|
Ramli Sarip: 'Saya Masih Warga Singapura' Selepas menjadi pengetua Akademi Fantasia di Kuala Lumpur, Malaysia, Ramli Sarip hanya sempat pulang menjengah keluarga di Singapura setakat beberapa hari. Selepas itu, beliau
kembali ke Kuala Lumpur lagi untuk menjayakan program Jalur Gemilang dan
bulan depan Sehari selepas Adi Putra, beliau muncul pula dalam sebuah konsert amal untuk anak-anak yatim yang dinamakan Konsert Nur, di Istana Budaya. Lantaran padatnya jadual, beliau terpaksa menganjakkan rancangan untuk mengeluarkan album himpunan lagu-lagu puisi yang terkumpulan sejak 25 tahun. Album itu akan menemukan beliau dengan penyanyi Indonesia, Ebiet G. Ade, untuk bekerjasama dan berduet. Di tengah kesibukan ini, beliau juga adalah penulis tamu untuk majalah Dewan Budaya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau menekankan,
kesemua tulisannya adalah hasil penanya sendiri, bukan ditulis oleh orang
lain seperti Kerana kesibukan dan
akhir-akhir ini pula sering diundang untuk acara-acara rasmi termasuk
program Jalur "Saya masih warga negara Singapura", kata Ramli sewaktu ditemui sebelum beliau berlepas ke Terengganu Rabu lalu, selepas tiba dari Singapura pada sebelah pagi. "Alhamdulillah saya terima banyak tawaran rezeki Tuhan. Kenapa saya dipilih untuk acara-acara yang berkaitan kemerdekaan, itu kena tanyalah kepada penganjur'." katanya dalam ketawa. Sebelum ini, beliau menjadi penyanyi solo rock pertama yang berkesempatan menyanyi di Istana Budaya. Selepas itu, undangan datang mencurah-curah termasuk persembahan rasmi dan tidak rasmi. Pernah berlaku, beliau
menyanyi untuk meraikan hari jadi ke 70 tahun seorang sultan dengan undangan
tidak "Jumlah atau siapa pun penonton, itu bukan penting, yang utama adalah menyanyi seolah-olah di hadapan kita itu satu dewan besar yang padat. "Kesungguhan
kita memberikan yang terbaik, itu lebih penting walau apapun jumlah penonton
dan siapa pun "Ini yang saya sampaikan kepada pelajar AF." kata Ramli yang saya anggap pengetua AF paling serius berbanding Freddie Fernandez dan M. Nasir. Walaupun AF musim
beliau yang baru berlabuh tirai itu dianggap tidak menguntungkan Astro
dari segi jumlah Kenapa saya kata begitu? Memanglah Ramh tidak baling kertas dan tidak turut 'berlakon' untuk menimbulkan gimik kerana itu memang cara dan gaya beliau. Beliau adalah insan seni yang ada jiwa, itu yang membezakan beliau dengan yang lain. Beliau ada wawasan, kesungguhan dan keinginan untuk melahirkan generasi yang ada semangat dan jati diri. Sebab itu kita tidak
nampak budak-budak AF, terutama yang lelaki, menangis terisak- isak macam
bayi lapar Inilah yang membezakan Ramli dengan Freddie atau pun M. Nasir. Dan inilah yang mesti ada dalam kebanyakan insan seni hari ini mereka mesti ada semangat dan keinginan untuk mengajar pelapis muda yang bakal mewarisi jejak mereka dalam industri ini. "Bakat saja tidak cukup jika tidak disertakan dengan disiplin, semangat, pasrah dan doa. "Saya mengambil pengalaman saya sendiri, penghijrahan saya dari menyanyi berkumpulan ke menyanyi solo, semua itu adalah perjalanan hidup. Saya pernah jalan kaki, makan mi segera berkongsi dengan kawan," katanya. Beginilah pengetua
yang kita mahu. Hiburan bukan sekadar glamor dan popular. Ia juga tentang
kehidupan, Sepatah kata Ramli, "Ia mesti ada jiwa, ia datang dari dalam, bukan dari pakaian!"
|
Article from Berita Minggu,
20 August 2006.
... go back ...