
Disaat
aku bakal di talqinkan...
(Sumbangan dari Syukur)
Assalamualaikum
wr wb
Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran.
InsyaAllah...
Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku
seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri
tidak tahu
mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang
memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas
itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan
siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku
teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.
Derita sungguh. Nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap
sayang....mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan
itu di bisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu.
Manusia yang pernah mendodoikan daku
semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,
manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana
degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.
Pasti itu
suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor
dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir
sahaja.Kita perlu usaha".
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang
menjengah? Datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu.datanglah.....
Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku
tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang
bersuara itu?
Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.
Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara
doktor.
Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis
saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku
tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.
Aku tahu itu
suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik
lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut......
Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku
tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi
yang pastinya sekarang,
aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku,
aku
takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah
pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.
Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi
tiada
siapapun yang peduli.
Nenekku datang,"Nenek...........".
"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau
cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu
ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi."
Ayah.......kau datang ayah.......
"Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani.
Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? Kenapa kau
berubahlaku??
Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan
itu di ajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu.
Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam
datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang
membawa
bersamanya
payung hijau,katanya"Mari ikut kami". Cahaya putih datang.
Datang
kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang.
"Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke
hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian
datanglah
malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku
tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku.
Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan
menghemburlah
bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat
busuk."Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat
sampah hari ini? Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat
orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang
tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan
entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya
terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di
pedulikannya......jijik,loya,aku
rasa........teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik
ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad
ini
mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat
kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala
dosa
dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam
sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh
nanti. Oh Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan
segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan,dan
bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim
ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat
untuk
bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!!
Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku
melihat kak long dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah
bengkak.
Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini?????
"Tolong....sejuk!!!!
Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku
dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku
malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu
diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di bubuh di
celah-celah
badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.
"Nanti,tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku
macam
ini? Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di
suatu
sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.
Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa
aku di
sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini
baru aku
sedar
aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',
sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di
letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini? "Aku di usung oleh
enam orang
termasuk ayah dan abang. Aku di usung setapak demi setapak".
"Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam. Kelihatan ibu,kak long,kak
ngah
dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".
Nun
jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".
Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz
dengan
jasadku. Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam
liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam
memberitahu.
"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada
di
dalam liang sedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah
menutupiku.
"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan
kepada
Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar
alam
barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,
syurga dan neraka itu juga benar........".
Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama
makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur
dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi
sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap
dan ......aku kini keseorangan.
Keatas