Ciri suami soleh
(Sumbangan dari syukur )


Ciri-ciri suami yang soleh ialah:
  a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah
dan menjauhi segala larangan.

b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
d. Menjaga hati dan perasaan isteri
e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan isteri...

f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan
yang memudaratkan

g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain
di hadapan isteri.

h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka

i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia
akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin

j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan

k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa

l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya

m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka

n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan
kebahagiaan bersama.


A. Suami Teladan ialah:

Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan
laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta
melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu
berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan,
ia akan menyatakan kepada isterinya.
Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak di
senangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan
cara lembut dan bersopan santun.
Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan
isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya
dan sebagainya.
Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat.
Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan
terhadap isterinya.
Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin
rumahtangga. Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya
mempunyai ciri-ciri berikut iaitu;

1. Tubuh badan yang sempurna
sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan kesempurnaan
anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan
batin.

2. Akal fikiran yang sempurna berfikiran positif.

3. Pengetahuan agama yang sempurna untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup.

4. Membelanjakan sebahagian harta
mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya


Keatas