WARNER MUSIC MALAYSIA Mencari
peta dan jawapan dalam
Begitulah ... bermula dengan gema dan gerak yang agak dinamik bersesuaian dengan jiwa muda dan darah muda serta pengaruh dan minat terhadap seni barat yang amat menebal. Bagai diamuk jiwa anak-anak muda ketika itu. Terpengaruh dengan muzik barat memang tak dapat ditangkis, kerana sesiapa sahaja yang meminati bidang seni tidak kira muzik, senilukis atau penulisan sudah tentu ke baratlah panduan mereka. Kerana tidak ada contoh yang terbaik yang dapat memberikan kita panduan, datang dari sini, tapi Melayu tetap Melayu. Akhirnya setelah sekian lama berjuang bersama teman-teman, jalan bersendirian juga yang menjadi pilihan dan bermulalah perjalanan hidup seorang insan seni, ke mana arah yang hendak dituju sudah berbalam-balam menggamit. Mungkin agak janggal juga kalau dulu beban berat sama dipikul tapi kini berat atau pahit perlu dipikul dan ditelan sendiri... Mungkin dia berfikir... kalau asalnya datangnya ke dunia ini seorang diri mengapa harus takut untuk berjalan sendiri... tapi sebenamya dia tidak sendiri... semakin ramai yang mengekori dan dahagakan jeritan dan suaranya. Ramai yang cuba menjadi dia tapi dia tetap dia hingga kini... tak siapa dapat menjadi dia... Tuhan hanya memberikan kepada dia... dan dia terus menjadi dia... Berkarya bukan kerana nama, tetapi meneruskan perjalanan hidup sebagai insan seni yang bervisi... ada sesuatu yang hendak disampaikan, andai bergolak perasaannya akan keras dan lantanglah suaranya melintasi langit nusantara. Andai kecintaan mencuit sukma... akan meruntunlah jiwa yang mendengamya... akan bertiuplah angin lembut menampar jiwa resah. Semakin lama dia semakin matang, semakin bertemu terang jalan dan arah yang dicari, kalau dulu mencari yang satu dan hanya satu. Melangkah pula mencari asal diri membongkar rahsia Adam dan Hawa dan mula bersyair timur menjenguk dan melintas pentas di desa gemalai yang semakin jauh ditinggalkan. Raja Rock kini mencari kalam yang harum... yang suci... kalam yang abadi... melintasi gurun tandus, bersama jengkala dan singa... hijrah perlu diteruskan mengusung bait-bait puisi al-amin yang merentap jiwa... syahdunya irama meratapi pemergian kekasih Allah. Sambil mendodoikan nyanyian serambi, berqhasidah cara kampungan dan berjoget dengan joget selangkah rindu, kerinduan pada damai dunia tetap dicari bersama penyataan dan wasilah yang bisa menjadi wadah makanan jiwa. Kecintaan dan keresahan sering tidak dapat disembunyikan di ufuk nurani... resah sekelumit sakit selangit dan mengeluh di hujung keluh semuanya terpatri dengan bahasa yang terindah... dalam KALAM KESTURI... For more information contact: Juria at Rasacipta Singapore - 639 22 747 or page 928 22 747 Photography byline: Shahudin Abd Jalil Rasam.usic Sdn Bhd MALAYSIA: 9th Floor MUI Plaza Box No: 73 Jalan P Ramlee 50250 Kuala Lumpur, Malaysia Rasadprta SINGAPORE: 15 A Dalhousie Lane Singapore 209684 Tel: 639 22 747 Fax: 639 22 748 email: rasaci pta@pacific. net. sg |
Article from Warner Music.
... go back ...