Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia
kimia_heart.gif (119267 bytes)

Fokus Januari 2001

Post-mortem Kertas 2 Kimia SPM 2001

rock.gif (997 bytes) Seperti tahun lepas, fokus kimia januari 2001 bermula dengan post-mortem Kertas 2 Kimia SPM 2000.

rock.gif (997 bytes) Post-mortem ini bertujuan membantu pelajar-pelajar Tingkatan 5 supaya dapat merancang strategi yang betul dan tepat untuk menghadapi peperiksaan Kimia SPM 2001 nanti.

 

~ Mr. Ooi ~

Bahagian A : Soalan Struktur
  • 1993 : 6 soalan
  • 1994 : 6 solaan
  • 1995 : 7 soalan
  • 1996 : 7 soalan
  • 1997 : 5 soalan*
  • 1998 : 5 soalan*
  • 1999 : 5 soalan*
  • 2000 : 6 soalan

Bilangan soalan : Berdasarkan jadual di sebelah, adalah jelas bahawa bilangan soalan struktur telah bertambah menjadi 6 soalan berbanding dengan soalan pada tahun 1999.

Mari kita mengkaji apakah skop dalam setiap soalan stuktur dalam Kertas 2 Kimia SPM 2000.

Soalan Struktur Tajuk Kemahiran yang diuji
Soalan 1 Bab 1 : Jirim

 

 

 

 

  • Melukis graf suhu melawan masa bagi penyejukan leburan asetamida.
  • Menentukan takat beku daripada graf.
  • Memebrikan sebab mengapa leburan asetamida disejukkan dalam bikar kosong.
  • Memberikan sebab mengapa suhu tidak turun semasa pembekuan berlaku.
  • Menyatakan kesan ke atas takat lebur jika asetamida yang tulen digunakan
Soalan 2 Bab 4 : Elektrokimia

 

  • Menentukan kutub positif dan kutub negatif dalam sel kimia.
  • Menyatakan fungsi pasu berliang.
  • Menyatakan perubahan tenaga yang berlaku dalam sel kimia.
  • Menerangkan arah pengaliran elektron berdasarkan kedudukan logam dalam Siri Elektrolisis.
  • Menyatakan perubahan pada larutan dan menulis persamaan ion.
  • Membandingkan nilai voltan yang terhasil dalam dua sel kimia berdasarkan perbezaan kedudukan logam dalam Siri Elektrolisis.
  • Menyusun logam-logam dalam Siri Elektrolisis berdasarkan nilai voltan dan kutup positif yang diberi.
  • Meramalkan nilai voltan sel ringkas berdasarkan perbezaan kedudukan logam dalam Siri Elektrolisi.
Soalan 3 Bab 6 : Petroleum dan hidrokarbon.

 

  • Menyatakan keadaan yang diperlukan untuk proses penghidrogenan propena.
  • Menulis formula am bagi alkana.
  • Menerangkan perbezaan kejelagaan pembakaran bagi alkana dan alkena berdasarkan peratus kandungan karbon.
  • Menulis persamaan bagi pembakaran propena dalam udara.
  • Menamakan polimer yang terbentuk daripada propena.
  • Memberi perubahan warna apabila propena bertindak balas dengan bromin dalam tetraklorometana dan menamakan jenis penukaran yang berlaku.
  • Namakan agen pengoksidaan dalam pengoksidaan propena kepada sebatian C3H6(OH)2 dan melukis formula struktur bagi C3H6(OH)2.
Soalan 4 Bab 9 : Garam.

 

 

 

 

  • Menyatakan perubahan warna apabila kuprum(II) karbonat dipanaskan.
  • Menulis persamaan kimia bagi penuraian kuprum(II) karbonat.
  • Melukis gambar rajah susunan radas pemanasan kuprum(II) karbonat dan mengesan gas karbon dioksida yang terhasil.
  • Menghitung isi padu maksimum gas karbon dioksida yang terhasil apabila diberi jisim kuprum(II) karbonat yang dipanaskan.
  • Menghuraikan bagaimana anda dapat menyediakan larutan garam kuprum(II) sulfat daripada kuprum(II) oksida.
  • Menamakan bahan (larutan natrium karbonat) yang dicampurkan kepada larutan kuprum(II) sulfat untuk menghasilkan kuprum(II) karbonat dan jenis tindak balas yang berlaku
Soalan 5 Bab 10 : Pengoksidan dan penurunan.

