EKONOMI
CUKAI: Pada
Kaca Ulama Islam Oleh Ahmad Tirmizi Bin
Taha
Pengertian cukai
Cukai ialah
sejumlah harta
yang dikeluarkan
oleh mereka
yang berkemampuan
bertujuan melaksanakan
kemaslahatan syarak
dengan penetapan
dari pihak
pemerintah.
Syarat-syarat
sah ditetapkan
pembayaran cukai
Para ulamak
islam telah
menetapkan syarat
–syarat yang
membolehkan arahan
pembayaran cukai
oleh pihak
seperti berikut:
1- pemerintahan
telah melaksanakan
segala kewajipan
kewangan sebagaimana
yang ditetapkan
oleh islam
seperti arahan
mengeluarkan zakat,
pelaksanaan sistem
kharaj dan
sebagainya.
2- Pemerintah
yang menetapkan
pembayaran cukai
itu adalah
pemerintah yang
berakhlak dengan
akhlak di
dalam perkara
yang bersangkutan
dengan pelaksanaan
sistem kewangan
islam.
3- Baitul
mal tidak
dapat menampung
perbelanjaan negara
setelah digunakan
segala sumber
yang ada.
4- Penetapan
pembayaran cukai
itu adalah
bertujuan kemaslahatan
yang diakui
oleh syarak.
5- Penetapan
cukai itu
hanya dikenakan
ke atas
mereka yang
berkemampuan sahaja.
Dari syarat-syarat
di atas
dapatlah dibuat
kesimpulan bahawa
sistem cukai
itu boleh
dikenakan dengan
wujudnya perkara
berikut
1- keperluan
hakiki kepada
sumber kewangan
2- pembahagian
bebanan cukai
adal berlaku
secara adil.
3- Hasil
cukai dibelanja
untuk kemaslahatan
umum
4- Mendapat
persetujuan ahli
syura ( ahli
al hall
wal aqd
)
Pendapat para
ulamak mengenai
cukai
Pendapat Ibnu
hazm
Ibnu hazm
ketika membahaskan
tentang permasalahan
cukai tidak
menggunakan perkataan
cukai tetapi
menggunakan kalimah
yang sama
erti dengan
cukai. Dimana
beliau menggunakan
perkataan paksaan
pemerintah dalam
bentuk kewangan
ke atas
rakyat apabila
berlaku sebab
tertentu.
Ibnu Hazm
telah membawa
dalil naqli
dan dan
juga perkataan
sahabat.
Dalil naqli
Al-Quran
: Firman Allah
s.w.t
: al an’aam
141
Menurut Ibnu
Hazm ayat
di atas
bukanlah memperkatakan
tentang zakat.
Beliau berhujah
bahawa ayat
di atas
adalah makiyyah
sedangkan kefardhuan
zakat di
madinah. Oleh
itu ayat
di atas
memperkatakan hak
harta benda
selain dari
zakat di
antaranya ialah
cukai.
Firman Allah
SWT : yang
bermaksud :
“ Dan
berilah hak
kepada sanak
saudara , orang-orang
miskin dan
ibnu sabil.
Ayat di
atas mewajibkan
berbuat baik
kepada kepada
golongan yang
kesempitan hidup.
Dimana menunaikan
hak tersebut
dianggap satu
amal kebajikan
dan tidak
melakukannya dianggap
satu kerja
jahat. Maka
cukai yang
dikenakan adalah
salah satu
bentuk kerja
kebajikan.
Hadis :
Sabda Rasulullah
barangsiapa yang
mempunyai makanan
yang mencukupi
dua orang
maka hendaklah
dicari orang
ketiga , barangsiapa
yang mempunyai
makanan yang
mencukupi tiga
orang maka
hendaklah ia
mencari orang
keempat…..
Hadis di
atas menunjukkan
arahan supaya
orang kaya
membantu orang
yang kurang
upaya. Ini
adalah bertepatan
dengan tujuan
pembayaran cukai.
Berkata Umar
“ jikalau aku
boleh kembali
ke zaman
awal pemerintahanku
nescaya aku
akan mengambil
harta orang
kaya yang
lebih dari
keperluannya dan
aku akan
bahagikan kepada
orang yang
misikin. ”
Berkata Ali
“ Sesungguhnya Allah
SWT menfardukan
ke atas
orang kaya
menghulurkan bantuan
kepada orang
yang miskin
dengan yang
mencukupkan kehidupan
mereka. ”
Pendapat Imam
Haramain :
Penetapan pembayaran
cukai mengikut
Imam Al
Haramain adalah
berdasarkan oleh
ijma’ ulama’
yang menyebut
bahawa menjadi
kewajipan pemerintah
dan mempertahankan
daulah. Maka
apabila baitul
mal tidak
menampung perbelanjaan
ketenteraan, maka
pemerintah boleh
mengenakan sistem
pembayaran cukai
ke atas
mereka yang
berkemampuan.
