Jari Jemari
(Sumbangan dari Mummy)


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan
di sebalik jari anda
yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.
Luruskan ia ke
hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima
waktu jangan diabaikan.



Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.
Bermula daripada
jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti
manusia dan apa sahaja
akan bermula daripada kecil kemudian besar dan
terus membesar. Itulah
fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang
dilakukan mesti
bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur
buluh biarlah daripada
rebungnya"
. Kegagalan mendidik di usia ini akan
memberi kesan yang besar
pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia
remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.
Apatah lagi kiranya
disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan
berlian, bangga tak
terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah
diri. Awas!! Di usia ini
sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan
dugaan. Hanya iman dan
taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda
sudah baligh dan
mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala
amalan di hadapan
Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling
tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa
kian menjengah. Di
peringkat umur 30-an ini seorang itu telah
mempunyai status dan identiti
dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.
Namun,
anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak
"hantu-hantu pengacau"
yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego,
hantu tamak, hantu
iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal
mengawal emosi lantas
terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.
Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang
mengungkap satu dan
esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua
jari dan keluarkan jari
ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi
contoh dan tauladan.
Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah
tampil
sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing
yang kaya dengan idea
bernas dan minda yang hebat.


Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan
pendek tetapi menunjukkan
kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
membenarkan sesuatu
dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang
Jawa "cap jempol" atau
cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan
lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada
orang tua atau yang
berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda
patuhi, nescaya anda boleh
berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua
jari dan angkat ibu
jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.


Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang
kelima-limanya itu .
Renung dan
fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???





Keatas