SEKOLAH
NAMA SEKOLAH : SEK. KEB. TAMAN UDA.
ALAMAT SEKOLAH : JALAN SULTANAH, ALOR SETAR, KEDAH
NO.TELEFON : 04-7309269
KOD.SEKOLAH : PBA 4002
GURU BESAR : DATIN WIRA FATIMAH BT YAHAYA
SEJARAH SEKOLAH:
Sejarah menunjukkan bahawa Sekolah Kebangsaan Taman Uda diwujudkan berkembar dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar dengan panggilan awalnya Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar II menerusi satu pengurusan. Walau bagaimanapun seorang guru telah ditugaskan mengetuai aspek-aspek pentadbiran. Beliau ialah Tuan Haji Khorish bin Haji Arshad. Guru pertama bagi Sekolah Kebangsaan Taman Uda pada tahun 1983.
PENGASAS SEKOLAH
Sekolah ini tidak mempunyai pengasas. Sekolah Kebangsaan Taman Uda mengambil sempena nama sebuah taman perumahan iaitu Taman Uda. Kawasan perumahan ulung di bandar Alor Setar ini menyedari keperluan menubuhkan sebuah sekolah bila mana bilangan kanak-kanak bertambah dan padar. Walau bagaimanapun Sekolah Kebangsaan Taman Uda kini turut menampung kanak-kanak dariupada beberapa kawasan perumahan sekitar Taman Muhibbah, Taman Bayu, Lorong Fajar, Taman Mulia dan lain-lain.
COGAN KATA SEKOLAH
Moto sekolah ialah BERTEKAD SATU CITA. Ianya dinyanyikan sepanjang masa untuk membangkitkan semangat berusaha, ketekunan dan belajar di samping mempunyai budaya hidup yang sihat dan pekerti yang mulia.
Moto sekolah terukir di atas dua simbol tapak berlengkung dan berkembar yang membawa maksud kesepaduan dan keutuhan.
LENCANA SEKOLAH
Simbol 'BUKU' dan 'BOLA' terletak di atas tapak-tapak ini menunjukkan pelajaran
dan permainan sentiasa diawasi dan ditingkatkan.
Lekuk bulatan di luar melambangkan skop pengajaran dan pembelajaran sentiasa diutamakan dan diawasi supaya mencapai kecemerlangan.
BENDERA SEKOLAH
Bendera sekolah mengandungi tiga warna seiring merah, kuning dan hijau yang melambangkan keharmonian dan perkembangan potensi murid-murid.
MERAH - menunjukkan ketekunan dan keyakinan
KUNING - menunjukkan cita-cita dan disiplin
HIJAU - menunjukkan ilmu daan keagamaan.