Dari kenyataan
di atas
bolehlah dibuat
kesimpulan bahawa
Imam Al
haramain setiap
perbelanjaan untuk
kemaslahatan umum
yang diiktiraf
oleh syara’
wajib ditampung
oleh golongan
yang berkemampuan
setelah baitul
mal tidak
dapat menampung
perbelanjaan tersebut.
Pendapat Imam
Al Ghazali
:
Menurut Imam
al Ghazali
di dalam
kitabnya Al
mustasfa ,tidak
harus dikenakan
cukai ke
atas rakyat
jika sekiranya
harta benda
yang berada
di tangan
tentera islam
adalah mencukupi.
Namun begitu
jika sekiranya
unit ketenteraan
Islam tidak
memiliki wang
yang cukup
dan baitul
mal tidak
mampu menanggung
perbelanjaan ketenteraan
, maka harus
kepada pemerintah
mengenakan cukai
kepada golongan
yang berada
sekadar jumlah
yang dapat
menampung perbelanjaan
ketenteran. Pemerintah
Islam harus
memberi tanah
kerajaan kepada
tentera sebagai
ganti cukai.
Dalil harusnya
dikenakan cukai
kepada golongan
yang berada
ialah kaedah
fiqh yang
berbunyi apabila
terdapat dua
perkara yang
memudharatkan yang
tidak dielakkan
maka wajib
melakukan yang
paling kurang
mudhorat antara
keduanya. Maka
penetapan cukai
ke atas
golongan yang
berada adalah
mudhorat yang
lebih ringan
jika dibandingkan
dengan tentera
yang meninggalkan
tugas ketenteraan
kerana mencari
sara hidup.
Pendapat Ibnu
Taimiyah :
Di dalam
membincangkan tentang
keharusan sistem
pembayaran cukai,
Ibnu Taimiyyah
berdalilkan dengan
qias aulawi
dimana beliau
berkata:
Jika sekiranya
Allah mewajibkan
ke atas
para sahabat
yang berjihad
dengan harta
dan jiwa
raga mengeluarkan
usyur dari
hasil tanaman
mereka ,maka
sepatutnya lebih
diwajibkan ke
atas golongan
yang berkemampuan
yang tidak
keluar berjihad
mengeluarkan kewangan
untuk menampung
perbelanjaan jihad
( maslahah umum
) .
Ke mana
cukai itu
dibelanjakan
Para ulamak
telah bersepakat
bahawa hasil
cukai yang
dipungut wajiblah
dbelanjakan untuk
kepentingan umum.kepentingan
umum yang
dimaksudkan itu
ialah :
1-jihad
2-jaminan
kemasyarakatan
3-maslahat
umum
1) Jihad
semua ulamak
yang membincangkan
keharusan penetapan
sistem cukai
oleh pihak
pemerintah membuat
kenyatan bahawa
hasil pungutan
cukai wajib
dibelanjakan untuk
tujuan jihad
fi sabillillah.
Pada zaman
sekarang ,bolehlah
dikatakan bahawa
menghantar anak
qaryah belajar
diluar negara
, menyediakan perpustakaan
yang mengamdungi
kitab-kitab
yang mempertahankan
dan menerangkan
islam, pembinaan
pusat-tarbiyah,masjid,sekolah
dan lain-lai
perkara yang
melibatkan mempertahan
dam mengembangkan
islam adalah
dianggap jihad.
2) Jaminan
kemasyarakatan
Makna jaminan
kemasyarakatan ialah
golongan yang
kesempitan hidup
hendaklah dibantu
oleh golongan
yang berkemampuan.betapanya
pentingnya perkara
ini sehingga
ayat-ayat
makiyah memberi
penekanan secara
khusus tentang
jaminan kemasyarakatn,
sebagaimana dineri
penekanan kepada
masalah aqidah.pada
zaman sekarang
bolehlah dikatakan
bahawa penyediaan
tapak kediaman
bagi golongan
yang kurang
upaya, bantuan
pakaian , alat-alat
bantu sekolah
dan seumpamanmya
adalah termasuk
jaminan kemasyarakatan
di dalam
islam yang
perlu diberi
perhatian.
3) Maslahat
umum
Maslahat umum
ialah perkara
yang melibatkan
masyarakat umum.
Pembinaan jambatan,pos-pos
keselamatan dan
seumpamanya adalah
contoh kemaslahatam
umum.
Dari perbincangan
di atas
jelaslah bahawa
haram sama
sekali meggunakan
hasil pungutan
cukai itu
bewretujuan kemaslahatan
peribadi.
Artikel
penuh di dalam SUTRA terbaru 33 di pasaran...
|