Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia
Fokus Oktober :
Tips untuk Amali Kimia SPM 1998

Ramai pelajar yang meminta tips amali kimia daripada saya melui e-mail. Apakah jenis tips yang anda mahu ? Soalan ramalan atau soalan bocor ? Sekiranya cikgu memberikan soalan bocor, nanti cikgu akan dimasuk ke penjaralah! Ha ! Ha!

Jadi, untuk tips amali kimia ini, cikgu akan membincangkan format kertas soalan, langkah-langkah yang betul semasa anda menjalankan eksperimen, cara yang betul untuk membuat pemerhatian dan menulis jawapan.

Kertas 3 (Amali Kimia) ini mungkin terdiri daripada 2 atau 3 soalan.

Dalam soalan 1, anda biasanya dikehendaki menjalankan suatu eksperimen mengikut langkah-langkah yang diberikan untuk mendapatkan data supaya anda boleh membuat penghitungan, melukis graf, dan sebagainya.

Tips : Eksperimen ini adalah eksperimen baru yang anda tidak pernah lakukan. Jangan risau, buat eksperimen mengikut langkah-langkah yang diberikan dengan teliti. Yang hendak diuji ialah kebolehan anda menjalankan eksperimen dengan betul dan memdapatkan maklumat mengikut arahan yang diberikan. Cara anda mencatatkan data adalah penting. Jadual di bawah menunjukkan bilangan tempat perpuluhan bagi bacaan yang diambil dari beberapa radas tertentu.

Buret 2 tempat perpuluhan. Misalnya 12.00, 13.50, 20.05, 30.25.
Perhatian :  Bacaan seperti 12.01, 30.47 tidak boleh diterima kerana bacaan buret hanya boleh dibaca tepat sehingga 0.05 sahaja.
Termometer 1 tempat perpuluhan.

Soalan 2 biasanya terdiri daripada satu eksperimen yang ringkas. Anda dikehendaki merancang dan menuliskan langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen tersebut. Biasanya eksperimen itu pernah dilakukan oleh anda dalam makmal kimia. Misalnya, menentukan haba peneutralan dan sebagainya.

Tips : Sebelum menjalankan eksperimen, merancang dahulu langkah-langkah yang akan diambil. Setelah mempastikan tertib langkah-langkah itu betul, barulah salin ke kertas jawapan anda. Anda harus mengkaji semula beberapa topik penting seperti Termokimia, Elektrokimia, dan Kadar Tindak Balas.

Perhatian : Soalan 1 dan soalan 2 mungkin juga digabungkan menjadi 1 soalan sahaja.

Soalan 3 ialah menganalisis garam atau ion-ion. Dalam soalan ini, anda dikehendaki menganalisis bahan kimia yang diberikan untuk mengenalpasti jenis kation dan anion yang hadir. Biasanya, anda menguji mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan. Anda hanya perlu mencatatkan pemerhatian dengan betul dan membuat kesimpulan.
Jadual di bawah menunjukkan format ruang jawapan yang disediakan.

Eksperimen Pemerhatian Kesimpulan
Langkah-langkah menjalankan eksperimen.    
     
     

Tips : Dalam bahagian ini, cara anda memcatatkan pemerhatian adalah penting. Jangan mencatatkan perkara-perkara yang tidak bermakna. Bagaimanakah anda ingin tahu apa yang harus masukkan ke dalam Ruang Pemerhatian itu ? Ya, semak ujian itu. Ujian itu sendiri yang menentukan jenis pemerhatian yang dikehendaki. Jadual di bawah menunujukkan beberapa contoh.

Eksperimen/Ujian Pemerhatian Kesimpulan
(a) Alirkan gas ke dalam air kapur. Anda harus mencatatkan air kapur menjadi keruh atau tidak. Anda harus membuat kesimpulan bahawa gas karbon dioksida dibebaskan atau tidak.
(b) Uji dengan kertas litmus merah/biru. Anda harus mencatatkan perubahan warna pada kertas litmus. Adakah bahan itu berasid atau beralkali ?
(c) Tambahkan larutan NaOH sehingga berlebihan. Nyatakan sama ada mendakan putih atau warna lain terbentuk atau tidak dan apakah terjadi apabila berlebihan NaOH dicampurakan. Catatkan warna larutan/mendakan yang terhasil pada akhirnya. Larutan NaOH adalah untuk menguji Kation. Anda boleh menulis beberapa kation yang mungkin sebelum disahkan dengan ujian-ujian lain. Jangan pula anda membuat kesimpulan tentang anion.

Anda seharusnya dapat membeza dan mengenalpasti kation-kation berikut : Ca2+, Mg2+, Al3+, Zn2+, Pb2+, Fe2+, Fe3+, Cu2+, NH+4. Anda juga mesti mengetahui ujian pengesahan bagi ion Pb2+, Fe2+, dan  Fe3+.

Untuk anion  SO42-, CO32-, NO-3, dan Cl- pula, anda dikehendaki menghafalkan ujian pengesahan bagi setiap anion itu.

Kadang-kadang perubahan warna pada oksida logam juga memberikan maklumat kepada kita tentang jenis kation yang hadir. Misalnya, PbO berwarna kuning semasa sejuk dan berwarna perang semasa panas. ZnO pula berwarna putih semasa sejuk dan berwarna kuning semasa panas.

Keadaan bahan kimia yang diberikan juga dapat memberikan kita sedikit maklumat mengenai jenis garam itu. Jika bahan itu diberikan dalam bentuk larutan, maka garam itu ialah garam yang terlarut dalam air. Jika garam itu diberikan dalam pepejal/serbuk, tidak boleh dilarut dalam air tetapi dilarut dalam asid nitrik atau lain-lain, maka garam itu mungkin ialah garam yang tidak terlarut dalam air. Misalnya garam karbonat, AgCl, PbCl2, BaSO4, dan lain-lain lagi.


Nasihat Mr. OOI

1) Jangan 100% mengharapkan soalan ramalan. Anda mungkin dapat meramalkan tajuk yang akan diuji tetapi tidak berguna jika anda tidak boleh menjalankan eksperimen itu. Jika anda berjaya mendapat soalan bocor pun tidak semesti anda dapat skor kerana anda masih perlu menjalankan eksperimen untuk mendapatkan data.

2) Bincangkan dengan rakan-rakan anda tentang cara merekod data, melukis graf, menulis permerhatian yang betul.

GOOD LUCK FOR AMALI KIMIA SPM 1998

[3.00p.m. 14/10/98]