Assalamualikum
w.b.,
Terlebih
dahulu saya dan Ahli Jawatankuasa yang dilantik mengucapkan
terima kasih kepada Mesyuarat Agung Ahli-ahli Persatuan
Suluh Budiman yang lalu kerana memilih kami bagi menjalankan
tanggungjawab mengelolakan Persatuan Suluh Budiman yang
terus hidup. Saya dan Ahli Jawatankuasa insaf dan sedar
pemilihan itu adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul
dengan meninsafi bahawa pengorbanan mesti diiringi dengan
tanggungjawab tersebut.
InsyaAllah
dengan semangat yang terinsaf itu, akan membantu kami
berkhidmat bagi memartabatkan IBU KANDUNG dan ANAK-ANAK
KANDUNGNYA seterusnya meniti zaman.
Kini
IBU KANDUNG telah melahirkan anaknya - UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS (UPSI), Tanjong Malim. Kita bangga!. UPSI
adalah Universiti DiRaja (Sultan Idris). Tidak ada Universiti
lain di Malaysia yang ada nama 'SULTAN" Syabas!
Begitu lama dalam kandungan baru lahir. Syukur Alhamdulillah
kita! Tidak siapa boleh menafikan bahawa PERSATUAN SULUH
BUDIMAN (PSB)-lah yang membelai IBU KANDUNG dengan akhirnya
terlahirlah UPSI.
Kini
anak yang dikandung telah lahir. Kita serahkan ia kepada
penjaganya untuk dididik membesarkan, mendewasakan bagi
boleh menabur bakti dan jasa sepertimana SITC, MPSI,
IPSI dulu.
Bagi
PERSATUAN SULUH BUDIMAN, ia akan melihat, memerhati
mengawasi proses pendewasaan itu. VISI SITC itu akan
tetap diperhatikan - cuma prosesnya sahaja mungkin mengikut
lekuk-liku rentak saman. Terserahlah kepada kita, kita
yang mahu, kita yang tuntut, kita jaga! Jangan kita
salahkan orang lain nanti.
Proses
zaman tetap berlalu. Begitu juga PERSATUAN SULUH BUDIMAN.
Persatuan ini tidak dapat lari dari hakikat ini - mahu
tidak mahu suka tidak suka!.
PERSATUAN
SULUH BUDIMAN akan menjadi lebih besar yang mendukung
SITC, MPSI, IPSI dan UPSI. Proses pengubahsuaian pasti
diterima.
Jurteru itu pada 6hb Januari 2001 nanti kita akan mengadakan
satu Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) di UPSI, Tg. Malim.
Tujuannya adalah antara lain:
I. Menukar nama Possible kepada ALUMNI SULUH BUDIMAN
(Persatuan Bekas Graduan SITC,MPSI, SITC, UPSI - Tg.
Malim)
II. Menerima beberapa pindaan kecil kepada perlembagaan
Possible yang sedia ada bersesuaian dengan perubahan
ini.
Sekretariat
di Tg. Malim akan menghubungi Anak-anak Kandung Suluh
Budiman samada ahli PSB atau tidak untuk dijemput ke
msyuarat tersebut. Kami berharap Anak-anak Kandung dapat
hadir. Mana-mana yang tidak dapat kami hubungi tolonglah
hebah-hebahkan. IsyaAllah kita akan dapat memberitahunya
juga melalui media awam. Kalau tidak kita yang menjaga
hak kita siapa lagi, jangan mencari salah orang lain
nanti.
Tahun
2002 adalah tahun keramat bagi IBU KANDUNG! Genap umur
80 tahun, begitu tua sekali. Apa ertinya jasa IBU sekiranya
anak-anaktidak menghargai dan menghormatinya.
Pihak
UPSI dan PSB akan mengadakan aktiviti-aktiviti sepanjang
tahun 2002 bermula dari bulan Januari hingga ke kemuncaknya
pada 29 Novermber 2001 (Tarikh kelahiran SITC). Bagi
merayakan ulang tahun ke-80 tahun IBU KANDUNG.
Kami
meminta tolong dan kerjasama dari semua Anak Kandung
untuk menghubungi Sekreteriat PSB di alamat Bangunan
PSB, Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mengemaskinikan
alamat Anak-anak kandung bagi tujuan yang tersedia maklum.
Tolong hebah-hebahkan. IsyaAllah laman web PSB dan 'Pewarta
Suluh Budiman' akan menjadi saluran komunikasi dan interaktif
sesama kita nanti..
Kami
juga bercadang untuk melawat tiap-tiap negeri selepas
Hari Raya Puasa nanti untuk bertemu-ramah dengan Anak-Anak
Kandung semua lalu menjemput Anak-Anak Kandung ke Perayaan
80 Tahun IBU KANDUNG. Termasuk lawatan ke Brunei Darulssalam
dan Singapura. Sekiranya ada di antara anak kandung
yang ingin mengambil inisiatif atau menjadi tuan rumah,
sila mengubungi Sekretariat PSB.
Di
akhirnya pertemuan awal ini, kami sangat-sangat mengharapkan
response dari Anak-Anak Kandung semua. Mati hidup segarnya
SULUH BUDIMAN ini adalah kita!.
Kami
ucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Tahun Baru 2002.
Terima
kasih. Wassalam.
Ihklas
dari,
Dato'Hj.
Mohd Hilmi Hj. Ismail.
Yang DiPertua
Persatuan Suluh Budiman.