ARTIKEL 1 

NAMA

Persatuan ini dinamakan PERSATUAN KEBAJIKAN PENUNTUT-PENUNTUT BATU LANCANG (STUDENTS' WELFARE COUNCIL OF BATU LANCANG).

 

 

ARTIKEL 2

OBJEKTIF-OBJEKTIF

  1. Untuk memastikan hal-hal PERPUSTAKAAN MASYARAKAT BATU LANCANG berjalan dengan lancar.

  2. Untuk menganjurkan pelbagai kegiatan yang sihat kepada ahli-ahli persatuan.

  3. Untuk melatih ahli-ahli persatuan untuk menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab.

 

 

ARTIKEL 3

MESYUARAT

PERKARA l: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (A.G.M. )

  1. Satu MESYUARAT AGUNG TAHUNAN akan diadakan sebelum bulan April setiap tahun.

  2. Bilangan ahli yang hadir dalam mesyuarat ini mesti melebihi 2/3 daripada bilangan ahli LEMBAGA JAWATANKUASA dan lembaga pustakawan sebelum mesyuarat ini boleh bermula.

  3. Agenda-agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

    a) Membaca minit-minit mesyuarat.

    b) Perkara-perkara yang dibangkitkan.

    c) Ucapan Penasihat dan Penaung.

    d) Ucapan Pengerusi.

    e) Laporan kegiatan sepanjang tahun.

    f) Laporan Bendahari.

    g) Meminda perlembagaan persatuan ( jika diperlukan ).

    h) Membubarkan LEMBAGA JAWATANKUASA yang lama.

    i) Memilih LEMBAGA JAWATANKUASA yang baru.

    j) Perkara-perkara lain.

  4. Keputusan-keputusan dan pemilihan jawatankuasa baru mesti dibuat berlandaskan kepada majoriti perpustakawan yang hadir.

 

PERKARA 2: MESYUARAT LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI (EXCO)

  1. Pengerusi berhak untuk memanggil satu MESYUARAT LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI mengikut keadaan dan keperluan persatuan.

  2. Mesyuarat ini perlu dihadiri oleh majoriti 2/3 daripada ahli LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI, Penasihat dan ahli-ahli tertentu akan hadir sekiranya mereka diminta berbuat demikian.

  3. Mesyuarat ini berhak untuk memecat sesiapa ahli LEMBAGA JAWATANKUASA mengikut ARTIKEL 6, BAHAGIAN 4.

  4. Ahli LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI kecuali Pengerusi boleh dipecat sekiranya mendapat sokongan lebih daripada 1/2 daripada AHLI LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI.

  5. Keputusan dibuat berlandaskan kepada majoriti AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI yang hadir. Ahli-ahli JAWATANKUASA TERTINGGI yang tidak hadir dianggap berkecuali.

  6. Pengerusi hanya boleh dipecat oleh Penasihat dengan sokongan daripada majoriti bilangan ahli LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI.

 

PERKARA 3: MESYUARAT LEMBAGA JAWATANKUASA (EXCO & COMMITTEE)

  1. Pengerusi berhak untuk memanggil satu MESYUARAT LEMBAGA JAWATANKUASA.

  2. Mesyuarat ini perlu diadakan sekurang-kurangnya satu kali sebulan.

  3. Mesyuarat ini perlu dihadiri oleh majoriti 2/3 daripada bilangan ahli LEMBAGA JAWATANKUASA.

  4. Mesyuarat ini boleh memecat sesiapa pustakawan dan menarik balik keahlian
    persatuan mengikut ARTIKEL 6, BAHAGIAN 4 dan BAHAGIAN 5.

  5. Sekiranya keputusan akhir tidak dapat dibuat, perkara tersebut akan dibawa ke MESYUARAT LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI.

