|
|
|
1. Objektif Pembelajaran Apabila saya mengajar sesuatu tajuk baru, saya akan menyatakan objektif pembejaran dahulu. Objetif pembelajaran merupakan "framework" bagi tajuk kimia tersebut supaya pelajar-pelajar tahu apa yang akan mereka belajar nanti dan apakah yang sepatut dikuasai selepas pengajaran itu. 2. Semasa mengajar 3. Latihan dan tugasan Tajuk-tajuk atau subtajuk tertentu juga boleh diberikan sebagai tugasan. Misalnya, bahan kimia untuk pengguna, sabun dan detergen. Tajuk-tajuk ini hanya mengandungi fakta-fakta yang perlu dihafal sahaja. Pelajar-pelajar lebih memahami tajuk tersebut jika mereka diberi peluang membuat nota sendiri dan mencari bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. 4. Ujian dan Peperiksaan Misalnya, skop ujian bulan Mei Tingkatn 5 adalah seperti berikut: Tujuan membuat demikian ialah supaya setiap pelajar betul-betul bersedia dan skor dalam setiap ujian. Begitu juga dengan Peperiksaan, skop setiap kertas peperiksan akan diberikan dua minggu sebelum peperiksaan dijalankan. Skop peperiksaan adalah lebih luas dibandingkan dengan skop ujian. Biasanya saya hanya menyatakan bilangan soalan struktur dan esei dan dari tajuk mana setiap soalan itu dikeluarkan. |
|
|
|
Sebenarnya saya tidak menggunakan satu buku rujukan sahaja. Banyak buku
rujukan tempatan dan buku luar negara yang saya gunakan. Satu perkara yang guru harus
berhati-hati ialah sesetengah buku tempatan mengandungi fakta yang salah. Jika anda ingin tahu apakah jenis buku rujukan yang sesuai digunakan, sila baca Fokus Kimia Mac 1999. |
|
|
|
Ada guru yang menyuruh pelajarnya membeli buku rujukan untuk digunakan
semasa P & P. Pelajar diminta membuat nota sendiri berdasarkan kandungan buku rujukan
yang tebal seperti ensiklopedia itu. Saya tidak menggalakkan pelajar membuat demikian. Pada pendapat saya agak sukar bagi pelajar untuk mengekstrak isi-isi penting daripada buku yang tebal-tebal dengan sendiri. Saya berpendapat guru mesti memberikan objektif pembejaran dan nota- nota yang ringkas sebagai "framework" seperti saya sebut tadi. Berdasarkan "framework" yang guru berikan, pelajar boleh menambahkan fakta-fakta di mana mereka fikir tidak lengkap. |
|
![]() |
|
Program untuk pelajar Tingkatan 5 di SM Sains Muar dibahagi kepada 3
fasa. Fasa 1 : Mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun.. |