BAITUL MUSLIM
- Biah Solehah, Mampukah
Dengan Angan-angan?
-
-
-
-
-
-
-
-
- Oleh
- Wan Ahmad Zuki Wan Ismail
Lakaran firman
Allah Taala
dalam gambaran
suciNya ada
dinyatakan dalam
Surah Al-Ghaasyiyah:
ayat : 8-16.
Antara mafhum
yang mungkin
di sana
boleh kita
kutip bersama
ialah bagaimana
Allah Taala
mengambarkan kepada
kita hamba-hambaNya
yang sering
kali alpa
dengan ujian
dunia. Itulah
gambaran halus
dan cukup
menawan jiwa
yang suci
bersih prihal
keadaan syurga
idaman bagi
orang-orang
yang beriman.
Allah Taala
menyifatkan syurga
sebagai suatu
taman nan
indah yang
mana ia
dilengkapi dengan
segala hiasan
yang meransangkan
pandangan dan
keasyikan yang
tidak melalaikan
bagi mata-mata
yang memandangnya.
Justeru, orang-orang
yang bakal
menghuninya adalah
insan-insan
seni yang
menyelami makna
iman dan
keagungan serta
keesaan Allah
SWT.
Bertitik tolak
dari noktah
itulah, setiap
manusia mengharapkan
agar ia
dapat merasai
syurga yang
ditawarkan oleh
Allah.Taala.
Impian tersebut
tidak mampu
di capai
tanpa adanya
binaan titian
atau jambatan
ke arah
itu. Sebelum
mengapai keenakan
syurga hakiki,
orang-orang
mukmin khasnya
turut mengharapkan
agar kenikmatan
kehidupan di
halaman dunia
yang sementara
dapat juga
dikecapi. Lantaran
itu, lahirlah
konsep “Rumahku
Syurgaku” bagi
insan mukmin
yang telah
pun membina
alam rumahtangga
"Al-Fadhil
Al-Ustaz
Abdullah Nasih
Ulwan, banyak
mengutarakan kaedah
pentarbiahan kepada
anak-anak
di dalam
buku cetusan
beliau iaitu
“Pendidikan Anak-anak
Menurut Islam”.
Konsep “Rumahku
Syurgaku” pada
asasnya adalah
suatu perencanaan
keluarga ke
arah mewujudkan
biah atau
suasana keluarga
muslim yang
sihat serta
Islamik. Perencanaan
tersebut mengambil
istifadah daripada
aturan kalamullah
yang menyifatkan
perihal keadaan
syurga yang
penuh kebahagiaan
dan ketenangan.
Biah yang
solehah adalah
pendorong kepada
pembinaan usrah
muslimah idaman.
Perkataan keluarga
atau usrah
tidak hanya
terbatas kepada
kuantiti ahli
yang sedikit
iaitu ayah,
namun ia
juga termasuk
kuantiti ahli
yang besar
yang diistilahkan
sebagai keluarga
besar iaitu
masyarakat. Penta’arifan
ini meletakkan
mas’uliah kepada
setiap anggota
keluarga agar
dapat bergandingan
dan melengkapi
dengan mewujudkan
suasana atau
biah yang
solehah dalam
keluarga samada
keluarga kecil
atau besar.
Kajian psikologi
telah banyak
mendedahkan bahawa
kesan suasana
banyak mempengaruhi
individu atau
masyarakat. Oleh
itu, baik
atau buruk
suasana adalah
antara penentu
kepada tingkah
laku, tindak
balas dan
sikap generasi
yang akan
datang. Dalam
skop rumahtangga,
anak-anak
akan terpengaruh
dengan suasana
sekitar. Ibu
dan bapa
adalah role
model atau
qudwah yang
bisa memandu
pelayaran kehidupan
rumahtangga yang
dibina di
samping suasana
juga memainkan
peranan yang
cukup penting.
Al-Fadhil
Al-Ustaz
Abdullah Nasih
Ulwan, banyak
mengutarakan kaedah
pentarbiahan kepada
anak-anak
di dalam
buku cetusan
beliau iaitu
“Pendidikan Anak-anak
Menurut Islam”.
Beliau mengambil
istifadah daripada
As-Salafus
Soleh. Sewajibnya
buku tersebut
menjadi sumber
rujukan kepada
ibu bapa
yang ingin
mewujudkan dan
juga menjayakan
konsep “Rumahku
Syurgaku”.
Artikel penuh
SUTRA 33. |