  6. Ahli-ahli JAWATANKUASA PERCUBAAN dikecuali untuk menghadiri mesyuarat ini.

 

 

PERKARA 4: MESYUARAT PUSTAKAWAN

  1. Pengerusi berhak untuk memanggil satu MESYUARAT PUSTAKAWAN.

  2. Mesyuarat ini diadakan sebulan sekali ( jika diperlukan ).

  3. Mesyuarat ini perlu dihadiri oleh 2/3 daripada bilangan ahli.

  4. Keputusan mesti dibuat berlandaskan kepada majoriti pustakawan-pustakawan yang hadir. Pustakawan-pustakawan yang tidak hadir ke mesyuarat ini dianggap berkecuali.

  5. Sekiranya keputusan tidak dapat dibuat berlandaskan kepada ahli-ahli yang hadir, maka perkara tersebut akan dibawa ke MESYUARAT LEMBAGA JAWATANKUASA untuk membuat pertimbangan.

  6. Perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam mesyuarat ini mesti mendapat kebenaran daripada MESYUARAT LEMBAGA JAWATANKUASA sebelum boleh dilaksanakan.

 

 

ARTIKEL 4

KEAHLIAN

PERKARA 1:LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI(EXCO)

  1. LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI terdiri daripada sekurang-kurangnya 5 orang iaitu Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong setiausaha (jika perlu), Bendahari, Ketua Pustakawan.

  2. Ahli LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI mesti dipilih oleh para pustakawan daripada calon-calon yang dinamakan oleh LEMBAGA JAWATANKUASA yang telah tamat tempoh perkhidmatan dalam MESYUARAT AGUNG TAHUNAN.

  3. Lembaga ini berhak untuk melantik sesiapa daripada LEMBAGA JAWATANKUASA untuk menjadi ahli LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI sekiranya terdapat kekosongan dalam lembaga tersebut.

  4. Lembaga ini juga berhak untuk melantik sesiapa untuk menjadi penasihat persatuan sekiranya mendapat keizinannya.

 

PERKARA 2: LEMBAGA JAWATANKUASA

  1. LEMBAGA JAWATANKUASA terdiri daripada LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI (EXCO) dan ahli JAWATANKUASA. (COMMITTEE).

  2. Ahli LEMBAGA JAWATANKUASA, tidak termasuk 5 orang JAWATANKUASA TERTINGGI, mesti dipilih oleh para pustakawan daripada calon-calon yang dinamakan oleh pustakawan-pustakawan persatuan dalam MESYUARAT AGUNG TAHUNAN. 

  3. Selain daripada yang dinyatakan dalam ARTIKEL 4, PERKARA 2 BAHAGIAN 2, ahli LEMBAGA JAWATANKUASA masih boleh dilantik oleh LEMBAGA JAWATANKUASA dari semasa ke semasa mengikut keperluan persatuan.

  4. Sebarang surat perletakan jawatan mesti diserahkan kepada Pengerusi atau Ketua Pustakawan. Perletakan jawatan hanya akan berkuatkuasa selepas mendapat kebenaran daripada LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI.

 

PERKARA 3: LEMBAGA JAWATANKUASA PERCUBAAN

  1. LEMBAGA JAWATAN KUASA TERTINGGI berhak melantik seseorang pustakawan untuk menjadi ahli LEMBAGA JAWATANKUASA PERCUBAAN, mengikut keperluan persatuan.

  2. Ahli LEMBAGA JAWATANKUASA PERCUBAAN tidak termasuk dalam LEMBAGA JAWATANKUASA.

  3. Ahli LEMBAGA JAWATANKUASA PERCUBAAN tidak semestinya dilantik menjadi ahli LEMBAGA JAWATANKUASA yang sah.

  4. Ahli LEMBAGA JAWATANKUASA PERCUBAAN tidak mempunyai hak-hak istimewa seperti yang tersedia kepada ahli LEMBAGA JAWATANKUASA.

 

PERKARA 4: JURUAUDIT

  1. Dua orang juruaudit akan dipilih daripada bekas ahli LEMBAGA JAWATANKUSA TERTINGGI yang dinamakan oleh ahli persatuan dalam MESYUARAT AGUNG TAHUNAN.

