Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia
Fokus September :
Soalan Ramalan SPM 1998 (Bahagian II)

Ini merupakah sambungan soalan struktur soalan ramalan SPM 1998. Jawapan telah disediakan. Selamat membaca dan mencuba soalan- soalan di bawah.

Cikgu juga mengambil kesempatan ini untuk mengucap ribuan terima kasih kepada sambutan hangat yang diberikan oleh semua pelajar yang mengunjungi Laman Sup Kimia ini.

Kertas II : Soalan Struktur No. 4 ~ No. 7
  1. 0.65 g butiran zink telah dicampurkan kepada asid 0.2 M HCl yang berlebihan.
    Hidrogen yang dibebaskan sepanjang eksperimen ini telah dikumpulkan dalam
    sebuah buret dan jumlah isipadu gas hidrogen dalam buret itu dicatatkan pada
    tiap-tiap 30 saat. Keputusan seperti berikut diperolehi.
    Masa(saat) 30 60 90 120 150 180 210 240
    Isipadu gas hidrogen yang dibebaskan.(cm3) 104 160 198 223 238 240 240 240

    (a) Bagaimanakah perubahan kadar tindak balas pada 180 saat yang pertama ?
         Terangkan jawapan anda.
    (b) Terangkan mengapa tiada perubahan pada jumlah isipadu gas hidrogen yang dibebaskan
          selepas 180 saat.
    (c) Dengan menggunakan data yang diberikan dalam jadual di atas,
         kirakan jisim zink yang akan membebaskan satu mol hidrogen .
         [ 1mol gas menempati 24 dm3 pada keadaan bilik]

    (d) (i) Dengan menggunakan data dalam jadual, lukis graf isipadu gas hidrogen
              melawan masa.
         (ii). Tentukan jumlah isipadu gas hidrogen yang dibebaskan pada saat ke -100.
    (e) Kirakan kadar tindak balas purata pada 100 saat yang pertama.
    (f) Jika asid HCl dengan kepekatan 4 M digunakan dalam jadual ini,
         berapakah isipadu maksimum gas hidrogen yang dibebaskan ?
    (g) Cadangakan dua cara untuk menambahkan kadar pembebasan gas hidrogen
         dalam eksperimen ini.
    (h) Lukis satu gambar rajah berlabel bagi radas yang boleh digunakan menjalankan     
         eksperimen ini.


  1. Radas di atas digunakan untuk membandingkan kereaktifan logam-logam terhadap oksigen. Serbuk logam dipanaskan dengan kuat dan diikuti dengan pemanasan kalium manganat(VII) secara perlahan-lahan. Pemerhatian yang diperoleh untuk beberapa contoh logam dicatatkan dalam jadual di bawah:
    Serbuk logam

    Pemerhatian

    A

    Terbakar dengan cepat dengan baraan yang terang.
    Bakinya berwarna kuning apabila panas dan putih apabila sejuk.

    B

    Terbakar dengan baraan malap. Bakinya kuning - jingga.

    C

    Terbakar dengan perlahan-lahan dengan berbaraan . Bakinya berwarna hitam.

    (a) Apakah fungsi bahan berikut dalam eksperimen di atas ?
         (i) kalium manganat(VII) , (ii) kapas asbestos.
    (b) Susunkan logam-logam itu mengikut tertib kereaktifan menaik berdasarkan 
          pemerhatian di atas.
    (c) (i). Namakan logam A.
         (ii) Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang terlibat.
    (d) Huraikan secara ringkas bagaimana anda boleh mendapatkan balik logam C
         daripada baki pemanasannya dengan menggunakan logam-logam di atas.
    (e) Dalam tindak balas (d), nyatakan bahan yang bertindak sebagi agen penurunan dan
          bahan yang diturunkan.
    (f) Logam C berwarna perang.
         (i) Namakan logam C.
         (ii)Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang terlibat.
    (g) Hidrogen boleh menurunkan oksida B dan oksida C tetapi tidak bertindak balas
         dengan oksida A.
         (i) Susunkan kereaktifan keempat-empat unsur ini mengikut tertib menurun.
         (ii) Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara hidrogen dengan oksida C.

  1. Suatu alkohol, P, mempunyai formula molekul C2H6O. Apabila P dioksidakan satu sebatian organik Q, yang mempunyai formula molekul C2H4O2 terbentuk. Satu larutan berair Q menukarkan kertas litmus biru menjadi merah. Apabila wap P dilalukan ke atas serpihan-serpihan porselin yang panas, satu hidrokarbon berbentuk gas, R, terbentuk.

