Al-Fatihah untuk ayah dan bonda

Seketika jantungku terhenti
Seakan tiada denyutan lagi
Hampir pitam tika ku lihat
Hanya jasad terbaring
Rohnya entah di mana
Mungkin sedang bersama para syuhada
Aaahh… tak mungkin!
Ibu pasti hanya terlena
Lalu ku gerak dan ku panggil
Tapi ibu tak mahu bersuara
Mengapa ibu berdiam saja
Sukar untuk kuterima, ibu sudah tiada!
Tangisan semalam belum sepi
Bertambah lebat air mata di pipi
Tak sampai sehari ayah pula menyusuli
Apakah mereka saling berjanji?
Ayah ku tinggalkan seorang diri
Menutup mata tanpa siapa di sisi
Sungguh kukesali ini terjadi
Apakah aku sedang bermimpi?
Ayah! Ibu! Anakmu baru kembali
Mengapa kamu pergi
Sebelum sempatku berbakti?
Tiada lagi senyum tawa mereka
Hilang dari dunia yang fana
Tiada lagi air mata derita
Menahan sakit ujian dari-Nya
Berat hati ini bila ayah ibu pergi
Untuk menyambut salam illahi
Subhanallah walhamdullilah wala ilaha illallahu wallahu akbar
Segala pujian buat-Mu , Ya Allah
Dengan sayu… doa kutaburkan
Yasin kukalungkan
‘wahai bumi, terimalah mereka…
wahai malaikat, sambutlah mereka…
ya Rabbi, tempatkanlah ayah dan ibu di syurg
bersama para salihin dan anbia
di mana kita bakal bersua dengan izin – Mu, insya-Allah!
Selamat tinggal ayah dan ibu…
Berbahagialah kamu disisi-Nya
A-Fatihah.

Sitit Morgiana Ismail,

Keatas