  2. Juruaudit tidak mempunyai hak-hak istimewa seperti yang tersedia kepada ahli LEMBAGA JAWATANKUASA.

  3. Juruaudit tidak terlibat langsung dalam pentadbiran persatuan.

  4. Ketika ketiadaan juruaudit, tugasnya akan dilaksanakan oleh penasihat.

 

PERKARA 5: PUSTAKAWAN

  1. Permohonan untuk menjadi seorang pustakawan terbuka kepada ahli-ahli PERSATUAN KEBAJIKAN PENUNTUT-PENUNTUT BATU LANCANG yang berumur di antara 13-25 tahun.

  2. Semua permohonan mesti menghadiri satu temuduga dan yang berjaya dalam temuduga perlu melalui satu tempoh percubaan sekurang-kurangnya satu bulan.

  3. Pustakawan- pustakawan yang berjaya dalam tempoh percubaan akan diserahkan ke dalam LEMBAGA PUSTAKAWAN.

  4. Semua pustakawan mempunyai hak istimewa yang akan ditetapkan oleh LEMBAGA JAWATANKUASA.

  5. Sebarang surat perletakan jawatan mesti diserahkan kepada Pengerusi atau Ketua Pustakawan. Perletakan jawatan hanya berkuatkuasa selepas mendapat kebenaran daripada LEMBAGA JAWATANKUASA.

 

PERKARA 6: PUSTAKAWAN DALAM TEMPOH REHAT (RETIRED PERIOD)

  1. Semua pustakawan boleh meminta kebenaran daripada LEMBAGA JAWATANKUASA untuk berhenti perkhidmatannya buat jangka masa yang tertentu.

  2. Pustakawan dalam tempoh rehat berhak istimewa seperti pustakawan biasa dan tidak perlu untuk menghadiri MESYUARAT PUSTAKAWAN.

  3. Pustakawan yang habis tempoh mesti menjalani satu temuduga untuk menjadi seorang pustakawan biasa semula.

  4. Pustakawan dalam tempoh rehat yang berjaya dalam temuduga sahaja yang akan menjadi seorang pustakawan semula.

 

PERKARA 7: EX-PUSTAKAWAN

  1. Seseorang yang pemah berkhidmat sepanjang tahun (temasuk tempoh percubaan) bagi LEMBAGA JAWATANKUASA dan LEMBAGA PUSTAKAWAN yang lepas dinamakan EX-Pustakawan.

  2. Hak-hak istimewa EX-Pustakawan akan ditetapkan oleh LEMBAGA JAWATANKUASA

 

PERKARA 8: AHLI-AHLI

  1. Permohonan terbuka kepada orang awam.

  2. Yuran untuk menjadi seorang ahli persatuan PERSATUAN KEBAJIKAN PENUNTUT-PENUNTUT BATU LANCANG ialah RM5.00 seorang.

  3. Ahli-ahli persatuan membayar yuran setiap tahun, iaitu RM3.00 untuk memperbaharui keahlian mereka.

  4. Pustakawan perlu membayar RM3.00 untuk yuran keahlian dan RM1.00 untuk pembaharuan keahlian mereka setiap tahun.

  5. Perubahan yuran tertakluk kepada keputusan LEMBAGA JAWATANKUASA dengan nasihat penasihat dan keseragaman semua Persatuan Kebajikan Penuntut-Penuntut. 

 

PERKARA 9 : AHLI TETAP

  1. Status ahli tetap hanya diberikan kepada EX-Pustakawan yang dicadangkan oleh LEMBAGA JAWATANKUASA persatuan sahaja.

  2. Status ahli tetap akan diberi kepada seseorang pustakawan yang habis tempoh perkhidmatan selepas tingkatan 6 atau khusus yang setaraf dengannya.

