Sweet
Charity bakal gegar Kumpulan legenda diberi perhomatan adakan konsert sempena ulang tahun ke-40.
Ketika baru-baru ditubuhkan pada 1969, kumpulan Sweet Charity membentuk peminat-nya dengan persembahan di majlis-majlis kahwin serata Singapura dengan bayaran tidak sampai pun $100. Justeru, bagai satu. impian. yang sukar dicapai apabila mengenangkan betapa 40 tahun kemudian, setelah melalui kembara seni yang membawa mereka ke serata tempat di Malaysia dan Singapura, Sweet Charity menjadi satu-satunya band rock and roll dari era akhir 60-an yang kekal tarikan auranya sehingga mampu memenuhkan panggung biarpun mengenakan tiket yang agak mahal. Tidak menghairankan apabila Esplanade Teater Di Pesisiran memberi penghormatan kepada kumpulan legenda itu mengadakan konsert sempena ulang tahunnya yang ke -4O. Konsert yang diberi nama 40 Tahun Bagaikan Bermimpi itu akan berlangsung pada 31 Mei ini di Dewan Konsert Esplanade mulai 8 malam. la juga merupakan sebahagian acara siri Pentas, program khusus untuk pementasan Melayu di panggung seni berpestij itu. Vokalis utama kumpulan, Ramli Sarip, ketika ditemui baru-baru ini, berkata ketika Sweet Charity mengadakan konsert Hari Bapa di Stadium Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, pada tahun lalu yang habis kesemua penjualan tiketnya, ramai perninat Singapura memintanya mengadakan konsert yang sama di sini. "Kami sengaja tak buat konsert Hari Bapa di sini kerana kami sudah rancang sesuatu yang lebih istimewa iaitu Konsert Ulang Tahun Sweet Charity ke-40. "Konsert itu penting kerana ia merupakan satu detik sejarah yang menceritakan perjalanan dunia muzik kami. Tentu sekali Singapura menjadi keutamaan kerana kami bermula di sini," ujar Papa Rock, yang semakin laku dengan undangan di majlis-majlis eksklusif di Malaysia ketika ini. "Kalau dulu Sweet Charity meraikan kejayaan awal kami di Panggung Negara dalam suasana yang cukup bersemangat, kami mahu semangat itu dibawa ke Esplanade pula," tambahnya. Di sebalik usia kumpulan itu yang sudah melangkah keempat dekad, Ramli yakin muzik Sweet Charity masih releven dan masih kuat daya tarikannya, bukan saja di kalangan peminat setia, bahkan membentuk ramai peminat generasi muda. Lagu-lagu popular mereka seperti Sejuta Wajah, Musibah, Bagaikan Bermimpi, Hujan dan banyak lagi masih terus diputarkan di corong radio sehingga hari ini. "Semasa kami di Stadium Bukit Jalil tahun lalu, kami dapati ramai penonton muda hafal lagu-lagu Sweet Charity. Sehingga kini, pun, selepas 30 tahun merakamkan album, kami masih menerima royalti daripada Warner Music. "Saya juga dapati band-band muda hari ini banyak menggunakan konsep muzik kami sebagai bahan rujukan dan kajian. "Pencapaian Sweet Charity. kalau bukan disifatkan sebagai sesuatu yang ajaib, tetap satu kejayaan yang wajar menjadi dijadikan iktibar kepada penggiat seni sekarang," kata Ramli, antara pengasas kumpulan, selain pelopor lain seperti Joe Salim (gitar), Wahid Warren (bes) dan Rahman Sarbani (dram). Pemain keyboard, Allahyarham Masrom Abdul Hamid (Yong), pula menyertai kumpulan itu sekitar pertengahan 1970-an. Seperti band-band lain, Sweet Charity melalui beberapa perubahan anggota dengan kemasukan pemuzik lain seperti Ahmad Jaafar atau AJ (keyboad dan vokal), Rosli Mohalim (gitar), Hamdan Atan (A. Ali), Allahyarham Syed Hassan AI-Attas (bes) dan Sarwanie "Wan" Ahmad. Rahsia keutuhan Sweet Charity, kata Ramli, ialah kesefahaman angota terhadap peranan masing-masing dalam membuat persembahan. "Saya, sebagai penyanyi solo yang dah biasa membuat persembahan dengan pemuzik handalan lain, tetap merasakan kelainan apabila bersama anggota Sweet Charity. "Mungkin atas faktor kesibukan peribadi, kami selalu tidak dapat bersama dan masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tetapi apabila kami bersama, semangat itu cukup kuat dan keserasiannya amat terasa, " tambah beliau. Satu lagi kekuatan Sweet Charity, jelas Ramli, ialah jati muzik mereka yang kuat. Biarpun berjuang dengan muzik rock' n roll, identiti kemelayuannya tetap terserlah. Di sebalik rambut gondrong mereka sewaktu muda, mereka tidak segan silu membawa lagu-lagu santai penuh kemelayuan seperti Jangan Tunggu Lama-Lama dan Bulat-Bulat. Menyentuh tentang anggotanya yang telah meninggal dunia, Ramli berkata Allahyarham Masrom sebenarnya sudah membuat persiapan untuk konsert di Esplanade. "Semasa saya, AJ dan Din Safari (jurutera muzik) sedang duduk berbincang tentang konsert ini pada Disember lalu. AJ terima panggilan telefon. Kemudian, lima minit AJ mendiamkan diri. Air matanya mengalir... dan memberitahu Yong dah tak ada. "Semasa kami menziarah rumah arwah, isterinya memberitahu arwah Yong dah beli beberapa barang untuk persiapan konsert. Kami tak sangka arwah teruja dengan konsert ini kerana selama ini, arwah macam selamba saja kalau bercakap tentang apa saja konsert," ceritanya. Kata Ramli, beliau tidak pasti sama ada konsert di Esplanade nanti merupakan yang terakhir buat Sweet Charity walaupun menyedari masing-masing bertambah usia dan kesibukan. "Kami tak sangka akan terus diminati sehingga 40 tahun, jadi kami tak boleh janji kalau kami masih ada empat tahun atau mungkin setahun pun lagi," ujar. Anda yang ingin menonton konsert ini boleh mendapatkan tiket-tiket berharga $48, $68, $88 dan $108 di kaunter Sistic (hotline 6348-5555) atau lungsur ke laman web www.sistic.com.sg.
|
Article from Berita Minggu,
29 March 2009.
... go back ...