A.
Bilangan mol sesuatu bahan.
Bilangan mol sesuatu bahan boleh dihitung berdasarkan keadaan jirimnya,
iaitu sama ada bahan itu wujud sebagai pepjal,
larutan atau gas.
Keadaan jirim |
Rumus @ fakta penting |
Pepejal |
Jisim (g) /JAR atau Jisim
(g) /JMR |
Larutan |
MV/1000 (M= kemolaran, V
= isipadu dalam cm3) |
Gas |
Pada S.T.P, 1
mol gas = 22.4 dm3
Pada keadaan bilik, 1
mol gas = 24 dm3
|
Contoh 1
(a) Hitungkan bilangan
mol atom bagi 1.2 g magesium. (JAR Mg : 24)
(b) Berapakah bilangan mol kalsium karbonat dalam 40 g kalsium karbonat
?
(JAR Ca : 40, C : 12, O : 16)
Penyelesaian :
(a) Magnesium ialah pepejal.
Jadi, 1.2 g Mg = 1.2 /24 = 0.05 mol atom Mg
(b) Kalsium karbonat ialah pepejal.
JFR bagi kalsium karbonat = 100 <--(40 +
12 + [3 x16])
Jadi, 40/100 = 0.4 mol kalsium karbonat.
Contoh 2
Hitungkan bilangan
mol asid hidroklorik dalam 20 cm3
asid hidroklorik cair 0.5
moldm-3.
Penyelesaian :
Asid hidroklorik cair ialah larutan,
jadi gunakan rumus MV/1000.
Bilangan mol asid HCl = (0.5 x 20)/1000 = 0.01 mol
Contoh 3
Hitungkan bilangan
mol oksigen dalam setiap yang berikut.
(a) 11.2 dm3
oksigen pada S.T.P.
(b) 480 cm3
oksigen pada keadaan
bilik.
Penyelesaian :
Oksigen ialah gas.
(a) Pada S.T.P, 11.2 dm3 oksigen = 11.2/22.4
= 0.5 mol oksigen
(b) Pada keadaan bilik, 480cm3 oksigen = 480/24 000 = 0.02 mol
oksigen.
|