  3. Status ahli tetap merupakan hak istimewa pustakawan.

  4. Status ahli tetap akan diberi kepada sesiapa yang telah memberi sumbangan kepada perpustakaan, seseorang boleh memohon ahli tetap daripada LEMBAGA JAWATANKUASA tetapi perkara ini hanya bagi tingkatan 5 sahaja.

  5. Status ahli tetap hanya boleh ditarik balik oleh LEMBAGA JAWATANKUASA mengikut ARTIKEL 6, BAHAGIAN 5.

ARTIKEL 5

TUGAS-TUGAS

PERKARA 1: TUGAS-TUGAS SEORANG PENGERUSI

  1. Pengerusi merupakan Ketua Lembaga pentadbiran persatuan.

  2. Pengerusi bertanggungjawab untuk memanggil dan mempengerusi mesyuarat persatuan.

  3. Seorang Pengerusi boleh memegang jawatan Pengerusi lebih daripada sekali.

  4. Pengerusi bertindak mengikut keputusan majoriti dalam mesyuarat LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI, JAWATANKUASA dan PUSTAKAWAN, sekiranya keputusan tidak dapat dibuat, pengerusi berhak untuk membuat keputusan terakhir.

 

PERKARA 2 : TUGAS-TUGAS SEORANG NAIB PENGERUSI

  1. Ketika ketiadaan Pengerusi, Naib Pengerusi bertugas sepenuhnya sebagai seorang Pengerusi.

  2. Naib pengerusi bertanggungjawab untuk membantu Pengerusi dalam hal-hal berkenaan dengan pengurusan serta displin persatuan.

  3. Naib Pengerusi akan bertanggungjawab menjaga hal-ehwal komputer, televisyen dan 'Hifi'.

 

PERKARA 3: TUGAS-TUGAS SEORANG SETIAUSAHA

  1. Mencatatkan agenda-agenda mesyuarat dan kegiatan -kegiatan persatuan.

  2. Menyediakan agenda-agenda mesyuarat dan menyampaikan minit-minit mesyuarat lalu untuk disahkan.

  3. Menandatangani bagi pihak persatuan dan menjalankan perkara-perkara yang diluluskan dalam MESYUARAT LEMBAGA JAWATANKUASA.

  4. Memeriksa dan menyimpan laporan tentang aktiviti -aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.

 

PERKARA 4: TUGAS-TUGAS SEORANG BENDAHARI

  1. Menyedia dan menyampaikan laporan kewangan dalam MESYUARAT AGUNG TAHUNAN.

  2. Menyimpan buku akaun unutk diperiksa oleh Juruaudit pada bila-bila masa.

  3. Mesti melibatkan diri dalam kempen untuk menambahkan tabung untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan BILIK BACAAN BATU LANCANG.

  4. Bendahari tidak dibenarkan untuk membelanjakan wang yang melebihi RM10.00 tanpa persetujuan daripada MESYUARAT LEMBAGA JAWATANKUASA.

  5. Bendahari tidak dibenarkan untuk menyimpan wang tunai melebihi RM 100.00.

  6. Semasa pemeriksaan Juruaudit, Pengerusi diwajib hadir.

 

PERKARA 5: TUGAS-TUGAS SEORANG KETUA PUSTAKAWAN

  1. Ketua Pustakawan bertanggungjawab untuk mengetuai projek membaiki keperluan BILIK BACAAN BATU LANCANG.

  2. Ketua Pustakawan bertanggungjawab untuk memeriksa kedatangan dan persembahan para pustakawan.

 

PERKARA 6: TUGAS-TUGAS SEORANG PENOLONG SETIAUSAHA

Ketika ketiadaan Setiausaha, Penolong Setiausaha berfungsi sepenuhnya sebagai Setiausaha, jika diperlukan.