    (a) Berikan formula struktur bagi P dan Q.
    (b) Namakan suatu agen pengoksidaan yang boleh digunakan untuk mengoksidakan P
         kepada Q.
    (c) (i) Apakah yang dapat diperhatikan jika satu larutan berair Q dicampurkan kepada
             satu larutan berair natrium karbonat ?
         (ii) Tulis persamaan bagi tindak balas dalam (c)(i).
    (d) Lukis satu gambar rajah berlabel bagi susunan radas yang boleh digunakan untuk
          menukarkan P kepada R.
    (e) Tulis satu persamaan bagi tindak balas yang terlibat dalam penukaran P kepada R.
    (f) Apakah yang dapat diperhatikan apabila R dialirkan melalui air bromin ?

  1. Ubat boleh dikelaskan mengikut penggunaannya.
    Empat jenis ubat moden ialah analgesik, antibiotik, ubat psikiatrik dan hormon.

    (a) Apakah antibiotik ? Berikan dua contoh antibiotik.
    (b) Stimulan dan trankuilizer adalah dua contoh ubat psikiatrik.
          Nyatakan penggunaan bagi setiap contoh ubat itu.
    (c) A ialah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas dalam tubuh manusia.
         Namakan A dan apakah akibatnya jika jumlah A yang dihasilkan tidak mencukupi ?
    (d) Aspirin (asid asetilsalisilik) ialah satu contoh ubat analgesik.
         (i) Apakah penggunaan utama aspirin ?
         (ii) Penggunaan aspirin kini dikawal oleh kerana kesan sampingannya.
              Berikan dua kesan sampingan penggunaan aspirin.
    (iii) Aspirin boleh disediakan dalam makmal.
          Namakan dua bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan aspirin.
    (iv) Lukiskan sebuah gambar rajah berlabel bagi susunan radas yang digunakan untuk
          menyediakan aspirin dalam makmal.

Jawapan :

  1. (a) Kadar tindak balas semakin berkurang. Kerana kuantiti zink semakin berkurang.
    (b) Kerana tindak balas sudah berhenti / selesai.
    (c)  240 cm3 gas hidrogen dibebaskan oleh 0.65 g zink
          24000 cm3 gas hidrogen dibebaskan oleh (24000/240) x 0.65 = 65 g zink
    (d) (i) Tips untuk melukis graf : Pelajar mungkin menghadapi masalah untuk menetukan
              skala yang sesuai pada paksi-x dan paksi-y  untuk melukis graf.
              Cuba menggunakan skala berikut : 2 cm = 30 saat pada paksi-x dan
                                                                   2 cm = 20 cm3 pada paksi-y.

                                                   atau           2 cm = 40 saat pada paksi-x dan
                                                                   2 cm = 50 cm3 pada paksi-y.
             [Anda terpaksa membuat sedikit pengiraan untuk menentukan kedudukan setiap titik]

          (ii) 206 cm3 hingga 210 cm3 boleh diterima.
    (e) 0.60 cm3s-1  hingga 0.65 cm3s-1 boleh diterima.
    (f) 240 cm3.
    (g) (i) Gunakan serbuk zink untuk menggantikan butiran zink.
         (ii) Panaskan asid hidroklorik cair
    (h)
    fokus_sept_1.jpg (11090 bytes)
  1. (a) (i) Menghasilkan gas oksigen.
         (ii) Mengasingkan kalium manganat(VII) dan serbuk logam.
    (b) B, C, A [semakin reaktif]
    (c) (i) Zink
         (ii) 2 Zn +  O2  ------------->     2 ZnO
    (d) Campurkan serbuk logam A dengan baki pemanasan C. Panaskan campuran itu.
    (e) Agen penurunan = logam A
         Bahan yang diturunkan = baki pemanasan C
    (f) (i) Kuprum
        (ii)  2Cu + O2  ------------->     2 CuO
    (g) (i) A, Hidrogen, C, B [semakin kurang reaktif]
         (ii) H2  +  CuO  ------>    Cu + H2O
  2. (a)
    P =  ,        Q =
    (b) Larutan kalium dikromat(VI) berasid.
    (c) (i) Pembuakan berlaku.
         (ii) 2CH3COOH + Na2CO3 --->   2CH3COONa   +    H2O  +   CO2
    (d)
    fokus_sept_3.gif (9488 bytes)
    (e) C2H5OH  ----------->   C2H4     +   H2O
    (f) Air bromin bertukar warna darpada perang menjadi tak berwarna.
  3. (a) Penisilin dan Streptomisin.
    (b) Stimulan menambahkan kecergasan otak.
          Trankuilizer menghilangkan rasa resah dan cemas.
    (c) Insulin. Menyebabkan penyakit diabestes melitus.
    (d) (i) Mengurangkan sakit.
         (ii) Pendarahan dalam perut dan alergi..
    (e) Etanoik anhidrida dan asid salisilik.
    (f)
    fokus_sept_2.gif (19591 bytes)