 

 

  • Melukis gambar rajah bagi susunan radas penurunan oksida logam oleh gas hidrogen.
  • Menyatakan langkah berjaga-jaga dalam eksperimen di atas.
  • Menulis persamaan bagi penurunan plumbum(II) oksida oleh gas hidrogen.
  • Menghitung isi padu gas hidrogen yang bertindak balas dengan jisim PbO tertentu.
  • Menyusun logam berdasarkan kereaktifan.
  • Menyatakan fungsi gas hidrogen dalam eksperimen di atas. (sebagai agen penurunan).
Soalan 6 Bab 12. Termokimia
  • Memberi maksud haba penyesaran.
  • Menulis persamaan ion bagi tindak balas penyesaran antara kuprum(II) sulfat dan zink.
  • Menulis 2 pemerhatian bagi tindak balas penyesaran antara kuprum(II) sulfat dan zink.
  • Menghitung haba terbebas dengan rumus
    m x C x (t2 - t1).
  • Menghitung bilangan mol kuprum(II) sulfat berdasarkan isi padu dan kemolaran yang diberi.
  • Menghitung haba penyesaran.
  • Melukis aras tenaga bagi tindak balas penyesaran.
Bahagian B : Soalan Esei
Jadual di bawah menunjukan skop setiap soalan esei.

 Soalan

Tajuk Skop
1

Bab 3 : Ikatan Kimia

Bab 2 : Jadual Berkala.

  • Pembentukan ikatan ionik dan ikatan kovalen.
  • Sifat fizik bagi sebatian ionik.
  • Penerangan kedudukan suatu unsur dalam Jadual Berkala berdasarkan bilangan elektron valens dan petalanya.
2

Bab 8 : Bahan kimia untuk pertanian.

 

  • Penghuraian proses Haber dijalankan dalam industri.
  • Penggunaan pestisid dan hormon dalam meningkatkan hasil pertanian.
  • Penyediaan garam ammonium sulfat dalam makmal.
3

Bab 2 : Jadual Berkala.

Bab 9 : Garam 

Bab 10 : Pengoksidaan dan penurunan.

  • Penyediaan sebatian ionik, ferum(III) klorida, melalui tindak balas antara gas klorin dengan ferum.
  • Uji kation(Fe2+) dan anion (Cl-).
  • Penerangan bagi sifat klorin sebagai peluntur dan persamaan kimia.
  • Penerangan bagi sifat klorin sebagai agen pengoksidaan dan persamaan kimia.
4 Bab 10 : Pengoksidaan dan penurunan.
  • Penerangan maksud agen pengoksidaan dari segi perubahan nombor pengoksidaan dan pemindahan elektron.
  • Penghuraian bagi tindak balas penyesaran kuprum(II) sulfat oleh zink dari segi pengoksidaan dan penurunan.
  • Penghuraian tindak balas dalam sel kimia Cu dan Zn dari segi pengoksidaan dan penurunan.
  • Terangkan pemindahan elektron yang berlaku dalam tindak balas redoks.
Kesimpulan
  1. Bahagian A : Pada tahun ini, skop setiap soalan lebih berfokus kepada satu topik tertentu. Ini berbeza dengan soalan-soalan tahun lepas iaitu setiap soalan akan meliputi dua atau tiga topik tertentu.
    Didapati juga terdapat pembahagian bilangan soalan yang seimbang bagi topik Tingkatn 4 dan Tingkatan 5. Iaitu 3 soalan untuk Tingkatan 4 dan 3 soalan untuk Tingkatan 5.

  2. Bahagian B : Soalan esei SPM 2000 hanya meliputi topik 2, 3, 8, 9, dan 10.
    Setiap soalan esei dipecahkan kepada banyak bahagian kecil. Ini menjadikan peruntukan markah purata setiap pecahan ialah lebih kurang 5 markah. Ini mungkin untuk mengelakkan pelajar supaya tidak menghilang markah yang banyak apabila menjawab salah.

  3. Topik 5 Asid & Bes dan Topik 11 Kadar Tindak Balas yang penting tidak dimasukkan ke kertas 2 pada tahun 2000. Banyak skop dan kemahiran penting juga tidak diuji.

  4. Jadual di bawah menunjukkan skop dan kemahiran penting yang tidak diuji dalam Kertas 2 tahun 2000.
    Topik
    Skop dan kemahiran penting
    Topik 1 : Jirim
    • Sifat -sifat jirim dari susunan zarah, tenaga, dan gerakan
    • Formula empirik dan formula molekul.
    Topik 2 : Jadual Berkala
    • Sifat fizik dan sifat kimia bagi unsur-unsur Kumpulan I, VII, dan VIII.
    Topik 4 : Elektokimia
    • Eleketrolisis larutan akueus.
    • Pemilihan ion-ion untuk dinyahcas pada katod dan anod.
    Topik 5 : Asid dan Bes
    • Sifat-sifat asid dan alkali.
    • Asud kuat dan asid lemah.
    • Tindak balas peneutralan lengkap.
    Topik 10 : Pengoksidaan dan penurunan.
    • Pemindahan elektron melalui satu jarak.
    Topik 11 : Kadar Tindak balas.
    • Menghitung kadar tindak balas daripada graf.
    • Faktor-faktor yang boleh mengubah kadar tindak balas.
    • Menerangkan perubahan kadar tindak balas berdasarkan Teori Perlanggaran.

Disediakan oleh Mr. Ooi / Jan-2001