 

PERKARA 7: TUGAS-TUGAS SEORANG AHLI JAWATANKUASA

  1. Merancang segala rancangan yang memanfaatkan persatuan.

  2. Membantu AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI dalam melaksanakan segala kegiatan persatuan.

 

PERKARA 8: TUGAS-TUGAS SEORANG AHLI JAWATANKUASA PERCUBAAN

  1. Membantu AHLI JAWATANKUASA untuk menjalankan segala aktiviti dan projek persatuan.

 

PERKARA 9 : TUGAS-TUGAS SEORANG PUSTAKAWAN

  1. Pustakawan perlu memastikan segala kerja harian BILIK BACAAN BATU LANCANG berjalan dengan lancar.

  2. Pustakawan perlu mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh ahli jawatankuasa.

ARTIKEL6

TINDAKAN -TINDAKAN DISPLIN

  1. Hukuman wang RM0.30 sehari ke atas sebuah buku dikenakan terhadap pustakawan yang gagal untuk memulangkan buku -buku pinjaman mereka selepas peminjaman (Hari Rabu dan Cuti Am dikecualikan). Hukuman maksimum ialah RM3.00.

  2. Pustakawan yang gagal memulangkan buku-buku pinjaman mereka selepas tempoh satu bulan atau menghilangkan buku pinjaman, hukuman yang dikenakan adalah seperti berikut:

    a)Membayar hukuman sebanyak RM3.00

    b)Dihadap ke MESYUARAT LEMBAGA JAWATANKUASA

    c) Akaun pinjaman buku akan digantung sekurang-kurangnya 3 bulan 

    d)Menggantikan buku yang hilang atau kedua-duanya. (iaitu hukuman c & d ) 

  3. Bilangan buku yang boleh dipinjam setiap kali ialah sebuah buku sahaja dan tempoh pinjaman ialah satu minggu. Buku yang dipinjam itu tidak boleh diperbaharui, iaitu peminjam tidak boleh merupakan orang yang sama walaupun menggunakan akaun orang lain.

  4. Seseorang ahli jawatankuasa atau pustakawan akan dipecat sekiranya dia melakukan salah satu daripada perkara-perkara yang tersebut dibawah:

    a)Mempunyai rekod kedatangan yang buruk

    b)Tidak aktif dalam kegiatan persatuan.

    c)Tidak bertanggungjawab

    d)Berniat memburukkan imej persatuan.

    e)Mempunyai rekod jenayah di dalam atau di luar BILIK BACAAN.

    f)Sebab-sebab lain yang dianggap munasabah oleh ahli jawatankuasa tertinggi.

  5. Keahlian seseorang persatuan akan ditarik balik untuk masa sekurang-sekurang satu bulan sekiranya ahli persatuan itu melakukan salah satu daripada perkara-perkara yang disebut dibawah:                                 a)Tidak mengikut arahan ahli jawatankuasa dan pustakawan (selepas mendapat persetujuan daripada LEMBAGA JAWATANKUASA TERTINGGI)   b)Merosakkkan harta benda persatuan                             c)Bersikap buruk dalam BILIK BACAAN BATU LANCANG                            d)Sebab-sebab lain yang dianggap munasabah oleh ahli jawatankuasa tertinggi.

  6. Ahli-ahli persatuan yang telah ditarik balik keahlian yang disebabkan oleh ARTIKEL 6, BAHAGIAN 5 akan kehilangan semua hak-hak keistimewaan buat tempoh penarikan.

  7. Hukuman RM0.20 akan dikenakan kepada pustakawan yang gagal menandatangani sebarang notis, jika mereka disuruh berbuat demikain.

ARTIKEL 7 

PINDAAN PERLEMBAGAAN

  1. Pindaan perlembagaan hanya akan dibuat oleh ahli jawatankuasa yang tamat tempoh perkhidmatan memegang jawatan dengan persatuan penasihat. la akan dibentangkan dalam MESYUARAT AGUNG TAHUNAN.

  2. Sebarang undang-undang kecil yang diadakan hanya berkuatkuasa pada tempoh Lembaga jawatankuasa itu, undang-undang ini boleh dibubar sekiranya dirasakan perlu oleh Lembaga Jawatankuasa yang baru.

Back