A. DOZEN dan MOL
Konsep mol adalah sama dengan dozen yang
kita gunakan dalam kehidupan harian. Dozen ialah kuantiti bahan yang bilangannya sama
dengan 12 .
Misalnya,
- 1 dozen oren mengandungi 12 biji oren.
- 2 dozen oren mengandungi 2 x12 = 24 biji oren.
Dalam kimia kita tidak menggunakan dozen kerana bilangan atom yang terkandung dalam
sesuatu bahan kimia adalah sangat besar !
Dalam tindak balas kimia, bukan satu atau dua biji atom yang bertindak balas antara
satu sama lain tetapi berjuta-juta atom !
Disebakan itu, kita perlukan satu unit yang sesuai untuk mewakili kuantiti bahan kimia
yang terlibat dalam tindak balas kimia. Maka ahli sains telah mengkaji dan akhirnya
membuat keputusan menggunakan unit mol.
Mol ialah kuantiti bahan yang mengandungi 6.02 x 1023
zarah.
Misalnya ,
- 1 mol atom ferum mengandungi 6.02 x 1023 atom ferum.
- 1 mol molekul gas oksigen mengandungi 6.02 x 1023
molekul gas oksigen.
- 2 mol atom kuprum mengandungi 2 x (6.02 x 1023) atom
kuprum.
B. Mengapakah nombor 6.02 x 1023 dipilih ?
Anda mungkin tertanya mengapakah nombor 6.02 x 1023 dipilih dan bukan
nombor lain seperti 5 x 1023 dan sebagainya ?
Sebenarnya nombor itu dipilih kerana jisim 6.02 x 1023 atom hidrogen ialah 1 gram. Pada masa itu atom hidrogen dipilih sebagai piawai untuk perbandingan
dengan jisim atom unsur lain.
Jadi, 1 mol atom hidrogen = 1 g
Sekiranya, 1 atom Mg adalah 24 kali lebih berat daripada 1 atom hidrogen,
maka 1 mol atom Mg = 24 x 1 g = 24 g.
Pemilihan nombor ini memudahkan penghitungan jisim bagi satu
kuantiti unsur tertentu.
Perhitungan
bilangan mol unsur diberikan jisimnya dalam gram. |
Bilangan
mol atom unsur = Jisim ÷ jisim atom relatif unsur itu
Misalnya, 12 g magnesium = 12 ÷ 24
[j.a.r Mg = 24]
= 0.5 mol atom Mg |
|