Islam
adalah Addin
yang syumul.
Kesyumulannya merangkumi
topik, tempat
dan masa.Ia
tidak tidak
terhad di
Semenanjung Tanah
Arab dan
pada masa
Rasulullah SAW
sahaja. Bahkan
tersebar keseluruh
dunia dan
berterusan sehingga
ke hari
kiamat
Di samping
itu ia
membicarakan keseluruhan
permasalahan dalam
kehidupan sebagaimana
yang dinyatakan
oleh As-Sheikh
Said Hawa
(Rahimahullah): “
Tidak ada
satu masalah
dari masalah-masalah
yang ada
melainkan ada
padanya hukum
yang ditetapkan
oleh Allah”.
Islam memberikan
perhatian yang
besar terhadap
jenayah. Ia
mengemukakan balasan
( uqubah ) untuk
membasmi jenayah
supaya ianya
tidak berlaku
dan diulangi
oleh penjenayah
. Uqubah yang
asasi di
dalam Syariah
Islam ialah
Hudud dan
Qisas. Justeru
itu penjara
tidak dianggap
perkara yang
asasi di
dalam Syariat
Islam kerana
ia adalah
dalam bentuk
uqubah Ta’zir.
Para ulama
memberikan perhatian
yang besar
terhadap hudud
dan qisas
dan membincangkannya
panjang lebar
di dalam
kitab-kitab
mereka sehingga
sebahagian dari
mereka lupa
terhadap uqubah
penjara.
Manakala sebahagian
yang lain
hanya membincangkannya
sepintas lalu
sahaja. Oleh
kerana itu
kita dapati
rujukan terhadapnya
terhad dan
sedikit.
Firman Allah
Taala di
dalam Surah
Yusuf , Ayat
33 yang
bermaksud: “Yusuf
berkata , wahai
tuhanku, penjara
lebih aku
sukai daripada
memenuhi ajakan
mereka kepadaku.
Dan jika
tidak engkau
hindarkan daripadaku
tipu daya
mereka, tentu
aku akan
cenderung ( untuk
memenuhi keinginan
mereka) dan
tentulah aku
termasuk orang-orang
yang bodoh”
Terdapat beberapa
lafaz yang
mempunyai hubungan
dengan perkataan
dari sudut
bahasa iaitu
Sheikh Islam
Ibnu Taimiyyah
(Rahimahullah) ketika
mengemukakan ta’rif
(pengertian ) penjara
menurut istilah
menyatakan:
“ Ia
adalah menghalang
seseorang dan
menyekatnya dari
tasarruf dengan
dirinya samada
di rumah
atau di
masjid .
Al-kasani
: Menegah seseorang
dari keluar
ke tempat
pekerjaan dan
tugasnya samada
yang berbentuk
agama atau
kemasyarakatan.
Mohamad bin
Abdullah Al-Ahmad:
Menghalang seseorang
dan menegahnya
tasarruf dengan
dirinya samada
di dalam
penjara, rumah
atau masjid.
Mohamad bin
Abdullah Al-Juraimi:
Balasan yang
diputuskan ke
atas seseorang
kerana keingkarannya
terhadap arahan
syari’ dengan
menghalang dan
menegahnya dari
tasarruf dengan
dirinya.
Sejarah
Penjara Sebelum
Islam
Sesiapa yang
mangkaji sejarah
penjara mendapati
bahawa ia
digunakan sebagai
wasilah daripada
iqab sebelum
Islam. Menurut
Al-Ashari,
Namrud adalah
orang yang
mula-mula
mengadakan penjara.
Al-Quran
menceritakan tentang
Nabi Yusuf
dipenjara, sebagaimana
firmannya yang
bermaksud:
“Kemudian
timbul fikiran
kepada mereka
setelah melihat
tanda-tanda
( kebenaran Nabi
Yusuf) bahawa
mereka harus
memenjarakannya sampai
sesuatu waktu.
Dan bersama
dengan dia,
masuk pula
dua orang
pemuda. Berkatalah
salah seorang
diantara keduanya,
“ Sesungguhnya
aku bermimpi
bahawa aku
memerah anggur”.
Dan yang
lainnya berkata:
“ Sesungguhnya
aku bermimpi,
aku membawa
roti di
atas kepalaku,
sebahagianya dimakan
burung”. Berikanlah
kepada kami
tafsiranya, sesungguhnya
kami memandang
kamu termasuk
dikalangan orang-orang
yang pandai
menafsir mimpi”.
Surah Yusuf
ayat: 35
dan 36
Di samping
itu juga,
Firaun pernah
mengugut Nabi
Musa dengan
penjara jika
tidak mengiktirafnya
sebagai tuhan.
