TERIMA
KASIH KEPADA PENGUNJUNG, PEMBANGUN LAMAN DAN MEREKA YANG BEKERJA
DI BALIK TAKBIR UNTUK MEWUJUDKAN 'LAMAN KELAB PEMINAT SUHARDI'.
Idea
laman ini diilhamkan oleh seorang rakan yang juga merupakan seorang
yang berpengalaman luas dalam bidang IT. Saya tidaklah
memiliki kemahiran langsung dalam selok-belok dalam bidang ini
tetapi tidaklah terlalu 'ketinggalan' pula. Kehidupan harian dan
sebagai seorang pelumba, jadual yang ketat tidak memberi ruang
kepada saya untuk mengikuti perkembangan semasa terutamanya dalam
bidang industri ini (IT).
Pada
awal 2005, saya berkesempatan untuk bertemu dengan seorang rakan,
langsung dia menerbitkan idea itu - Bagaimana kalau mewujudkan
Laman peribadi Kelab Peminat Suhardi Hassan? Saya tidak tahu bagaimana
dan kaedah olahan laman tersebut hingga dia memberi lakaran modul,
konsep dan rekabentuk laman itu. Saya tidak tau sejauh mana pula
dapat dimanfaatkan oleh pengunjung internet khususnya mereka yang
minat dalam sukan lumba basikal.
Laman
peribadi ini diharap dapat memberikan hubungan secara langsung
dengan penggiat, penggerak dan peminat sukan lumba basikal tanah
air tanpa sempadan usia, bangsa dan taraf sosial. Pengunjung boleh
berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan apa yang saya
alami sepanjang tempuh penglibatan dengan sukan ini. Terima kasih
tidak terhingga kepada PERSATUAN LUMBA BASIKAL KUALA LUMPUR yang
telah memberi ruang dan membimbing karier saya.
Saya
tidak memiliki sebarang agenda terhadap pengwujudan laman peribadi
ini, terpulang kepada pihak pembangun terdiri dari rakan-rakan
dan peminat lumba basikal itu sendiri bagaimana ingin menyemarak
laman ini moga dapat dimanfaat bersama. Terima kasih kepada wartawan
dan pihak media tempatan yang sudi menjadi penyumbang ruang
berita terkini/news update terhadap perkembangan sukan lumba
basikal tanah air. Tanpa bantuan mereka ruangan itu tidak dapat
dilaksanakan.
Laman
ini bukan sebuah laman komersial dengan itu diharap para peminat
lebih memahami kedudukannya. Saya tdiak pasti apakah dapat mengadakan
aktiviti-aktiviti seperti laman sosial lain yang mengadakan gathering
tahunan dan sebagainya. Masa sangat terhad kepada kami kerana
jadual dilengkapi dengan latihan harian yang perlu diikuti. Adalah
suatu yang baiknya juga idea rakan saya itu untuk membangun laman
ini, dapat menjalinkan hubungan antara saya dan seluruh peminat
sukan lumba basikal.
Salam
tulus ikhlas dari,
SUHARDI HASSAN, Taman Maluri, Kuala Lumpur