Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia

Fokus April 1999

P E K A  K i m i a

rock.gif (997 bytes) PEKA kimia iaitu singkatan bagi Pentaksiran Kerja Amali Kimia telah diperkenalkan mulai tahun ini untuk menggantikan Amali Kimia dalam peperiksaan SPM.
rock.gif (997 bytes) Ramai pelajar telah meminta saya menerangkan tentang PEKA kimia ini. Dalam Fokus April ini, biarlah cikgu menerangkan PEKA kimia ini dari aspek-aspek berikut :

Apakah PEKA Kimia ?
Apakah yang hendak ditaksir ?
Bagaimana pelajar ditaksir ?
Adakah keputusan PEKA Kimia akan mempengaruhi gred mata pelajaran kimia ?

Apakah itu PEKA kimia ?
PEKA Kimia ialah instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan pendekatan Rujukan Kriteria yang menjurus kepada penjaminan kualiti.

PEKA Kimia merupakan satu bentuk pentaksiran yang dapat mengukur tahap penguasaan pelajar bagi sesuatu elemen (apa yang perlu diperkembangkan dalam diri pelajar). Elemen -elemen itu ialah kemahiran saintifik, iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif serta nilai murni.

Pentaksiran itu dibuat secara berterusan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru pentaksir terhadap pelajar. Berterusan bermaksud pentaksiran terhadap pelajar dilakukan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Pelajar ditaksir secara individu walaupun kerja dalam kumpulan.

Apakah yang hendak ditaksir ?
PEKA Kimia merupakan pentaksiran berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria. Ini bermakna penguasaan pelajar dirujukkan kepada suatu kriteria. Kriteria merupakan pernyataan yang menunjukkan suatu aras minimum yang mesti dikuasai oleh seseorang pelajar.

Dalam PEKA Kimia terdapat 3 elemen, 9 aspek, dan 31 kriteria.

Elemen Aspek Kriteria
E1: Kemahiran  
     Mengeksperimen
A1 : Menetukan tujuan eksperimen           dan membuat hipotesis K1 : Menyatakan tujuan eksperimen dengan tepat.
K2 : Mengenalpasti pembolehubah tak  bersandar

        (PUTS).
K3 : Mengenalpasti pembolehubah  bersandar  (PUB).

K4 : Menyatakan hipotesis dengan tepat.
A2 : Mengawal pembolehubah K1 : Menentukan bilangan bagi nilai PUTS    yang
        mencukupi dan menggunakan nilai-nilai PUTS
        dalam julat yang sesuai.
        Menentukan keadaan PUTS yang   mencukupi
K2 : Menentukan sekurang-kurangnya satu
        pembolehubah yang dimalarkan.
A3 : Merancang dan menghuraikan           prosedur eksperimen. K1 : Menyatakan atau menyenaraikan semua alat dan
        radas.
K2 : Menyatakan atau menyenaraikan semua bahan
        kimia dan keadaan serta kuantitinya.
K3 : Menyenaraikan semua langkah eksperimen dalam
        bentuk ayat pasif.
A4 : Merekod permerhatian, melukis           gambar rajah susunan radas. K1 : Melukis gambar rajah susunan radas dengan
        betul dan lengkap.
K2 : Membuat senarai semua pemerhatian dan semua
        pengukuran dengan betul.
K3 : Membuat jadual dan merekod dengan betul.
K4 : Melukis graf dengan betul
A5 : Mentafsir data dan membuat           inferens dan mengambil
        bahagian dalam perbincangan.
K1 : Menyatakan semua perkaitan antara
        pembolehubah  atau faktor bertepatan dengan
        pemerhatian dan pengukuran.
K2 : Menunjukkan semua langkah penghitungan 
        sehingga mendapat jawapan yang betul dengan
        menggunakan data yang diperolehi.
K3 : Membuat semua inferens berdasarkan
        pemerhatian atau pengukuran.
K4 : Menjelaskan idea dan mengambil bahagian dalam
        perbincangan yang releven.
A6 : Membuat kesimpulan K1 : Membuat pernyataan yang bertepatan dengan
        tujuan eksperimen.
K2 : Menerima atau menolak hipotesis.
E2: Kemahiran
       Manipulatif
A1 : Mengendalikan alat dan radas K1 : Mengendali buret, pipet, "set-up" (pemasangan)
        radas kaca, litar, sel elektrolkisis, sel kimia atau
        termometer sebelum menjalankan eksperimen
        dengan teknik yang betul.
K2 : Mengendali buret, pipet, "set-up" (pemasangan)
        radas kaca, litar, sel elektrolkisis, sel kimia atau
        termometer semasa menjalankan eksperimen
        dengan teknik yang betul.
K3 : Mengendali buret, pipet, "set-up" (pemasangan)
        radas kaca, litar, sel elektrolkisis, sel kimia atau
        termometer selepas menjalankan eksperimen
        dengan teknik yang betul.
A2 : Mengendalikan bahan kimia. K1 : Mengambil bahan kimia dalam kuantiti yang
        sesuai dan teknik yang betul.
K2 : Mengendalikan bahan kimia semasa menjalankan
        eksperimen dengan teknik yang betul.
K3 : Mengendalikan bahan kimia selepas menjalankan
        eksperimen dengan teknik yang betul.
E3: Nilai-nilai
       murni
A1 : Nilai intrinsik dan nilai murni. K1 : Menunjukkan semangat ingin tahu yang
        berterusan tentang kimia.
K2 : Mengamalkan sikap jujur dalam merekod
        pemerhatian, merekod pengukuran dan
        mengesahkan data tanpa dipengaruhi perasaan
        atau khayalan
K3 : Menunjukkan sikap tabah yang berterusan dalam
        menjalankan eksperimen kimia.
K4 : Menunjukkan sikap sistematik yang berterusan
        dalam menjalankan eksperimen kimia.
K5 : Sentiasa berkerjasama dalam menjalankan
        eksperimen kimia.
K6 : Sentiasa menunjukkan sikap bertanggungjawab di           atas keselamatan diri dan orang lain dalam
        menjalankan eksperimen kimia.
Bagaimana pelajar ditaksir ?
Pentaksiran terhadap pelajar hanya boleh dilakukan sekiranya pelajar tersebut telah mengikut proses pembelajaran. Pelajar hendaklah diberitahu terlebih dahulu apa yang hendak ditaksir terhadap dirinya.

