Pada pendapat cikgu, pelajar yang ingin membeli buku
rujuakan/ latihan kimia harus memilih buku yang SESUAI dan
dapat memenuhi keperluan pelajar.
Buku rujukan atau latihan kimia boleh dikelaskan kepada beberapa kategori berikut.
Buku Rujukan Lengkap |
Buku jenis ini mengandungi fakta-fakta yang lengkap dan
boleh digunakan untuk menggantikan buku teks sekolah. Dua buah buku rujukan yang cikgu
perkenalkan ialah buku rujukan yang ditulis oleh En. Eng Nguan Hong dan En. Toh Kim
Kau. |
Buku Nota Padat |
Buku jenis ini biasanya mengandungi nota -nota ringkas
sahaja.
Ini sesuai untuk pelajar yang ingin mengulang kaji dengan pantas. |
Buku Amali |
Buku jenis ini biasanya diwajibkan beli oleh guru-guru
kimia sekolah anda. Buku ini terdiri daripada eksperimen-eksperimen kimia dan
soalan-soalan berkaitan dengan eksperimen itu sahaja. |
Buku Latihan |
Buku jenis ini mengandungi latihan yang disusun mengikut
topik kimia. Pada tahun ini, cikgu hanya berjumpa buku latihan yang diterbitkan oleh
Penerbitan Preston sahaja. |
Buku untuk menguasai penghitungan dalam kimia |
Buku jenis ini menyediakan latihan untuk
menguasai masalah berangka yang melibatkan mol, j.a.r, kemolaran, dan isi padu molar.
Setakat ini hanya Penerbitan Pelangi dan Fajar Bakti pernah menerbitkan buku jenis ini. |
Buku Kimia Diagramatik |
Buku jenis ini menggunakan diagram untuk
menerangkan konsep dan proses -proses kimia. Hanya Penerbitan Longman yang pernah
menerbitkan buku jenis ini. |
Buku Model Kertas Soalan SPM |
Buku jenis ini biasanya terdiri daripada
beberapa set kertas soalan model SPM untuk dicuba oleh pelajar. |
Buku Soalan SPM tahun-tahun lepas. |
Hanya Penerbitan Mahir sahaja yang
menerbitkan buku jenis ini kerana memperoleh COPY RIGHT ke atas kertas soalan SPM
tersebut. |