Mengenal
Ion |
Kation |
- Kation-kation yang perlu dikenal pasti ialah
Al3+, Zn2+, Cu2+,
Pb2+, Ca2+, Fe2+, Fe3+, NH4+,
Mg2+
- Dua bahan uji yang boleh digunakan untuk mengenalpasti kation-kation ialah
(a) Larutan natrium hidroksida , NaOH.
(b) Larutan ammonium hidroksida (larutan
ammonia akueus), NH4OH.
- Kation-kation boleh dikenal pasti melalui warna
mendakan yang terbentuk dan keterlarutan
mendakan tersebut dalam bahan uji yang berlebihan.
- Keputusan tindak balas dengan larutan natrium hidroksida.

- Keputusan tindak balas dengan larutan ammonium hidroksida.

|
Nota Ringkas Ion Pb2+
dan Al3+
Semua katIon di atas dikenalpastikan kecuali ion plumbum(II) dan
ion aluminium. Untuk membezakan dua ion itu, larutan kalium iodida digunakan. Ion
plumbum(II) sahaja yang akan memberikan mendakan kuning dengan larutan kalium iodida.
Mendakan kuning iaitu plumbum(II) iodida akan larut apabila dipanaskan dan terbentuk
semula apabila disejukkan. |
|
- Ion kuprum, ion ferum(II), dan ion ferum(III) boleh dikenalpastikan kerana mendakan yang
terbentuk mempunyai warna tertentu.
- Ion magnesium boleh dikenalpastikan kerana mendakan yang terbentuk
tidak larut dalam kedua-dua bahan uji yang berlebihan.
- Ion zink pula boleh dikenalpastikan kerana mendakan yang terbentuk larut
dalam kedua-dua bahan uji yang berlebihan.
|
Anion |
- Anion-anion yang perlu dikenal pasti ialah
CO32-, NO3-,
Cl-, SO42-
- Setiap anion di atas mempunyai ujian pengesahan yang tersendiri
CO32- |
- Tambahkan asid nitrik cair.
- Pembuakan berlaku.
- Alirkan gas ke dalam air kapur --> keruh
|
Cl- |
- Tambahakan asid nitrik cair.
- Tambahkan larutan argentum nitrat ---> mendakan putih terebntuk.
|
SO42- |
- Tambahakan asid nitrik cair.
- Tambahkan larutan barium klorida ---> mendakan putih terebntuk.
|
NO3- |
- Tambahkan 2 cm3 asid sulfurik cair dan larutan
ferum(II) sulfat yang baru disediakan.
- Titiskan asid sulfurik pekat--> cincin perang.
|
|
|