Pentaksiran dibuat melalui pemerhatian guru pentaksir dan laporan amali. Dalam "pemerhatian guru pentaksir" dan "laporan amali", guru pentaksir mencari petunjuk-petunjuk prestasi (eviden) bagi membuktikan penguasaan pelajar terhadap sesuatu kriteria. Setiap kriteria yang telah dikuasai akan ditandakan "Y" . Tanda "T" akan digunakan jika pelajar tidak menunjukkan penguasaan kriteria tersebut dan pelajar itu akan diajar semula. Semua keputusan akan dicatatkan dalam "Borang Rekod/Borang Skor"

Laporan amali digunakan untuk menilai aspek proses sains iaitu Elemen 1: Kemahiran Mengeksperimen. Setiap kriteria yang dinilai akan direkodkan dengan jelas pada laporan amali itu. Misalnya, Elemen 1, Aspek 1, Kriteria 2, akan dicatatkan sebagai A1K2 "Y". Jika belum dikuasai akan dicatatkan A1K2 "T". (Conoh skema petunjuk prestasi boleh didapati daripada guru anda)

Pemerhatian Guru Pentaksir pula digunakan untuk menilai Elemen 2 : Kemahiran manipulatif dan Elemen 3 : Nilai-nilai murni.

Setiap eksperimen akan menilai beberapa kriteria tertentu sahaja. Kriteria-kriteria yang telah dikuasai tidak akan dinilai lagi. Guru akan mempastikan semua  kriteria dinilai sebelum keputusan dihantar kepada Lemabaga Peperiksaan.

Sesuatu kriteria yang tidak dikuasai dalam eksperimen tertentu boleh dinilai semula pada eksperimen yang akan datang sehingga pelajar menguasainya.

Keputusan pentaksiran bukan sesuatu yang sulit. Pelajar berhak mengetahui kriteria-kriteria yang telah dikuasai dan belum dikuasai supaya boleh membuat persediaan untuk dinilai sehingga semua kriteria dikuasainya.

Adakah keputusan PEKA kimia akan mempengaruhi gred mata pelajaran kimia ?
Setiap elemen akan diberikan gred A, B, C, dan D.
Menurut Panduan PEKA Kimia Tahun 1999 dan 2000, dapatan daripada PEKA Kimia akan diambilkira dalam pemberian gred bagi mata pelajaran Kimia. Ini bermakna pelajar yang ingin mendapat Gred A1 dalam Kimia mungkin diwajibkan juga mendapat gred A dalam ketiga-tiga elemen tersebut.
Walau bagaimanapun, butiran yang terperinci belum diumumkan oleh Lembaga Pepriksaan lagi.