Sila baca soalan matematik Tingkatan 2 di bawah dan penyelesaiannya .
Soalan
:
Sehelai kain batik berukuran 3 meter panjang berharga RM 21. Jika
panjang kain batik itu berkadaran dengan harganya, cari harga bagi 15 meter kain batik
yang sama. |
Penyelesaian
:
3 meter kain batik berharga RM
21.
15 meter kain batik berharga 
= RM 105
|
Kaedah yang digunakan di atas ialah kaedah kadaran.
Kaedah Kadaran
Kuantiti X |
Kuantiti Y |
a |
b |
c |
d |
Jika kuantiti X berkadaran dengan kuantiti Y dan a,b,c, dan d ialah nilai-nilai bagi X
dan Y, maka , dan . |
Kaedah di atas digunakan dalam penyelesaian masalah berangka KIMIA.
Penggunaan kaedah kadaran dalam
penyelesaian masalah berangka. Katakan anda diberikan persamaan kimia
berikut dan diminta mencari bilangan mol M yang terhasil apabila n
mol X digunakan.
pX + qY
---------> rM +
sN ( p, q, r, dan s ialah bilangan mol bahan )
Daripada persamaan, p
mol X menghasilkan r
mol M
maka, n
mol X menghasilkan mol M
|
Biar kita mengkaji beberapa contoh pengiraan di bawah.
Contoh 1 : (Hanya
melibatkan bilangan mol sahaja)
4 Na + O2 -------------->
2Na2O
Jika 10 mol natrim dibakar dengan lengkap dalam oksigen,
berapa mol natrium oksida yang terbentuk ?
Penyelesaian :
Daripada persamaan :
4 mol natrium menghasilkan 2 mol natrium oksida
maka, 10 mol natrium menghasilkan mol natrium oksida
= 5 mol natrium
oksida
|
Contoh 2 : (Melibatkan pertukaran unit gram kepada mol)
Zn + Ag2O --------> ZnO
+ 2Ag
Jika 4.64 g argentum oksida bertindak balas dengan serbuk zink yang berlebihan, kirakan
jisim maksimum argentum yang boleh diperoleh.[j.a.r Ag = 108, O = 16]Penyelesaian :
Langkah 1 : Tukarkan 4.46 g argentum oksida
kepada bilangan mol.
Jisim formula relatif argentum oksida = 2(108) + 16 = 232
Bilangan mol argentum oksida dalam 4.64 g = =
0.02 mol
Langkah 2 : Kirakan bilangan argentum dengan kaedah kadaran
Daripada persamaan : 1 mol argentum oksida menghasilkan 2 mol argentum
maka, 0.02 mol argentum oksida menghasilkan mol argentum
= 0.04
mol argentum
= 0.04 x 108 g
argentum
= 4.32 g argentum
|
Contoh 3 : (Melibatkan pertukaran unit kemolaran dan isipadu molor kepada mol)
CaCO3 + 2HCl ----------> CaCl2
+ H2O + CO2
Jika serbuk kalsium karbonat yang berlebihan ditambahkan kepada 20 cm3 0.5
moldm-3 asid hidroklorik cair, berapa isipadu gas karbon dioksida dibebaskan
pada keadaan bilik ? Penyelesaian :
Langkah 1 : Tukarkan kuantiti asid HCl cair
yang diberi kepada bilangan mol.
Bilangan mol asid HCl cair = = 0.01 mol asid HCl cair (Gunakan formula )
Langkah 2 : Kirakan bilangan argentum dengan kaedah kadaran
Daripada persamaan : 2 mol HCl menghasilkan 1 mol CO2
Maka, 0.01 mol HCl menghasilkan mol CO2
= 0.005 mol CO2
= 0.005 x 24dm3 CO2 (1 mol gas = 24 dm3)
= 0.12 dm3 CO2
Saya berharap selepas anda membaca artikel ini, penyelesaian masalah berangka dalam
KIMIA akan menjadi satu perkara yang mudah.
Tarikh : 30/4/98
|