ANTARABANGSA
-
-
-
-
-
-
- Siri-Siri Kekejaman
Israel
-
- Oleh Mahadi Bin Abdullah

Pembunuhan
dan penindasan
yang dilakukan
oleh Israel
keatas rakyat
Palestin bukan
lah satu
perkara baru.
Tapi apa
yang berlaku
sekarang adalah
yang terburuk
sejak termenterinya
perjanjian damai
antara Palestin
dan Israel
pada tahun
1993. Kalau
di tinjau
kepada sejarah
sejak wujudnya
negara haram
Yahudi sejak
hujung tahun
1947, pembantaian
dan pembunuhan
yang dilakukan
oleh pengganas
Zionis mula
berlaku di
sebuah kampung
bernama Baldatulshekh.
Seramai 600
orang mangsa
yang terkorban
dalam tragedi
tersebut kebanyakannya
wanita dan
kanak kanak.Bermula
dari itulah
siri siri
kekejaman berlaku
ke atas
rakyat Palestin.
Beberapa bulan
selepas siri
serangan berlaku
di sebuah
kampung Sa`sa`
di Khalil
dimana tentera
Yahudi telah
menyerang di
tengah malam
hari. Peristiwa
ini berlaku
pada 18
Febuari 1948.
Tragedi Dir
Yassen
Serangan ini
dilakukan pada
pukul 2
pagi. Tentera
pengganas telah
merempuh masuk
ke kampung
Dir Yassen
dengan melakukan
kekejaman yang
tak berperi
kemanusiaan. Menurut
saksi yang
menyaksikan peristiwa
itu, mereka
telah menembak
secara rambang
disamping menggunakan
bom untuk
meletupkan rumah
penduduk. Peristiwa
ini berlangsung
hingga ke
petang hari
seterusnya. Sebelum
mereka meninggalkan
kampung tersebut
saki baki
penduduk yang
masih hidup
dikumpulkan disatu
tempat seterusnya
ditembak beramai
ramai. Jumlah
yang terkorban
dalam tragedi
ini seramai
360 orang
kebanyakannya orang
tua wanita
dan kanak
kanak.
Tragedi Abu
Shusha
Kampung Abu
Shusa merupakan
kampung yang
hampir dengan
Der Yassen.
Sebaik saja
tentera pengganas
Yahudi keluar
dari Der
Yassen. Mereka
telah menyerbu
masuk dan
merempuh serta
menembak penduduk
secara kejam.
Seramai 50
orang terkorban
kebanyakannya orang
tua wanita
dan kanak
kanak.
Tragedi Di
Allad
Pada 11
Julai 1948
sekumpulan komando
pengganas Yahudi
diketuai oleh
Moshe Deyan
memasuki bandar
Allad . Dengan
dilengkapi sejata
api dan
meriam mereka
menembak secara
rambang terhadap
setiap penduduk
yang lalu
lalang. Keadaan
mereka yang
datang secara
tiba tiba
dan melakukan
pembunuhan tanpa
belas kasihan
amat mengejutkan.
Penduduk .penduduk
bertempiaran lari
menyelamatkan diri
sementara ramai
dikalangan mereka
yang berlindug
di masjid.
Pengganas telah
memburu penduduk
seterusnya merempuh
masuk ke
dalam masjid
bandar tersebut
dan menembak
penduduk yang
berlindung di
dalamnya. Angka
yang terkorban
seramai 426
orang . Baki
yang masih
tinggal telah
diberi tempoh
hanya setengah
jam supaya
meninggalkan bandar
itu . Penduduk
terpaksa meninggalkan
tanah tumpah
darah mereka
dan menjadi
pelarian tanpa
apa -apa
bekalan air
maupun makanan.
Lebih dahsyat
lagi mereka
terpaksa berjalan
kaki menuju
ke kem
askar- askar
Jordan di
perbatasan Jordan.
Akibat dari
suasana ini
tidak sedikit
yang terkorban
yang kebanyakannya
wanita dan
kanak kanak.
Tragedi Qabaih
Bilangan tentera
pengganas yang
terlibat dalam
serangan ini
seramai 600
orang. Mereka
telah melakukan
pembunuhan secara
kejam . Mereka
telah menembak
secara membabi
buta menyebabkan
76 orang
telah terkorban
sementera 57
buah bangunan
telah dimusnah
dan dihancurkan
termasuk juga
rumah kediaman
masjid dan
sekolah. Tragedi
ini berlangsung
hingga pagi
pada hari
seterusnya pada
15 oktobar
1953.
Tragedi Khan
Yunus
Peristiwa ini
berlaku pada
3 November
1956. Tentera
pengganas melakukan
pembunuhan kejam
ke atas
perkhemahan pelarian
di Khan
Yunus yang
mengorbankan seramai
250 orang.
Selepas 9
hari berikutnya
siri kekejaman
sekali lagi
berlaku ditempat
yang sama.
Tentera Zionis
membedil penduduk
dalam perkhemahan.seramai
275 menjadi
korban.sementara
lebih dari
100 orang
terkorban hasil
pembunuhan kejam
oleh tentera
pengganas keatas
perkhemahan pelarian
Rafah yang
berlaku pada
hari yang
sama.
Tragedi Aitrun
Dan Sulha
Tragedi di
Aitrun berlaku
tahun 1974.
Seramai 9
orang kanak
kanak yang
berumur dalam
lingkungan 5
hingga 12
tahun terbunuh
serta 3
yang lain
cedera parah
hasil letupan
bom yang
dilancarkan oleh
Israel keatas
kawasan penduduk.
Sementara di
Sulha pula
sejumlah anak
anak gadis
yang terbunuh
semuanya selepas
ditembak beramai
ramai oleh
tentera pengganas
yang tiada
seorang pun
yang terselamat.
Tragedi Sabra
Dan Shatilla
Tragedi ini
adalah yang
paling tragis
dalam sejarah
Palestin. Jaguh
pengganas yang
mendalangi serangan
ini ialah
Areal Sharon
yang pada
ketika itu
menjawat jawatan
jeneral tentera
Zionis. Sebenarnya
perancangan serangan
ini telah
pun bermula
pada hari
yang pertama
sejak berlakunya
perang Israel
dengan Lubnan
pada tahun
1982. Tujuan
utama seragan
ini dilakukan
adalah untuk
menggerunkan pelarian
disitu sekaligus
akan mendorong
mereka untuk
meninggalkan Negara
Lubnan. Serangan
ini bermula
ketika hampir
terbenamnya matahari
hari Khamis
16 September
1982. Operasi
bersama antara
tentera Militia
Lubnan dengan
tentera pengganas
Zionis merempuh
masuk kawasan
perkhemahan Palestin
di Sabra
dan Shatilla.
Atas perancangan
bersama yang
diketuai Areal
Sharon, tentera
Militia telah
memasuki perkhemahan
dan melakukan
pembunuhan dan
kekejaman yang
diluar batas
kemanusiaan ke
atas penghuni
yang berada
diperkhemahan itu.
Sementara tentera
pengganas mengepung
di luar
kawasan perkhemahan
bagi menghalang
mana mana
penghuni yang
melarikan diri.
Operasi penyembelihan
yang amat
kejam ini
berlangsung selama
tiga hari
berturut turut
hingga waktu
Zohor pada
hari Sabtu
18 September.
Tragedi yang
tragis ini
telah mengorbankan
jumlah yang
amat besar
sekali. Seramai
3500 orang
terkorban yang
kebanyakannya terdiri
dari golongan
wanita orang
tua dan
kanak kanak.

Artikel penuh di SUTRA
33 dipasaran.
|