KESELAMATAN
- Penghayatan
Penyusunan Sof
- Dalam Peperangan
Oleh Hasri Rifin
"Rasulullah
SAW pernah
bersabda: “Sesungguhnya
diantara dosa-dosa
besar itu
ialah menyekutukan
Allah, memakan
harta anak
yatim, lari
di medan
perang dan
menuduh perempuan-perempuan
berzina"
Dalam ketenteraan
Islam, penyusunan
saf yang
tersusun bagi
anggota tentera
di medan
perang merupakan
perkara yang
penting bagi
mencapai kemenangan.
Ianya bukan
perkara yang
boleh dipandang
kecil dan
remeh, bahkan
menjadi salah
satu asas
kepada kekuatan
dan kesepaduan
dalam pembentukkan
tentera yang
kuat dan
gagah.
Tentera yang
berjuang di
medan perang
mestilah berada
dalam keadaan
bersedia di
dalam satu
saf yang
tersusun untuk
menghadapi musuh
di medan
perang. Sebagaimana
firman Allah
SWT di
dalam surah
Al- Saf
ayat: 4
yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah
SWT amat
menyukai mereka
yang berjihad
pada jalan
Allah dalam
satu barisan
yang tersusun
kukuh”.
Walaupun tentera
Islam dahulu
berperang dalam
bentuk dan
cara yang
berbeza dengan
tentera di
zaman teknologi
persenjataan yang
canggih pada
hari ini,
namun prinsip
penyusunan saf
tetap menjadi
asas yang
penting kepada
kekuatan tentera
Islam dari
dahulu hingga
sekarang. Kalau
dahulu, tentera-tentera
Islam berperang
dalam satu
tompakan manusia
yang bergerak
dalam satu
saf yang
tersusun secara
berhadapan dengan
musuh dengan
jarak yang
dekat dan
kawasan yang
sempit. Namun,
pada zaman
teknologi ketenteraan
serba canggih
ini, dengan
lahirnya bermacam-
macam bentuk
dan jenis
persenjataan moden,
bermula dari
senjata automatik
seperti M.16
sehinggalah kepada
senjata Biologi,
Kimia dan
Nuklear, sudah
tentu mempercepatkan
dan meningkatkan
lagi kadar
kemusnahan dan
kerosakkan. Pada
masa yang
sama, menyebabkan
strategi tentera
pada hari
ini berubah
dan mereka
terpaksa bergerak
dalam jarak
yang jauh
dan kawasan
yang luas.
Walaupun begitu,
disiplin dan
kepentingan saf
yang tersusun
mesti dan
tidak dapat
tidak dipisahkan
dari ketenteraan
Islam.
Jika dilihat
pada peperangan
moden hari
ini, walaupun
tidak berlaku
penyusunan saf
di medan
perang seperti
tentera-tentera
di zaman
dahulu, namun,
semangat dan
disiplin yang
tersimpul dari
susunan saf
yang teratur
masih tetap
kekal dan
terus menjadi
satu tuntutan
dalam ketenteraan
Islam pada
hari ini.

SERUAN ISLAM
TERHADAP PENGHAYATAN
SUSUNAN SAF.
Antara faktor
yang penting
bagi mencapai
kemenangan di
medan perang
ialah kerjasama
dan kesungguhan
yang lahir
dari setiap
anggota tentera
yang sama-sama
berganding bahu
ketika menghadapi
musuh. Kesemua
ini dapat
dinilai dan
difahami dari
maksud firman
Allah SWT
yang bermaksud:“
Sesungguhnya Allah
SWT amat
menyukai mereka
yang berjihad
pada jalan
Allah dalam
satu barisan
yang teratur
seperti satu
bangunan yang
tersusun kukuh
“.Surah
Al-Saf
ayat: 4
Begitu juga
sabda junjungan
SAW yang
menyeru umat
Islam supaya
menitik beratkan
kepada kerjasama
antara sesama
Islam dan
bergerak seperti
sebuah bangunan
yang saling
berperanan antara
satu sama
lain. Maksud
sabda Nabi
SAW:“
Seseorang mukmin
dengan seseorang
mukmin yang
lain seumpama
satu binaan
yang saling
kuat menguat
antara satu
sama lain
” .
Boleh dikatakan
seruan kepada
penghayatan hidup
seumpama saf
yang tersusun
dipandang tinggi
dalam Islam,
bahkan di
dalam ibadat
pun seperti
sembahyang, umat
Islam disuruh
untuk memperbetulkan
saf yang
menjadi sebahagian
kesempurnaan sembahyang,
sebagaimana maksud
dari sabda
Nabi SAW:
“Perbetulkan saf
kamu , sesungguhnya
memperbetulkan saf
itu sebahagian
daripada sembahyang”.
Malahan, semasa
peperangan Badar
nabi SAW
sendiri turun
di medan
perang dan
berjalan diantara
saf tentera
bagi memastikan
semua tentera
berada dalam
yang betul
dan tersusun.
Sehinggalah Nabi
SAW mendapati
seorang lelaki
yang bernama
Sawad terkeluar
dari barisan
saf, lalu
baginda mengatakan
kepadanya “Wahai
Sawad, perbetulkan
saf kamu”.
ASAS -ASAS
KEKUATAN SAF
DALAM KETENTERAAN
ISLAM
Bagi memastikan
kekuatan saf
dalam ketenteraan
Islam, beberapa
asas penting
yang telah
digariskan oleh
Islam perlu
dihayati oleh
tentera Islam.
Di antara
asas-asasnya
ialah:
1. Kesatuan
akidah dan
matlamat
Kesatuan
akidah dan
matlamat merupakan
batu asas
yang menjadi
tunjang kepada
kekuatan saf-saf
ketenteraan Islam.