Sebagaimana firman
Allah SWT
di dalam
Surah Al-Syuara’
ayat 29,
yang memberi
maksud: “
Firaun berkata:
sesungguhnya jika
kamu menyembah
tuhan selain
dari aku,
benar-benar
aku akan
menjadikan kamu
seorang yang
dipenjarakan”.
Menurut Imam
Baidhawi, penjara
Firaun berada
disuatu tempat
yang jauh
dan sangat
gelap.
Di zaman,
pemerintah Al-Ambruthuriyyah
( الأمبراطورية
) mereka meletakkan
tawanan-tawanan
perang daripada
negara-negara
yang diperanginya
di dalam
penjara. Mereka
diseksa dengan
seksaan yang
teruk.
Pengkaji sejarah
menyebut penjara
adalah suatu
yang ma’ruf
di zaman
Yunani. Mereka
memenjara Socrates
kerana tidak
menyesmbah berhala
mereka. Penjara
mereka terkenal
dengan kekejaman
dan penyeksaan.
Di antara
penjara yang
terkenal dengan
penyeksaan yang
dasyat ialah
Penjara Rom
yang dibuat
di bawah
tanah. Di
Antara mereka
yang dimasukkan
ke dalam
penjara ini
ialah Farwah
bin Umar
Al-Juzami
yang menjadi
amil kepada
kerajaan Rom
di Ma’an
(Syam) pada
masa itu
kemudian dia
memeluk Islam
pada zaman
Nabi Muhammmad
SAW lalu
mereka memenjarakannya
dan menyalibnya.
Dengan ini
jelaslah kepada
kita penggunaan
penjara sebelum
Islam sebagai
wasilah Iqab.
Demikian juga
penyalahgunaan wasilah
ini tanpa
melihat kepada
matlamat sebenar
sesuatu hukuman.
Dengan melihat
kepada penggunaan
penjara pada
zaman itu
jelaslah perbezaan
antara penjara
sebelum kedatangan
Islam dan
selepasnya.
Sejarah Penjara
dalam Islam
Pada Zaman
Rasulullah SAW,
baginda tidak
membina bangunan
khusus sebagai
penjara, sebaliknya
menjadikan masjid-masjid,
rumah-rumah
dan khemah-khemah
sebagai penjara.
Seorang sahabat,
Abu Lubabah
pernah mengikat
dirinya di
Masjid Nabawi
selama 6
malam. Disamping
itu terdapat
sahabat-sahabat
yang lain
mengikat diri
mereka pada
tiang-tiang
Masjid Nabawi
disebabkan uqubah
terhadap diri
sendiri akibat
tidak pergi
berperang bersama
Nabi SAW.
Baginda juga
pernah menahan
Sumamah bin
Asal. Berdasarkan
peristiwa ini,
Imam Nawawi
menyatakan jelas
keharusan mengikat
dan menahan
tawanan.
Rasulullah SAW
menahan Suhail
bin Amru
dirumah Hafsah
RA. Baginda
juga menahan
sebahagian daripada
Yahudi bani
Quraizah di
rumah Nusaibah
binti Haris
selapas hukuman
dijatuhkan oleh
Sa’ad bin
Mua’az. Manakala
sebahagian yang
lain ditahan
di rumah
Usamah bin
Zaid Radiallahu
Anhu.
Penjara
Di Zaman
Khulafa’ Rasyidi
Di awal
pemerintahan Khulafa’
Rasyidin, bentuk
penjara menyerupai
zaman Rasulullah
SAW. Baginda
tidak pernah
mewujudkan bangunan
yang khusus
sebagai penjara
sebagaimana yang
berlaku di
zaman sekarang
ini. Demikian
juga khalifah-
khalifah selepasnya,
Abu Bakar
As-Siddiq
RA dan
lain- lain.
Di zaman
Saidina Umar
RA, beliau
membeli sebuah
rumah yang
dijadikan khusus
sebagai penjara.
Sebelum itu
beliau pernah
menggunakan telaga
sebagai penjara.
Sebagai contoh,
beliau pernah
menahan Al-Hatilah
di dalam
telaga.
Sa’ad bin
Abi Waqqas
telah memenjarakan
Abu Mahjan
Ath-Thaqafi
di istananya
pada hari
Al-Qadisyyah
kerana kesalahan
meminum arak.
Sebagaiman yang
diriwayatkan bahawa
Al-Mughirah
bin Syu’bah.
Wali Kufah.
pada zaman
Saidina Umar
RA, membuat
penjara dari
sesuatu yang
keras seumpama
buluh dan
beliau menahan
Ma’an kerana
memalsukan cop
Baitulmal. Saidina
Ali Karramallahu
Wajhah adalah
orang yang
pertama membina
penjara dalam
Islam dan
beliau menamakannya
sebagai Naafi’
Artikel penuh di dalam
SUTRA 33 di pasaran.