![]() |
Fokus April : Ciri-ciri Pelajar Yang Berpotensi Skor A1 Dalam KIMIA Keputusan Peperiksaan SPM telah diumumkan dan 17 pelajar SM SAINS MUAR telah mendapat A1 serta 37 lagi mendapat A2. Antara pelajar- pelajar yang mendapat A1 ini, memang terdapat pelajar yang berpotensi mendapat A1 semenjak Tingkatan 4 lagi. |
Apakah ciri - ciri seorang
pelajar yang berpotensi skor A1 dalam Peperiksaan KIMIA SPM ? Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru kimia, pelajar- pelajar yang berpotensi skor A1 mempunyai ciri-ciri berikut : |
1. | Menghormati guru
kimia. Pelajar yang berpotensi skor A1 ini biasanya menghormati saya. Mereka menghargai apa yang saya lakukan untuk meningkatkan prestasi pencapaian KIMIA mereka. |
2. | Berminat terhadap
KIMIA. Pelajar ini biasanya suka belajar KIMIA. Kadang-kadang saya menanya mereka mengapa suka KIMIA, pelajar-pelajar ini cuma menjawab : "Tak taulah Cikgu, I just suka saje". Beberapa orang pelajar yang skor A1 dalam KIMIA memberitahu saya mereka ingin memohon kursus Chemical Engineering selepas mendapat keputusan mereka. |
3. | Membaca
sebelum Cikgu mengajar Daripada tinjauan saya, pelajar yang berpotensi skor A1 ini biasanya membaca sesuatu tajuk kimia sebelum saya mengajar. Kadang-kadang latihan yang belum disuruh buat sudah dijawab dengan lengkapnya. Ada pula meminjam nota daripada kelas lain yang saya mengajar lebih awal. Apabila saya mengajar, dia sudah ada nota dan hanya menumpukan perhatian terhadap keterangan saya sahaja. |
4. | Selalu
berbincang dengan Cikgu Pelajar ini biasanya akan berjumpa saya selepas pengajaran. Mereka akan menanya berbagai soalan yang mereka tidak faham atau keliru. |
5. | Mempunyai
pelbagai buku rujukan Pelajar ini biasanya ada beberapa buah buku rujukan dan buku latihan tambahan. |
6. | Membuat
latihan dengan daya usaha sendiri Pelajar ini membuat semua latihan yang saya berikan dengan daya usaha sendiri. Mereka tidak pernah menyalin jawapan daripada rakan-rakannya. |
7. | Membuat
persediaan lebih awal sebelum peperiksaan KIMIA Pelajar ini biasanya membuat persediaan yang lebih awal sebelum ujian atau peperiksaan kimia. Mereka akan menanya saya skop ujian atau peperiksaan yang akan diadakan. |
Adakah anda juga menunjukkan ciri-ciri di atas ? Jika ya, maka tahniah ! Anda juga merupakan seorang pelajar yang berpotensi skor A1 dalam KIMIA SPM akan datang. Jika tidak, maka jadikanlah ciri-ciri di atas sebagai panduan anda untuk menjadi seorang pelajar yang berpotensi skor A1 dalam KIMIA SPM akan datang. |