Fokus Julai -
September : 
Jika anda seorang pelajar Tingkatan 5, maka anda ada 3 bulan lagi sebelum
Peperiksaan Percubaan SPM dan 5 bulan lagi sebelum Peperiksaan SPM. Mulai hari ini anda
seharusnya menggunakan masa dengan sepenuhnya supaya memperolehi keputusan
Kimia yang cemerlangan.
 |
Anda harus merancang dengan teliti supaya setiap langkah yang
anda lakukan pasti dapat membawa anda menuju ke arah kecemerlangan. Ada pelajar yang
suka mengulangkaji secara membaca buku-buku rujukan yang tebal. Bagi saya ini bukan cara
yang berkesan sebab terlalu banyak kandungan dalam buku rujukan. Cara yang saya cadangkan
ialah membaca buku nota untuk mengingat
semula konsep atau fakta penting sahaja. Yang lebih penting ialah membuat
latihan ! |
Adakah anda sudah membeli buku-buku soalan kertas model SPM ?
Adakah anda merancang berapa buah buku soalan kertas model SPM yang akan
diselesaikan sebelum Peperiksaan Percubaan SPM atau Peperiksaan SPM sebenar ?
Adakah anda merancang berapa soalan kimia yang anda mesti selesai setiap
hari ? setiap minggu ? setiap bulan ?
Adakah anda mengumpulkan soalan-soalan ramalan kimia serta jawapan untuk
dibaca pada saat-saat terakhir ?
Jika anda belum melakukan perkara-perkara di atas, sila bertindak dengan
segera. Masa tidak akan menunggu anda . TIME DOES MATTER !!!

Pengumuan
Saya akan mengikuti Kursus Guru Sekolah Bestari selama tiga bulan. Dalam
tempoh masa ini saya mungkin tidak dapat mengemaskini maklumat baru dalam Laman Sup Kimia.
Harap maaf .
Saya berjanji akan kembali selepas tamat kursus pada Oktober nanti.
Akhir sekali saya mengucap terima kasih kepada semua pelajar dan guru yang
memberi sokongan kepada Laman Sup Kimia kerana bilangan lawatan sudah hampir mencapai 1000 kali !!!
Mr. Ooi
26/6/1998 |