru melalui IPTA / IPTS.
Piagam SK Sualok1. Memastikan semua murid yang didaftarkan di sekolah ini mendapat tempat belajar yang sempurna 2. Memberi layanan yang saksama dan ahli kepada semua murid Sk Sualok, Beluran. 3. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan secara licin, teeratur dan sistematik. 4. Berusaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 5. Mewujudkan suasana permuafakatan dan silaturrahim ke arah mencapai matlamat/ visi sekolah. 6. Berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dengan mengikis sikap negatif. 7. Bersedia dan sanggup menerima cadangan syor dan teguran yang membina dari semua pihak bagi meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah. |
Last updated
:
February 27, 2008 10:00 PM
©Sualok. webmaster