Soalan 1
- Apakah yang dimaksudkan hablur garam ? Berikan
dua ciri bagi suatu hablur.
- Seorang pelajar telah menyediakan garam plumbum(II)
sulfat melalui kaedah berikut :
Serbuk plumbum(II)oksida dicampurkan secara berlebihan kepada larutan asid sulfurik
cair. Campuran itu dituraskan dan bakinya dibasuh dengan sedikit air suling dan
dikeringkan dengan kertas turas.
Kaeadah ini tidak mendapat garam plumbum(II) sulfat yang tulen. Terangkan mengapa ?
Sekiranya kamu diberikan asid nitrik cair. Huraikan secara ringkas bagaimana anda dapat
menyediakan garam plumbum(II) sulfat itu daripada serbuk plumbum(II) oksida, asid sulfurik
cair, dan asid nitrik cair yang diberikan itu ?
- Anda diberikan tiga tabung , satu mengandungi larutan ion
Plumbum(II), satu mengandungi laturan ion zink, dan satu lagi mengandungi larutan ion
aluminium. Jika tabung uji-tabung uji itu hanya dilabelkan A, B, dan C, huraikan
bagaimana anda akan menjalankan ujian-ujian untuk menentukan jenis ion dalam setiap tabung
uji itu.
|
Soalan 2
Unsur |
A |
B |
C |
Nombor atom |
6 |
8 |
12 |
B berindak
balas dengan C membentuk satu sebatian yang takat leburnya sangat tinggi
manakala A berindak balas dengan B membentuk satu
sebatian yang takat leburnya sangat rendah.
(i) Terangkan perbezaan sifat kedua-dua sebatian ini.
(ii) Huraikan bagaimana ikatan-ikatan dalam sebataian BC dan AB
boleh berlaku.
- Terangakan setiap pernyataan berikut :
(i) Keelektronegatifan unsur-unsur kumpulan VII semakin berkurang dari atas ke bawah
kumpulan itu.
(ii) Apabila gas klorin dialirkan ke dalam larutan natrium hidroksida, Larutan yang
terhasil boleh menukar warna kertas litmus merah menjadi putih.
|
Soalan 3
- Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas eksotermik
dan endotermi ?
Zn(p) + CuSO4(ak) ------> ZnSO4(ak) +
Cu(p) ^H = -190kJmol-1
Lukiskan satu gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas yang ditunjukkan oleh
persamaan kimia di atas.
- Huraikan satu eksperimen untuk menunjukkan bagaimana haba pembakaran bagi
satu mol etanol dapat ditentukan. Jawapan kamu mesti mengandungi langkah berjaga-jaga dan
pengiraan.
- Haba peneutralan antara larutan natrium
hidroksida dengan asid hidroklorik cair ialah 57kJmol-1
tetapi haba peneutralan antara larutan natrium
hidroksida dengan asid etanoik kurang daripada 57kJmol-1. Terangkan
perbezaan ini.
|
Soalan 4
- Dengan
menggunakan alkana,C5H12, sebagai contoh,terangkan apakah yang dimaksudkan dengan "isomerisme"
dan "isomer".
- Etena dan heks-1-ena ialah ahli-ahli dalam siri alkena
tetapi etena wujud sebagai gas manakala heks-1-ena wujud sebagai cecair. Terangkan
mengapa.
- Anda
diberi glukosa dan segala bahan-bahan yang diperlukan. Huraikan dengan bantuan gambar
rajah, bagaimana anda memperoleh sedikit etanol yang agak tulen (takat didih 78 0C).
|