Tips
Jika suatu larutan V1 cm3 M1 moldm-3
dicairkan dengan air supaya terhasilnya larutan V2 cm3 M2
moldm-3 , maka M1V1 =
M2V2 |
- 10 cm3 larutan kalium bromida 1 M dicairkan dengan air suling untuk
menjadikan 50 cm3 larutan. Apakah kepekatan larutan kalium bromida selepas
dicairkan ?
- Air suling telah ditambahkan kepada 80 cm3 larutan natrium karbonat 0.4
M.Berapakah isipadu larutan natrium karbonat cair yang telah disediakan jika kepekatan
larutan yang terbentuk ialah 0.1 M ?
- 150 cm3 larutan zink sulfat telah dicairkan dengan air suling untuk
menghasilkan 450 cm3 larutan zink sulfat 0.6 moldm-3. Apakah
kepekatan asal larutan zink sulfat ?
- 20 cm3 larutan argentum nitrat 0.1 M dicairkan dengan air untuk menghasilkan
larutan argentum nitrat 0.02 M. Berapakah isipadu air yang telah ditambahkan ?
- 25 cm3 asid nitrik cair 2 moldm-3 dicairkan dengan air suling
sehingga menjadi 250 cm3 larutan. Apakah kepekatan asid nitrik yang terhasil ?
- Jika 200 cm3 larutan kalium hidroksida yang kepekatannya 2.8gdm-3
dicairkan sehingga 500cm3. Apakah kemolaran larutan yang terbentuk ?
Jawapan : 14. 0.2 M, 15. 320 cm3, 16. 1.8
M, 17. 80 cm3 , 18. 0.2 M 19. 0.02 M ,
E. Tindak balas peneutralan
Tips
Katakan A ialah suatu asid dan B ialah suatu alkali. ,
kedua-dua bahan itu bertindak balas mengikut persamaan berikut ,
aA(ak) + bB(ak) --------> Hasil
Jika V1 cm3 M1
moldm-3 larutan A meneutralkan V2 cm3 M2
moldm-3 larutan B,
maka ,  |
- 15.0 cm3 larutan kalium hidroksida 1 M memerlukan 10 cm3 asid
nitrik cair untuk peneutralan lengkap. Hitungkan kemolaran asid nitrik cair yang
digunakan.
- Hitungkan isipadu asid sulfurik cair 0.5 moldm-3 yang diperlukan untuk
meneutralkan barium hidroksida 0.2 moldm3.
- 0.2 M asid hidroklorik cair ditambahkan sedikit demi sedikit ke dalam sebuah bikar kecil
yang mengandungi 40 cm3 0.5 moldm-3 larutan natrium hiodroksida dan
10 cm3 air. Berapakah jumlah isipadu larutan dalam bikar kecil itu supaya
larutan menjadi setakat neutral sahaja ?
- Suatu larutan asid hidroklorik 7.3 gdm-3 memerlukan 10.0 cm3
larutan kalium hidroksida 0.1 moldm-3 untuk peneutralan lengkap. Hitungkan
isipadu asid hidroklorik yang telah digunakan.
- 30.0 cm3 larutan natrium hidroksida 4 gdm-3 memerlukan 15.0 cm3
asid sulfurik cair untuk peneutralan lengkap. Hitungkan kepekatan asid sulfurik cair yang
telah digunakan dalam moldm-3.
Jawapan : 20. 1.5 M, 21. 20 cm3,
22. 150 cm3, 23. 5 cm3,
24. 0.1 M
