5 syarat nak buat maksiat
(Sumbangan dari Eda)

>>> > >Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
> >>>Dia
> >>>berkata,
> >>> > >"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
> >>>berikan aku
> >>> > >nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim
> >>>berkata, "Jika
> >>>kamu
> >>> > >mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka
> >>>boleh kamu
> >>> > >melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar
> >>>bertanya.
> >>>"Apakah
> >>> > >syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
> >>> > >
> >>> > >Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu
> >>>bermaksiat kepada
> >>> > >Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia
> >>>mengernyitkan kening
> >>> > >seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang
> >>>ada di
> >>>bumi
> >>> > >ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu
> >>>sudah
> >>> > >memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu
> >>>selalu
> >>> > >berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
> >>> > >
> >>> > >"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan
> >>>tinggal di
> >>> > >bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah
> >>>mati. Ibrahim
> >>> > >kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah,
> >>>apakah kamu
> >>>layak
> >>> > >memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
> >>>melanggar
> >>>segala
> >>> > >larangan-Nya?"
> >>> > >
> >>> > >"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan
> >>>syarat yang
> >>> > >ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat,
> >>>carilah
> >>>tempat
> >>> > >tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu
> >>>kembali
> >>> > >terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam
> >>>mana? Mana
> >>> > >mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin
> >>>demikian,
> >>>apakah
> >>> > >kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
> >>>Lelaki itu
> >>> > >mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
> >>> > >
> >>> > >Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak
> >>>mencabut rohmu,
> >>> > >katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih
> >>>mahu
> >>>bertaubat
> >>> > >dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan
> >>>kepala dan
> >>> > >segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut
> >>>akan
> >>>memenuhi
> >>> > >permintaanku?"
> >>> > >
> >>> > >"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak
> >>>boleh
> >>>menunda
> >>> > >dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau
> >>>boleh lari
> >>> > >dari
> >>> > >kemurkaan Allah?"
> >>> > >
> >>> > >"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab,
> >>>"Wahai Abdullah
> >>> > >kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api
> >>>neraka di hari
> >>> > >kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
> >>> > >
> >>> > >Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata,
> >>>"Wahai Aba
> >>>Ishak,
> >>> > >sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak
> >>>kehendaknya." Dia
> >>> > >tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya
> >>>bercucuran.
> >>> > >"Mulai
> >>> > >saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil
> >>>terisak-isak.

Pendapat Daripada: Putera Ilham

segala yg tertulis dan di huraikan...mengenai perbuatan yg di larang oleh yg maha esa...melalui ibrahim..menjadi terharu bila mendengar sharat2 yg di berikan oleh nya...mengapa harus di luah kan sharat2 itu..? tidak kah terlintas dan terfikir bagi sesiapa yg membaca atau menerimanya.? jika dapat memahami dan berfikir apa kah yg terkandung dari sharat2 itu ...Alhamdulillah... jika tidak ..cuba memahami baik2...jika ia tidak melafas kan sharat2 itu maka, bermakna..si abdullah akan melakukan perkara yg lebih zalim dari apa yg telah dia lafas kan kepada ibrahim..jadi ibrahim mencari jalan untuk menghentikan, Abdullah supaya tidak meneruskan niat nya itu....(kalau diri seseorang melakukan maksiat...dia tetap akan melakukan nya...tidak kira dimana ia melakukan....sama juga jika diantara mereka melakukan kezaliman..ia ini membunuh atau menganiayai saudara nya sendiri...dia juga akan melakukan nya.....tidak kira dimana ia melakukan..walaupun ...kita semua tahu ia ini (Allah maha esa) melihat segala perbuatan dan kejadian alam ini..tetapi mereka tetap akan melakukan...sedang kan mereka ketahui ..akan terima seksaan yg amat pedih dan ngeri....selagi iblis jin saitan yg nyata lagi wujud di muka bumi ini..selagi itu lah ...kezaliman...kedurhakaan..dan penganiayaan serta pembunuhan ...tetap akan berlaku...seperti juga maksiat...ibrahim cuma menasihati saudara nya sahaja...supaya tidak melakukan perkara yg akan membawa padah bagi nya kelak....tidak ada paksaan dan ugutan...sekadar menasihati..dan memahami keadaan manusia yg lain....oleh itu hendak lah beringat2 jika membaca dan mendengar cerita2 dari qitab2 yg lain....kadang kalah diri sendiri akan terjerumus dan terikut2 dangan kata2 dari qitab2 yg di baca atau di layar kan didalam intenet...kita yg membaca harus berhati2....walaupun kita mempunyai akal dan boleh membanding kan yg buruk dan yg baik...sedang kan kita berjalan ..ada juga tersandung atau tergelincir...

Keatas