Kekuatan dan
kemantapan keketenteraan
itu terletak
pada kesatuan
akidah dari
setiap anggota
tentera yang
dilahirkan bersama
matlamat yang
sahih iaitu
berperang semata-mata
berjihad demi
meninggikan kalimah
Allah SWT
di muka
bumi ini.
Sebagaimana maksud
firman Allah
SWT : “Dan
berjihadlah kamu
pada jalan
Allah dengan
sebenar-benar
jihad”.Surah
Al Haj
ayat: 78
Dapatlah kita
simpul disini
bahawa arah
tujuan yang
betul dan
disertakan dengan
kesatuan akidah
merupakan pengikat
yang paling
kuat dalam
mengejar cita-cita
yang lebih
tinggi iaitu
menegakkan kalimah
Allah SWT.
2. Istiqamah
dalam satu
sof
Allah SWT
mengaitkan dengan
hubungan Iman
dan jihad
sebagai satu
hubungan yang
utuh dan
tidak dapat
dipisahkan diantara
satu sama
lain.Yang
mana dengan
adanya keimanan
yang kukuh
kapada Allah
SWT barulah
dapat melahirkan
istiqomah dalam
semua bidang
termasuklah ketika
berada di
medan perang.
sebagaimana Allah
SWT menyuruh
orang-orang
Islam supaya
tetap dan
thabat di
medan perang.
Ini telah
dirakamkan oleh
Allah di
dalam firmannya
yang bermaksud:“Wahai
orang-orang
yang beriman,
apabila kamu
bertemu dengan
orang-orang
kafir yang
sedang memerangi
mu, maka
janganlah kamu
membelakangi mereka
( berundur ). Barangsiapa
yang membelakangi
mereka ( berundur
) diwaktu itu
,kecuali berundur
untuk ( siasat
) perang ataupun
hendak mengabungkan
diri dengan
pasukan yang
lain, maka
sesungguhnya orang
itu kembali
dengan membawa
kemurkaan dari
Allah. Dan
tempatnya adalah
neraka Jahannam.
Dan amat
buruklah tempat
kembalinya”.Surah
Al Anfal
ayat 15
–16
Rasulullah
SAW pernah
bersabda: “Sesungguhnya
diantara dosa-dosa
besar itu
ialah menyekutukan
Allah, memakan
harta anak
yatim, lari
di medan
perang dan
menuduh perempuan-perempuan
berzina
3. Pengunduran
tentera sebagai
satu trategi
Islam
menetapkan bahawa
tentera Islam
dilarang dari
berundur di
medan perang
melainkan mendapat
kebenaran dari
kepimpinan tentera
yang mendapati
ianya satu
strategi dan
taktik bagi
mengalahkan dan
menghancurkan musuh.
Keadaan- keadaaan
yang di
bolehkan mengundur
dari medan
perang seperti
berikut:
i) Pengunduran
angkatan tentera
dari medan
ke satu
medan lain
yang lebih
baik dan
lebih mudah
untuk mengalahkan
musuh. Ini
dapat difahami
dari firman
Allah SWT
yang bermaksud
: “ Melainkan
yang bergerak
untuk berperang.
ii) Pengunduran
tentera dari
satu pasukan
kepada pasukan
yang lain
bagi memperkuatkan
keadaan yang
lebih bersesuaian
untuk menewaskan
musuh. Ini
dapat difahami
dari firman
Allah SWT
yang bermaksud:
bergerak untuk
menyertai pasukan
lain.
Keadaan- keadaan
ini merupakan
taktik dan
strategi tentera
yang memerlukan
kepada kecekapan
ketua angkatan
dalam ilmu
peperangan.
.4.
Semangat berkerjasama
dalam satu
pasukan
Firman
Allah SWT
dalam surah
As-Saf
yang bermaksud:
“Seolah-olah
mereka satu
bangunan yang
tersusun kukuh”
Dan begitu
juga sabda
nabi SAW
yang menyuruh
umat Islam
supaya berada
dalam saf
seperti satu
binaan sebagaimana
sabdanya: “
Sesungguhnya seorang
mukmin dengan
seorang mukmin
yang lain
itu seumpama
satu bangunan
yang saling
kuat menguat
diantara satu
sama lain.
.
Binaan ini
tidak akan
menjadi kuat
dan utuh
tanpa adanya
sokongan dan
kerjasama antara
satu sama
lain. Demikian
yang dikehendaki
dalam ketenteraan
Islam, tidak
dapat tidak
semangat bekerjasama
yang menjadi
asas kepada
kekuatan saf
tentera terutamanya
dalam jiwa
setiap tentera
tanpa mementingkan
diri sendiri
dan tidak
boleh seorang
pun mendakwa
bahawa dia
seorang yang
berkebolehan untuk
mencapai kemenangan
ketika berhadapan
dengan musuh.
Bahkan masing-masing
berperanan dan
berhajat kepada
kerjasama antara
satu sama
lain.
Begitu juga
dalam ketenteraan
yang serba
canggih pada
zaman ini.
Tidak dapat
tidak, boleh
lari dari
roh kerjasama
diantara satu
sama lain
sama ada
yang berpangkat
Prebet dan
juga berpangkat
Jeneral, begitu
juga samaada
tentera udara,
laut dan
juga darat
semuanya mestilah
menanamkan semangat
atau pun
roh bekerja
dalam satu
pasukan kerana
ianya merupakan
asas yang
penting kepada
kekuatan saf
ketenteraan.
Artikel
penuh di dalam SUTRA 33 di pasaran. |