
Sepuluh
orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK
REPUT
(Sumbangan dari Iz)
Buat
pengetahuan kita bersama...
Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan
TIDAK REPUT Disebutkan
didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan
dari kubur,
mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun
UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK
BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana
kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN
kelak di hari
qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka
putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud.
Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah
debu KEIMANAN mereka.
Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul
Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para
mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba
Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu
mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu
dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam
kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan
letih
dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng
dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang
yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat
banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa
mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana
yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan
dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada
HARI yang telah LALU itu."
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah mati.
"Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan
apa jua yang kamu lakukan.
" Surah Al-Baqarah : 237
Keatas