Kertas II : Soalan Struktur No. 1
~ No. 3 |
Satu eksperimen telah dijalankan untuk menentukan
diameter satu zarah minyak kelapa.
50 titik minyak kelapa dalam buret dititis ke dalam sebuah bikar. Gambar rajah berikut
menunjukkan bacaan awal dan bacaan akhir buret itu.

(a) Catatkan bacaan awal dan bacaan akhir isipadu buret di atas.
(i) Isi padu awal : ........................
(ii) Isi padu akhir : ........................
(b) Kirakan isi padu satu titik minyak kelapa itu dalam sentimeter padu.
(c) Satu titik minyak dititis ke dalam sebuah piring kaca. Sebatang jarum dicelupkan
hujungnya ke dalam titik minyak itu dan dikeluarkan. Titisan
kecil minyak pada hujung
jarum dibersihkan dengan kertas turas. Proses ini diulangi 80
kali sehingga titik
minyak pada piring kaca itu habis.
Kirakan isi padu satu titisan minyak kecil yang dihasilkan oleh
jarum.
(d) Satu dulang berisi air disediakan dan serbuk likopodium ditaburkan pada permukaan
air. Dengan menggunakan jarum, satu titisan kecil minyak kelapa
dititiskan pada
permukaan air itu.
(i) Apakah tujuan serbuk likopodium ditaburkan pada permukaan air
?
(ii) Apakah bentuk tompok minyak yang terbentuk pada permukaan air ?
(iii) Jika diameter tompok minyak itu ialah 20.0 cm dan diameter satu zarah
minyak
kelapa ialah d cm, lukiskan satu
gambar rajah berlabel untuk menunjukkan bentuk
dan susunan zarah dalam tompok minyak
itu.
(iv) Dengan menggunakan =
3.14, kirakan diameter satu zarah minyak kelapa.
|

Gambar rajah di atas menunjukkan susunan elektron bagi beberapa atom insur tertentu.
Huruf-huruf A, B, C, D, E, F, dan G digunakan untuk mewakili setiap unsur itu.
(a) Isikan setiap unsur di atas ke dalam jadual berkala di bawah pada petak yang betul.
Kala |
Kumpulan |
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
1 |
|
|
|
|
|
|
|
|
2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
3 |
|
|
|
|
|
|
|
|
4 |
|
|
|
|
|
|
|
|
(b) Diberi F mempunyai 10 neutron, carikan nombor jisim F.
(c) Bandingkan kereaktifan antara B dengan E. Yang manakah lebih reaktif ?
Berikan satu sebab dari segi daya tarikan nukleus ?
(d) C wujud sebagai molekul dwiatom pada keadaan bilik .
Lukiskan gambar rajah untuk menunjukkan susunan elektron dalam
molekul C.
(e) B dibakar dan dimasuk ke dalam sebuah balang gas yang mengandungi gas D.
(i) Apakah warna hasil tindak balas ?
(ii) Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku.
(f) G ialah satu unsur yang lengai dan wujud sebagai gas mono atom.
Terangkan kejadian ini dari segi susunan elektron.
|
- Anda diberikan bahan kimia dan radas-radas yang berikut untuk
menjalankan elektrolisis ke atas larutan kuprum(II) nitrat.
Bahan kimia : Larutan kuprum(II) nitrat 0.5 M.
Radas : Dua batang rod karbon, sebuah bikar, bateri kering, wayar elektrik,
dan sebiji mentol.
(a) Lukiskan sebuah gambar rajah berlabel untuk menunjukkan susunan radas
yang anda gunakan dalam eksperimen ini.
(b) Namkan semua ion yang ada di dalam larutan kuprum(II) nitrat.
(c) (i) Nyatakan pemerhatian pada bahagian katod.
(ii) Tuliskan persamaan ion untuk tindak balas yang berlaku di anod.
(d) Apakah ion yang dipilih untuk didiscas pada anod ?
Berikan satu sebab bagi jawapan anda.
(e) Dalam tindak balas di atas, apakah bahan yang telah dioksidakan ?
(f) Tuliskan satu persamaan kimia untuk mewakili tindak balas redoks yang
berlaku dalam elektrolisis di atas.
|