A. Skop Peperiksaan Pertengahan Tahun Bagi Tingkatan 4
- Saya pasti
Cikgu kamu hanya menghabiskan topik 1 : Jirim dan Topik 2 : Jadual
Berkala. Ada seoklah yang mungkin menyentuh sedikit Topik 3 : Ikatan
Kimia. Jadi adalah mudah untuk mengetahui apakah jenis soalan yang
akan dikemukakan oleh cikgu kimia kamu.
Topik |
Skop |
1. Jirim |
- Membandingkan pepejal, cecair, dan gas.
- Menentukan takat lebur naftalena.
- Menetukan saiz molekul minyak.
- Menentukan formula empirik MgO dan CuO.
|
2. Jadual Berkala |
- Sifat-sifat kimia kumpulan 1, 7, dan 8.
- Menerangkan perubahan kereaktifan unsur kumpulan 1 dan 7
apabila menuruni kumpulan tersebut.
- Perubahan sifat apabila merentasi sesuatu kala.
|
3. Ikatan Kimia |
- Menerangkan pembentukan ikatan ionik dan kovalen.
- Membandingkan sebatian ionik dan sebatian kovalen dari segi
(i) kekonduksian arus elektrik, (ii) takat lebur.
|
- Tindakan
susulan
1. Cuba menjawab semua soalan struktur SPM tahun -tahun lepas dan
soalan- soalan dalam buku latihan yang terkini yang terdapat dalam
pasaran..
2. Download
soalan esei yang cikgu spot untuk kamu : Esei
Tingakatn 4
B.
Skop Peperiksaan Pertengahan Tahun Bagi Tingkatan 5
- Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 pula, cikgu kamu pasti telah
menghabiskan Topik 9 : Garam dan Topik 10 : Pengoksidaan dan Penurunan.
Dalam peperiksaan pertengahan tahun ini, cikgu kimia kamu pasti
akan meminta kamu mengulangkaji topik-topik Tingakatn 4, iaitu topik-topik
penting seperti Elektrokimia, Asid dan Bes, dan Petroleum &
Hidrokarbon.
Topik |
Skop |
9 : Garam |
- Penyediaan garam terlarut dan tidak terlarut dalam air.
- Mengenal kation dan anion
- Proses perubahan berterusan untuk menentukan persamaan ion
bagi tindak balas pemendakan.
|
10 : Pengoksidaan dan Penurunan |
- Tindak balas redoks yang melibatkan pemindahan pada satu
jarak.
- Tindak balas redoks yang melibatkan penyesaran logam.
- Tindak balas redoks yang melibatkan penyesaran halogen.
- Tindak balas redoks dalam sel kimia dan sel elektrolisis.
- Menentukan nombor pengoksidaan sesuatu unsur.
- Siri kereaktifan.
|
- Tindakan
susulan
1. Bagi topik 9 dan topik 10, saya mencadangkan
kamu mencuba semua soalan struktur SPM tahun 1998 hingga 2000.
2. Download
soalan esei bagi Topik 9 dan 10 yang cikgu spot untuk kamu :
Esei Topik 9 dan
Esei Topik 10.
3. Download satu set koleksi soalan-soalan struktur Tingkatan
4 sebagai ulangkaji :
Soalan Struktur Tingkatan 4.
|