T E R J E M A H A N B A C A A N S O L A T ( Makna sahaja tanpa tafsiran ) Tuesday, February 06, 2001 S i l a k l i k t a j u k | Doa Iftitah | Al Faatihah | Rukuq | Iqtidal | Sujud | | Duduk Antara Dua Sujud | Tahhiyat Awal | Tahhiyat Akhir | | Doa Qunud | Ke Senarai Surah
DOA IFTITAH
o
Allah maha
besar sebesar-besarnya o
Dan pujian
bagi Allah sebanyak-banyaknya o
Dan maha suci Allah siang dan malam o
Kuhadapkan mukaku kepada yang menjadikan langit dan
bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan
orang-orang yang menyekutukan Allah o
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku
kuserahkan hanya kepada Allah seru sekelian alam o
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya, dan dengan
demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan aorang-orang Islam AL FAATIHAH
o
Dengan
menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang o
Segala puji
bagi Allah, Tuhan semesta alam o
Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang o
Yang menguasai hari pembalasan o
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada
Engkaulah kami memohon pertolongan o
Tunjukilah kami jalan yang lurus ( iaitu ) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni’mat kepada
mereka ; bukan ( jalan ) mereka yang dimurkai ( Yahudi ), dan bukan
( pula jalan ) mereka yang sesat ( Nasrani ) RUKUQ
o Maha suci Tuhanku yang maha mulia dengan sifat kepujianNya IQTIDAL o
Allah
mendengar akan orang yang memujiNya SUJUD o
Maha suci
Tuhanku yang maha agung dengan sifat kepujianNya o Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, dan angkatlah darjatku, berilah aku rezki, dan berilah aku petunjuk dan afiatkanlah aku dan maafkanlah aku TAHHIYAT AWAL
o
Segala
ucapan selamat yang berkat-berkat ( berganda-ganda ) dan doa yang
baik-baik semuanya untuk Allah. o
Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan rahmat Allah
dan keberkatanNya o
Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba
Allah yang baik-baik o
Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah o
Dan aku
mengaku bahawa Muhammad utusan Allah o
Ya Allah
anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad
TAHHIYAT AKHIR o
Segala ucapan
selamat yang berkat-berkat ( berganda-ganda ) dan doa yang
baik-baik semuanya untuk Allah. o
Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan rahmat Allah
dan keberkatanNya o
Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba
Allah yang baik-baik o
Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah o
Dan aku
mengaku bahawa Muhammad utusan Allah o
Ya Allah
anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad
o
Seperti yang
Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim
o
Dan
berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad o
Seperti yang
Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim o
Sesungguhnya
Engkau Maha terpuji lagi Maha Tinggi o
DOA QUNUD
o
Hai Tuhanku
tunjukilah aku bersama orang yang telah Engkau tunjuki o
Dan
afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau afiatkan o
Dan
pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin o
Dan
berkatilah bagiku pada apa-apa yang telah Engkau berikan o
Dan
peliharalah aku dari kejahatan perkara-perkara yang telah Engkau qadhakkan (
hukumkan ) o
Maka
bahawasanya Engkau yang menghukum bukannya Engkau yang dihukum o
Bahawasanya
tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin o
Dan tidak
akan mulia orang yang Engkau musuhi o
Amat berkat Engkau
hai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau o
Maka bagiMu
puji di atas apa yang telah Engkau hukumkan o
Dan minta ampun aku kepada Engkau dan taubat aku kepada
Engkau o
Dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang
ummiy ( tidak tahu membaca ), dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya
|