Bukan Niat Kami
(Petikan dari Khazanahmelayu)
Hasil Salina
Malam gelap itu di redahi juga. Mereka
sudah nekad. Apa nak jadi, jadilah. lebai Napi perlu di ajar. Sikap
tangkai jeringnya sudah keterlaluan. Sabar manusia ada juga tahapnya.
Apatah lagi jikalau berdarah panas seperti mereka. Bak kata orang tua-tua
anak muda, darahnya panas.
Bagi Anip, masih terngiang- ngiang di cuping telinganya, sewaktu Lebai
Napi mengherdik. Menuduh keluarganya pemalas. Sekadar mahukan hasil
air tangan orang tua itu. Apalah sangat jikalau hendak di bandingkan
sebiji jambu dengan hinaan yg di lemparkan orang tua itu. Sungguh tidak
berbaloi.
"itu engkau Nip, aku dulu penah beli rambutan dua ringgit, tak
sampai lima tangkai di berinya. Kalau buahnya lebat, puas juga hati
aku, tapi ini, berapa biji sangat," luah Sudin sahabatnya.
"Dik Gi lagi kasihan, Baru alu tepi dusun durian dia, dah di tuduh
pencuri. Hmmm, Dik Gie, kau tahulah perangai kurang ajarnya tu, tak
kering mulut orang tua tuh di makinya," sampuk Black
Cerita- cerita inilah yang menguatkan hatinya memulakan rancangan. Petang
itu juga mereka berkumpul. Anip membentangkan kertas kerja. Cadangan
demi cadangan bagi menambah perasa dalam projek Anip meluncur laju di
setiap mulut comel mereka yg hadir. Kata sepakat akhirnya di capai.
Lebai Napi mmg perlu di ajar. Tidak mungkin di tangguh lagi. Projek
yang menelan belanja berjuta- juta keringat itu pastinya perlu dijayakan
malam itu juga.
"Dengar sini, kita buat bersama, maka dengan itu risiko perlu di
tanggaung bersama. Jangan buat sikap lepas tangan. Tapi, kalau mahu
menarik diri lebih awal, anda di persilakan. Tiada paksaan," Black
memberi kata-kata akhir sebelum mesyuarat itu di akhirkan.
Lebai Napi tersedar dari tidurnya. Suara orang berbisik sedikit kedengaran.
" Aku dah cakap, orang tua tu takkan simpan buah duriannya di sini.
Pasti di letak dalam pondok di dusun. Kita tengok di sana saja'"
jelas satu suara.
"Tapi dusun jauh," balas seorang lagi. Semakin lama suara
itu semakin lenyap. Bunyi ranting- ranting di pijak, jelas kedengaran.
lebai napi mengertap bibir. Ada hati nak nak mencuri rupanya.'Jaga engkau!
Kalau nak merasa sangat peluru senapang patah aku ni, beranilah mencuba'
Lebai Napi bergegas mencapai senapang di balik pintu, di sangkutnya
di bahu. Lampu suluh yang hampir malap dinyalakan. Dengan berkaki telanjang,
Lebai Napi menyorong basikalnya. Dusun yang hampir suku batu itu ditujunya.
Dusunnya bukan ada penjaga. Sengaja tidak di upah sesiapa. lagipun,
kalau setakat kerbau berkaki pendek tak mungkin masuk ke dusunnya. Ribuan
ringgit dia berhabis dulu untuk dipagar. Lagipun dusunnya di antara
dusun Imam Mat dan lebai Husin. Kalau di serang beruk pastinya dusun
mereka yang kena dahulu.
Sementara itu, di rumah Lebai Napi, pokok rambutan yg lebat meranum
melayut menampung berat empat remaja nakal.
"Agak- agak Lebai Napi tengah buat apa ya?" Ina menimbulkan
pertanyaan.
"Lagi mahu ditanya, pasti mengendap orang mencuri di dusun. Siap
usung senapang lagi. Uish! Gerun," Tawa pecah sesaja. Namun tawa
itu tidak lama. Mun gkin memikirkan jika Lebai Napi balik secara tiba-
tiba. Denagn senapang yang di acukan ke hidung mereka. Ish! Siah malaikat
44.
"Cepatlah korang. Nanti tetiba orang tua tu balik. tak sempat lari
nanti, Black mengingatkan.
Keatas